BAB 9

Romance Completed 23222

"Shad, kau dengan Zuhair..." terasa berat untuk meneruskan percakapan. Shadia yang ketika itu sedang mengetuk-ngetuk radio tua yang sudah tidak berbunyi berpaling menanti ayat seterusnya dariNasha.

"kenapa Nasha?" Shadia bersila di hadapan Nasha yang sedang melipat pakaian. Sambil itu dia meninjau-ninjau Zuhair dan Hajah Quratul Aini. Ruang tamu sunyi. Dapur juga sepi. Mungkin Zuhair menemani Uminya ke kebun.

"Kau dengan dia... ada apa-apa ke?" dia ingin tahu. Kerana semakin hari dia semakin menyukai Zuhair. Walaupun dia sendiri tidak tahu kenapa Zuhair yang menjadi pilihan hatinya sedangkan tidak pernah sekali pun dia berpeluang berbual mesra dengan Zuhair sepanjang dia menginap di situ. Hati ibunya sudah dipikat, tapi anaknya tak juga terikat.

"apa kau merepek ni Nasha, dia cousin aku!" Tergelak Shadia ditanya begitu. Kalau benar pun dia sukakan Zuhair, mungkin sukar untuk menjalinkan hubungan kerana mereka sudah seperti keluarga. Mana mungkin dia ada apa-apa hubungan dengan sepupunya sendiri. Walaupun dia bukan sepupu yang sedarah sedaging, tapi membesar bersama tidak sesuai sekiranya dia menaruh perasaan pada Zuhair.

"tapi aku tengok kau mesra betul dengan dia."

"kami dah macam adik-beradik, membesar bersama. Kenapa, kau cemburu?"

"eh, mana ada!" cepat-cepat Nasha menyembunyikan perasaannya. Shadia seperti dapat membaca sesuatu. Dia dapat merasakan Nasha menyimpan perasaan terhadap Zuhair. Haruskah dikhabarkan pada Nasha bahawa Zuhair sudah mempunyai kekasih hati? Dia ingat lagi beberapa hari lepas Zuhair pernah memberitahu hatinya sudah dimiliki. Cuma siapakah gerangan gadis itu dia masih belum mengetahuinya. Mungkin orang Perancis barang kali. Shadia tersenyum sendiri.

"Kalau kau benar-benar suka, luahkan!"

"eh, mana ada! Aku saja tanya!"

Melihat Nasha beria-ia menafikan, Shadia akur. Dalam soal lelaki Shadia tak terlalu risau kerana Nasha lebih pandai dalam bab-bab sedemikian

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience