BAB 11

Family Completed 18647

Azan subuh mula berkumandang. Kemudian disusuli dengan takbir raya yang sayup kedengaran. Farhan segera bangkit dan terus ke bilik air. Setelah mandi sunat aidilfitri wajahnya tulus disimbahi dengan air wudu’ .

Meminta keberkatan dan keinsafan di hari mulia, air mata Farhan mula tumpah. Setelah sepuluh tahun dia melarikan diri, inilah kali pertama dia berhari raya di tanah airnya sendiri. Setelah bersiap dia terus menuju ke masjid bersama-sama dengan Sukri untuk menunaikan sunat aidilfiri. Betapa dia gembira dan seronok apabila melihatkan ramai umat islam yang berlumba-lumba ke masjid untuk menunaikan sembahyang aidilfitri. Masing-masing berbaju baru dan semuanya serba indah.

Selesai sahaja bersembahyang, Farhan bertekad untuk pulang ke Kuala Lumpur dan akan menyambut hari raya bersama-sama dengan ayahnya.

“Assalamualaikum…” Farhan melangkah masuk ke dalam rumah sambil membuka songkok. Dia begitu kacak dengan mengenakan baju melayu hijau cekak musang. Namun langkah Farhan terhenti apabila dia mengenali wajah yang sedang duduk di ruang tamu.

“Ayah?” Farhan terus memeluk Datuk Malik dengan erat.

“Maafkan Farhan ayah. Selama ini Farhan banyak menguriskan hati ayah.”

“Alhamdulillah… hasrat ayah untuk berhari raya dengan Farhan tahun ini termakbul.” Datuk Malik melemparkan senyuman buat anaknya.

“Tapi…. macam mana ayah tahu yang Farhan ada di sini?”

“Tu…. Qalesya yang beritahu. Kalau dia tak de mungkin ayah ingat kamu di Switzealand.” Farhan berpaling ke arah Qalesya yang sedondon dengan warna bajunya. Detik hati Farhan bagai terhenti melihatkan Qalesya yang melemparkan senyuman buatnya.

“Saya minta maaf Encik Farhan kalau saya membuat keputusan tanpa bertanya lagi. Niat saya adalah untuk melihat Encik Farhan berhari raya dengan keluarga Encik Farhan sendiri. Betapa indah jika keluarga berada di samping kita saat hari mulia ini.” Sekali lagi Farhan kagum dengan kata-kata Qalesya itu.

“Tidak…. sebenaranya saya yang perlu mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kerana menyedarkan saya. Memberi nasihat dan kekuatan yang selama ini saya lemah. Terima kasih, Qalesya.” Qalesya tersenyum. Berbunga hatinya mendengarkan butir bicara Farhan itu. Memang niatnya untuk menyatukan Farhan dan Datuk Malik. Dia tidak mahu kedua beranak itu tidak bersama di hari mulia ini.

“Nasib baiklah kampung Pak Ishak kamu ni sebelah je. Malam tadi Qalesya telefon ayah. Beritahu mana kamu berada. Ayah telefon kamu, tak berangkat.”

“Maaf ayah. Telefon Farhan tertinggal ni pejabat. Kalut masa nak balik. Mungkin ada hikmahnya apa yang telah berlaku 2 3 hari ini, ayah.” Farhan sedar jika tidak dia tertinggal telefon bimbit, terlanggar Qalesya dan keretanya rosak mungkin dia tidak dapat menikmati hari raya yang penuh bermakna seperti sekarang ini.

“Tahun depan nak beraya ke mana pula?” Saja Datuk Malik menduga anaknya. Farhan tersenyum dan lantas dia mengerling ke arah Qalesya.

“Saya dah ada kampung.” Tegas Farhan megah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience