BAB 8

Family Completed 18647

Akhirnya penantian Qalesya berhasil apabila melihatkan kelibat Farhan yang sudah pun menukar baju. Kali ini lebih santai. Berbaju t-shirt dan berseluar jeans. Sepanjang perjalanan Qalesya banyak membisu. Dia tidak mahu bertanya lanjut dengan apa yang telah berlaku memandangkan Farhan sendiri tidak selesa dengan pertanyaannya.

“Macam mana dengan kaki awak?”

“Dah okey dah. Kurang sikit lepas saya letak minyak.” Farhan mengangguk. Dia kemudiannya membisu dan tidak berkata apa. Qalesya pula tidak berani bertanya apa takut akan menguris perasaan majikannya itu.

Mereka kemudiannya sampai di Melaka tatkala jam di dalam kereta menunjukkan ke angka 1.00 pagi. Farhan mula terasa letih. Namun dia gagahi juga untuk memandu. Selepas ini dia perlu memandu lagi. Untuk kembali ke Kuala Lumpur.

“Assalamualaikum…..” Luang Qalesya nyaring. Namun belum sempat dia member salam yang kedua salamnya bersambut. Lebar senyuman sang ibu apabila melihatkan anak gadisnya sudah pulang.

“Maafkan saya, makcik. Terlambat sikit. Saya minta maaf sebab saya bas Qalesya ni terlepas.” Terang Farhan sambil bersalam dengan wanita yang sudah melepasi separuh abad itu.

“Tak mengapa. Makcik senang bila Qalesya selamat sampai. Jemputlah masuk. Rehatkan badan. Tak pun sahur dulu kat sini.” Pelawa Halijah manis.

“Buat susah makcik saja. Tak mengapalah makcik….. saya boleh drive.” Farhan cuba menolak.

“Tak ada susahnya. Jom masuk dulu.” Farhan akur. Dia masuk dan terus duduk di atas kerusi rotan milik keluarga itu. Qalesya sudah pun menghilangkan diri. Mungkin sudah masuk ke bilik agaknya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience