BAB 5

Romance Completed 23222

"Kawan kau tu tak banyak cakap kan?" soal Zuhair. Mereka bersantai di tangga halaman rumah. Hajah Quratul Aini dan Nasha sudah lebih awal dibuai mimpi. Mungkin penat selepas makan malam tadi.

"Nasha tak macam tu, dia tu selalunya kecoh! Aku rasa dia suka kau!"

"Suka aku? Mana kau tahu ni? Pandai-pandai je dia." Zuhair ketawa. Bahu Shadia ditolak. Shadia ketawa.

"Aku kawan dia, aku kenal dia. Dia tak macam tu selalunya. Kecuali dia sukakan seseorang!"

"Wah! Sejak bila kau tukar bidang ni Shad? Dah jadi doktor cinta nampaknya" Mereka sama-sama ketawa.

"tak mustahil kan, Zuhair? Kau tak suka dia?" Shadia cuba memancing. Nasha seorang gadis yang cantik, ramai yang cuba memikatnya di universiti. Tidak mustahil kalau Zuhair juga ingin menaruh perasaan.

"Suka? Aku tak kenal dia."

"Tak kenal maka tak cinta!"

"oleh itu aku sudah jatuh cinta.."

"what?? Dekat Nasha ke?"

"bukan... pada seseorang yang aku dah kenal!"

"Siapa?"

"Rahsia!"

"Zuhair!"

Zuhair ketawa. Seronok dapat mengenakan Shadia. Beria-ia Shadia ingin mengetahui siapakah gerangan insan di hati sepupunya itu. Berkali-kali juga Zuhair menggeleng kepala. Dia tidak mahu mengalah dengan Shadia.

"Belum masanya Shadia!"

"Kalau macam tu aku pun tak nak bagitahu kau siapa teman lelaki aku!"

Zuhair pantas menoleh ke arah Shadia. Benarkah Shadia sudah ada teman lelaki? Zuhair cuba membaca sesuatu melalui riak wajah sepupunya itu. Shadia tersenyum sendiri. Seperti seorang yang sedang berangankan sesuatu. Mungkin benar, Shadia sudah mempunyai kekasih hati.

"kau sayang dia ke?" soal Zuhair.

"Sama macam kau sayangkan kekasih kau tu, Cuma tambah gula sikit bagi secukup rasa! Lebih manis lebih sedap,kan!" shadia ketawa girang. Sesekali dia menjeling pada Zuhair. Zuhair juga begitu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience