BAB 10

Romance Completed 23221

"Umi, boleh Zuhair tanya Umi sikit tak?"

" Boleh sayang, sudah tentulah. Apa dia?"

"Umi sayang Shadia sedalam mana?"

"Sedalam Umi sayangkan Zuhair...kenapa tanya macam tu?"

"Sedalam Umi sayangkan Nasha juga?" Soalan jenis apakah itu? Hajah Quratul Aini tidak tahu jawapan yang sepatutnya. Dia baru mengenali Nasha. Kasih berputik kerana kasihankan anak itu sudah tidak beribu dan bapa. Apa salahnya dia cuba membuang kesunyian gadis itu?

"tidak perlulah Umi jawab soalan ini kerana kasih untuk Nasha adalah kasih sesama insan. Umi baru kenal dia dan tidak membesarkan dia jadi mana mungkin dapat menandingi kasih Umi buat Shadia dan apatah lagi anak kandung Umi ini..." Zuhair ditarik ke dalam pelukannya. Zuhair terharu. Hatinya puas. Sekarang dia yakin bahawa Uminya kasihkan Shadia sepenuh hatinya.

"Umi, Shadia tu bukan anak kandung Mak Lang kan?"

"Bukan... dia anak angkat saja... kenapa tanya, bukan Zuhair memang dah tahu ke?"

"Saja nak tanya lagi... siapa ibu kandung dia sebenarnya Umi?"

"Jiran sekampung juga... tapi sudah meninggal dunia masa lahirkan Shadia... itu yang Mak Lang kamu ambil jadi anak dia, dia kan tak ada anak..."

"Maknanya kita dengan Shadia bukan darah daginglah."

"ya.. tapi kita semua sayangkan dia macam darah daging sendiri!"

"Umi, Zuhair rasa sebelum Zuhair balik ke Perancis, Zuhair nak bertunanglah." Kenyataan Zuhair kali ini telah menutup semua persoalan sebentar tadi. Benarkah apa yang didengarnya.

"Zuhair dah ada pilihan hati ke? Siapa calonnya? Tak terlalu awal ke?" bertubi-tubi soalan lahir di bibit tua itu. Hajah Quratul Aini memandang tepat wajah anaknya. Cuba mencari kebenaran di situ.

"sudah Umi... calonnya Umi pun kenal malah terlebih kenal... soal awal atau tidak, rasanya tidak sebab Zuhair bukan nak berkahwin sekarang pun. Hanya nak bertunang dahulu sebelum dia terlepas ke tangan orang lain."

"eh, siapa dia? Janganlah buat Umi tertanya-tanya"

"Shadia"

"????"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience