BAB 1

Family Completed 18647

Matanya ligat memerhatikan orang ramai yang sedang beratur membeli juadah untuk berbuka. Bazaar ramadhan yang menyediakan pelbagai juadah membuatkan Farhan mula rambang mata. Pak Ishak masih lagi mengikut Farhan dari belakang. Dia juga turut rambang mata. Namun murtabak yang berada di tangan kiri adalah juadah wajib untuk dia berbuka.

“Pak Ishak, nak makan apa ni?” Tanya Farhan sambil matanya memandang ke arah kuih tepung pelita yang menarik perhatiannya.

“Terpulanglah pada Encik Farhan nak makan apa. Kuih tu pun nampak macam sedap je.”

“Kak, minta kuih ni 4 ringgit.” Pinta Farhan sambil menundingkan jarinya.

“Banyak betul tu. Nak buat apa?” Tanya Pak Ishak yang agak kehairanan.

“Pak Ishak bawa balik rumah jelah.” Ujar Farhan tersenyum.

“Tak payah susah-suah. Pak Ishak makan murtabak je dah cukup. Lepas tu nak ke masjid terawikh.”

“Ambil sajalah Pak Ishak. Bawa sekali untuk Mak Mah.”

“Yelah…” Pak Ishak akhirnya bersetuju. Rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience