BAB 8

Romance Completed 23222

Sudah hampir sebulan mereka di kampung. Hubungan ibu dan anak di antara Hajah Quratul Aini dengan Nasha semakin rapat. Shadia juga yang rasa semakin terpinggir dari hari ke hari. Layanan kasih Hajah Quratul Aini seakan-akan tertumpu hanya pada Zuhair dan Nasha sahaja. Walaupun Uminya masih tidak mengabaikannya tapi terasa seperti dia tidak diperlukan di situ. Adakalanya bila dia tiada di meja makan, Zuhair yang akan memanggilnya. Tetapi bila Nasha yang tiada, begitu bersemangat Hajah Quratul Aini yang pergi memanggilnya.

"Zuhair nak makan apa petang ni?" Soal Hajah Quratul Aini pada si bujangnya itu. Zuhair yang sedang mentelaah beberapa buah buku mengangkat kepalanya sambil berkira-kira apa yang ingin dimakannya.

"Umi tanyalah Shadia! Selalunya selera Zuhair dengan Shadia serupa!" tersentak Nasha mendengar kata-kata Zuhair itu. Sehingga hari ini dia masih belum mendapat perhatian dari Zuhair. Asyik-asyik Shadia!

"Shadia nak makan apa,sayang?" soalan beralih pada Shadia pula. Shadia kekeringan idea. Dia menyengih pada Uminya itu.

"Zuhair! Kenapa suruh aku pulak ni? Aku tak rasa nak makan apa-apalah!" rungut Shadia sambil membulatkan matanya pada Zuhair. Zuhair ketawa. Sengaja dia menyuruh Uminya bertanya pada Shadia. Supaya Shadia tahu bahawa tiada sebaranag perubahan kasih di hati Umi mereka. Biarpun ada Nasha, Shadia tetap Shadia.

"ok... let me decide, urm... apa ye? Nasha! Kau sajalah pilih, kau kan anak Umi, pasti Umi lebih semangat nak masak nanti..." spontan saja Shadia melafazkan ayat itu. Kali ini Hajah Quratul Aini pula yang tersentak. Kenapa Shadia berkata begitu? Zuhair memandang geram ke arah Shadia. Dia takut Uminya pula yang salah sangka nanti.

"Shadia pun anak Umi..." dia ingin mempertahankan status Shadia dalam dirinya. Tersentuh Shadia mendengar ucapan Hajah Quratul Aini itu. Zuhair tersenyum lega. Nasha diam tidak berkata.

"apa kata Umi buat pengat pisang? Zuhair dengan Shadia dah lama tak makan pengat pisang Umi, kan?" akhirnya Hajah Quratul Aini sendiri yang memberi cadangan.

"Setuju!!" serentak Shadia dan Zuhair menjawab.

"Kan Zuhair dah cakap, selera makcik ni memang sama dengan Zuhair! Suka tiru orang!" Ejek Zuhair sambil menolak lembut bahu Shadia. Shadia geram dan memulas telinga Zuhair. Mereka saling menyerang balas. Berbaling kusyen sofa. Hajah Quratul Aini menggeleng-geleng kepala melihat telatah anak-anaknya itu. Nasha pula yang makan hati melihat kemesraan Shadia dan Zuhair. Alangkah seronoknya jika dia yang berada di tempat Shadia. Entah kenapa dia rasa cemburu dengan segala kepunyaan Shadia.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience