BAB 7

Romance Completed 23221

"Nasha! Umi nak ke pekan, jom teman Umi." Ajakan Hajah Quratul Aini itu sekali lagi membuatkan Shadia tersentak. Kenapa Umi tidak mengajaknya? Kenapa mesti mengajak Nasha? Umi dah tak sayangkan Shadia ke? Kalut Shadia dengan persoalan di kepalanya. Nasha yang tidak memahami perasaan Shadia ketika itu begitu gembira dengan ajakan Umi barunya itu. Dia segera bangun dan berdiri di sisi Hajah Quratul Aini.

"Shadia, Umi dengan Nasha pergi pekan sekejap ye. Nanti Shadia tolong Umi panaskan lauk untuk makan malam, boleh sayang?" Pinta Umi sambil menyarung kasut di kakinya. Shadia cuba mengawal emosinya. Dia mengukir senyuman manis dan mengangguk.

Pandangannya jauh merenung Uminya memimpin tangan Nasha, Entah kenapa dia berasa sangat cemburu terhadap Nasha. Cemburukah aku? Tanpa dia sedar, ada mata yang memerhati di ruang tengah rumah itu. Zuhair baru saja selesai menunaikan solat asar. Namun dia tidak ketinggalan adegan sebentar tadi.

"Shad, jom lepak kat dapur!" cuba memancing perhatian Shadia. Shadia yang tidak menyedari kedatangan Zuhair sedikit tersentak dan segera menoleh. Bulat mata Zuhair merenung anak mata Shadia.

"Shad! Kau menangis? Tidak salah lagi, air yang bertakung di kelopak mata gadis itu adalah sebuah tangisan. Rasanya dia mengerti kenapa Shadia bersedih. Kerana kehadiran Nasha, shadia seolah-olah diketepikan Uminya. Uminya mungkin tak berniat tetapi hati anak muda itu begitu sensitif apatah lagi Umi itu yang membelanya sejak kecil.

"eh, mana ada!" kalut sejenak. Shadia cepat-cepat berpaling dari pandangan Zuhair. Kenapa harus menangis. Dia sendiri tidak menyedari kehadiran air mata itu.

"Shad..." tangan Shadia ditarik ke dalam genggaman. Melihat Shadia menangis, hatinya turut merasa sedih.

"kau jangan fikir yang bukan-bukan... Umi mungkin sekadar bersimpati dengan Nasha!" Zuhair memujuk. Seolah-olah apa yang diduganya memang benar menjadi punca tangisan Shadia.

"Eh, apa kau cakap ni?" Shadia pura-pura tak mengerti. Dia cepat-cepat menarik tangannya dari pegangan Zuhair.

"Shad, tak susah nak baca apa yang ada dalam kepala kau sekarang ni. Aku sendiri saksinya!" Silap orang jika dia ingin menipu. Jejaka di depannya itu berkelulusan tinggi dalam bidang psikologi malah lulusan Universiti terkemuka di Perancis, tidak terlalu sukar untuk menyelami hati gadis semuda sepupunya itu.

"Mungkin aku terlalu emosional kot... tak patut aku fikir bukan-bukan pada Umi dan kawan baik aku sendiri..." perlahan ayat itu lahir dari mulut Shadia. Zuhair senyum. Dia menarik Shadia duduk di sofa di ruang tamu.

"Kau sebenarnya tersinggung dengan Umi sejak semalam kan?" Duga Zuhair. Shadia sedikit tersentak. Tidak disangkanya yang Zuhair juga mengetahui hal itu. Dia menoleh pada Zuhair dan kembali merenung ke depan. Perlahan-lahan dia mengangguk.

"Aku bukan cemburu atau marah pada sesiapa Zuhair, aku Cuma terkilan bila Umi kata dia tak ada anak perempuan. Dia tak anggap aku macam anak dia ke? Sedangkan dia besarkan aku sejak aku berusia 13 tahun lagi."

"Umi tak sengaja... Aku tahu Umi sayangkan kau..."

" Tapi dia kata Nasha anak bongsu dia dan dia tak ada anak perempuan. Bermakna aku tiada dalam senarai..."

"Shad, Umi dah tua... kadang-kadang dia tersasul... aku rasa perasaan dia pada Nasha lebih kepada simpati... kau jangan terlalu jauh membuat kesimpulan...ok?"

Zuhair terus mencuci minda Shadia agar tidak menyimpan prasangka yang tidak elok terhadap Uminya. Dia tahu Uminya tidak berniat meminggirkan Shadia.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience