BAB 9

Family Completed 18647

“Encik Farhan, bangun sahur.” Farhan tersentak apabila dia dikejutkan. Dalam samar lampu dia melihatkan senyuman Qalesya yang berganti dengan panggilan namanya.

“Dah pukul berapa ni?” Tanya Farhan dalam keadaan terpisat-pisat.

“Pukul 5. Bangun sahur.” Farhan bangkit. Badannya mula segar. Dia mengikut Qalesya dari belakang. Sampai di dapur alangkah terkejutnya Farhan melihatkan adik-adik beradik Qalesya yang begitu ramai. Satu…dua…tiga…empat…lima… dan termasuk Qalesya, enam?”

“Ini tak termasuk kak long saya. Saya ada 7 adik beradik.” Ujar Qalesya sebelum Farhan bertanya. Farhan memandang ke arah Qalesya. Hish! Macam tahu je apa nak ditanya.

Setelah usai sembahyang subuh Qalesya menghantar Farhan di pintu rumah. Melihatkan Farhan yang sudah bersiap sedia untuk pulang ke Kuala Lumpur. Farhan memasukki kereta dan menghidupkan enjin. Namun hampa. Farhan mengeluh. Puas dia memusing kunci namun kereta masih lagi tidak mahu hidup.

“Kenapa Encik Farhan?” Qalesya berlalu menuju ke arah Farhan yang sudah putus asa.

“Entahlah. Kereta ni meragam pulak.” Qalesya tersenyum.

“Mungkin Encik Farhan kena beraya di sini nampaknya. Mana nak cari mekanik sekarang ni?” Farhan mengeluh sekali lagi. Dia tidak tahu apa yang perlu dilakukan. Halijah yang berada di bilik setelah setelah sembahyang subuh turut melihat Farhan yang masih lagi setia di kereta.

“Kenapa Qalesya?”

“Ini mak…. kereta Encik Farhan segan nak hidup.” Ujar Qalesya melawak. Semenjak semalam dia tidak pun melihat segaris senyuman dari bibir majikannya itu.

“Nampaknya Farhan kena beraya dengan kami. Lagi pun Qalesya kata Farhan tak ada kampung. Apa salah beraya dengan kami. Alang-alang dah sampai sini.” Kali ini Halijah pula yang mempelawa.

“Maaf makcik. Lagi pun saya tak ada baju raya nak di pakai esok. Seganlah makcik. Tak pe makcik. Nanti bila matahari naik saya cuba cari mekanik.”

“Alasan saja tu mak. Mustahil Encik Farhan tak beli sebarang persiapan hari raya?” Farhan menggeleng. Qalesya masih lagi tersenyum.

“Encik Farhan, masih belum terlambat lagi. Nanti saya minta adik saya Syuk untuk temankan Encik Farhan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience