BAB 4

Family Completed 18647

Farhan seperti berteleku di meja dengan kerja-kerja yang masih tertangguh. Keriuhan di luar tidak sedikit pun membuat dia terganggu. Cuping telinganya jelas memerangkap suara Farah yang nyaring.

“Kalau kau nak kuih ni, bayar dulu. No pulus no kuih. Okey?” begitulah kata-kata Farah yang dapat ditangkap oleh Farhan. Farhan tersenyum dengan gurauan Farah itu. Farah si penjual kuih masa raya. Tiap tahun ada saja tempahan buatnya.

“Oi! Duit tudung yang kau ambik hari tu tak bagi lagi tau.” Kali ini suara Fariha pula yang memetir. Mangsa-mangsa kebanyakkannya lelaki yang sudah sedia ketepikan duit untuk membeli persiapan raya. Nak belikan untuk mak mertualah, tunanglah, binilah…… yang pasti Farah dan Fariha senyuman mereka sampai ke telinga. Mahu tidak, untung mereka berganda. Duit gaji pun tak berusik. Raya sakan mereka tahun ni.

Farhan memberi peluang kepada staff-staffnya untuk menikmati suasana hari raya. Lagi pun tidak lama lagi untuk umat islam menyambut aidilfitri. Insyaallah dalam tempoh 3 hari lagi. Farhan memerhatikan gambar yang dia amat rindui. Wajah ibunya jelas diruang mata. Lagu yang berkumandang di corong radio yang dikawal di puat kawalan membuatkan hatinya bertambah sayu. Akhirnya dia mendail nombor Muhammad.

“Mad, tolong offkan radio di dalam bilik saya. Saya sedang buat kerja ni.” Ujar Farhan yang cuba menutup rasa getar sayu hati.

Setelah suasana sunyi, Farhan bangkit dari tempatnya. Dia meninjau keluar bilik. Kosong. Hai, mana yang lain? Dah balik? Mentang-mentang sudah mula bercuti masing-masing balik awal. Farhan melirik ke arah jam dinding di dalam pejabatnya. Patutlah…. sudah 6.30 petang. Farhan mengemas apa patut dan menutup segala lampu dan komputer. Dia harus berada di KLIA sebelum pukul Sembilan untuk penerbangan ke Switzealand.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience