BAB 5

Family Completed 18647

Farhan berlalu dan menghidupkan enjin kereta. Belum sempat dia keluar dari jalan besar, dia menekan brek mengejut. Dia sedar dia telah melanggar seseorang. Farhan bergegas keluar dan mendapatkan pertolongan.

“Awak tak ada apa-apa?” Farhan cuba membantu gadis berbaju biru itu.

“Kaki saya sakit.” Air mata mula mengalir. Qalesya menyeka air mata yang berbaki.

“Awak boleh bangun tak?” Tanya Farhan lagi. Qalesya cuba bangun namun dia jatuh semula. Beg pakaian yang berada di sisi mula ditarik. Kakinya begitu sakit untuk dia bangkit. Macam mana nak jalan ni?

“Saya minta maaf. Saya betul-betul tak nampak awak tadi. Saya minta maaf. Awak nak pergi mana ni? Biar saya hantar awak.” Farhan cuba memapah Qalesya.

“Saya nak balik Melaka ni.” Gulp! Bagai tersekat dikerongkong anak tekak Farhan. Melaka? Bergurau ke dia ni?

“Alamak….. kalau macam ni terlepaslah bas saya.” Dengan rasa yang agak bersalah, Farhan memasukkan beg baju Qalesya ke dalam bonet kereta.

“Maafkan saya, Encik Farhan.” Farhan tersentak. Dia kenal aku?

“Awak kenal saya?”

“Encik Farhan adalah CEO di syarikat ni. Kalau ada pekerja yang tak kenal dengan CEO dia jangan kata bekerja kat sini.” Farhan membuka pintu untuk Qalesya dan mempelawa gadis itu masuk.

“Tapi saya tak kenal awak.”

“Seorang pekerja boleh kenal akan majikannya. Tapi kalau Encik Farhan nak kenal akan 2,000 pekerja saya tak pasti Encik Farhan boleh lakukan.” Qalesya tersenyum. Dia tidak sangka dapat menaiki satu kereta dengan majikannya. Bagaikan dalam mimpi. Bukan senang untuk dia berjumpa dengan Farhan. Dalam setahun dia cuma berjumpa dengan Farhan 2 kali. Sekali semasa pembentangan keuntungan syarikat dan juga majlis Beramah Mesra Aidilfitri. Itu pun dari jauh.

“Betul kata awak tu. Eh, pukul berapa tiket bas awak?”

“Lapan.” Ringkas sahaja Qalesya menjawab.

Farhan memandang jam kereta. Hampir waktu berbuka. Dia menguatkan siaran radio KLFM. Menantikan azan berkumandang. Kini baru dia sedar tiada apa untuk dia berbuka. Nampaknya telan air liur sajalah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience