BAB 4

Romance Completed 23221

"Assalammualaikum Umi" Kedua-dua belah pipi bonda tercinta dikucup penuh kasih. Air mata kegembiraan mengalir di wajah tua Hajah Quratul Aini. Anak terunanya itu dipeluk lama. Shadia dan Nasha yang memerhati turut merasakan kesyahduan itu. Teringat shadia pada empat hari lepas ketika dia dan Nasha baru sahaja tiba di rumah itu, beria-ia Hajah Quratul Aini mengajaknya ke pekan membeli barang keperluan di rumah sepanjang untuk Shadia, Nasha dan untuk menyambut kepulangan anaknya nanti. Bagaikan suasana di pagi raya pula rasanya. Shadia mengesat air mata. Ibu mana tak rindukan anak yang sudah 4 tahun tidak pulang. Anak mana pula yang tak rindukan ibunya?

"Hai Shadia, ingat aku lagi?" tangan mereka bertaut tanda salam sesama saudara. Shadia senyum mesra. Zuhair tertawa kecil.

"Mengada-ngada! Kenapa pulak aku tak ingat kau?" bahu Zuhair ditampar lembut. Nasha dari tadi asyik merenung jejaka tampan di depannya. Memang benar, kali ini dia tidak ditipu oleh temannya. Zuhair memang jejaka handsome idamannya.

"Kenalkan, ni roomate aku dekat universiti, Nasha Fatima." Nasha malu-malu saat mata bertentang mata. Zuhair senyum mesra tanda salam perkenalan buat Nasha. Saat itu bagaikan butir-butir berlian yang bertaburan di dadanya. Indah dah berkilauan. Mahu gugur jantungnya melihat senyuman Zuhair. Kacak betul sepupu Shadia ini.

"Marilah masuk rumah, takkan nak duduk di luar saja." Sampuk Hajah Quratul Aini yang seolah-olah dapat menyelami gelodak di jiwa teman anak buahnya itu. Dia juga perempuan dan pernah melalui zaman muda. Tidak sukar untuk mentafsirkan apa yang sedang bermain di minda Nasha. Hajah Quratul Aini tersenyum sendiri. Shadia membantu Zuhair mengangkat beg pakaiannya.

Malam itu lauk hampir penuh semeja. Semua bercampur-campur. Ada masakan kegemaran Zuhair, ada kegemaran Shadia, malah kegemaran Nasha juga turut dimasakkan. Walaupun baru beberapa hari mengenali Nasha, mudah saja Hajah Quratul Aini mengenali jenis makanan kegemaran Nasha.

"Kau cuti lama ni tak ada apa-apa plan ke?" Shadia membuka tirai.

"2 bulan aku nak hilangkan rindu aku untuk umi aku ni walaupun aku tahu tak kan pernah hilang" tangan kiri Zuhair memeluk Uminya di sebelah. Hajah Quratul Aini tersenyum manis walaupun usianya sudah mencecah 60-an. "2 bulan lagi aku akan ke Kuala lumpur, aku nak cari kerja di sana."

"Kerja di sana? Habis 2 bulan sajalah untuk Umi ye?" Sedikit kecewa Hajah Quratul Aini mendengar ucapan anaknya sebentar tadi. Zuhair dan Shadia saling berpandangan dan sama-saman ketawa.

"Umi kena ikut Zuhair!" mana mungkin masa yang sedikit untuk bersama ibu tercinta dipersia-siakan. Malam itu, selepas menjamu selera mereka berbual panjang di ruang tamu. Terlalu banyak cerita yang hendak dikongsi. Nasha menjadi pendengar setia. Sesekali anak matanya bertemu dengan anak mata Zuhair, sekali lagi jantungnya bagaikan mahu gugur.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience