BAB 10

Family Completed 18647

Entah mengapa dengan hati yang terbuka Farhan menerima ajakan Qalesya itu. Suasana sebelum raya di kampung membuatkan dia lupa akan segalanya. Qalesya sedari tadi sibuk di dapur bersama ibu dan adik-adiknya. Menyedikan rendang dan kuah ketupat. Aromanya bagai menusuk ke ronga hidung Farhan. Ah, sudah lama tidak merasa rendang dan kuah kacang. Yang lelaki sibuk dengan mencari kayu untuk merebus ketupat. Farhan cuba untuk menolong dan ahirnya dia mendapat kerja mengapak kayu. Farhan menelek kapak dan dia cuba mengapak namun dia digelak.

“Tak mengapalah Encik Farhan… biar saya buat.” Sukri mencapai kapak dan terus mengapak.

“Tak perlulah nak panggil encik. Panggil abang pun dah cukup.” Sukri tersenyum. Farhan segera menyusun kayu. Berborak dengan Sukri begitu menyeronokkan. Bagai dia sudah mengenali lama anak teruna itu.

“Lepas kita rebus ketupat, kita pergi pekan sekejap. Kak ngah kata abang tak ada baju melayu. Nanti ikut Syuk . Kita pergi.” Farhan tersenyum mendengarkan ajakan itu. Betapa hatinya tenang ketika itu. Sambutan Qalesya dan sekeluarga begitu bermakna buatnya.

Azan isyak berkumandang dan kemudian disusuli dengan takbir raya. Farhan masih lagi memandang keluar jendela. Lamunanya begitu jauh. Semenjak dia kecil, dia tidak pernah merasai aidilfitri yang begitu bermakna seperti ini. Betapa dia aman dan bahagia di desa yang begitu mendamaikan jiwa. Namun di hati, Farhan masih lagi merintih. Pemergian ibunda di malam aidilfitri bagaikan berlaku semalam.

Tanpa disedari, perilaku Farhan diperhatikan oleh Qalesya dari belakang.

“Kak ngah, pergilah tengok abang Farhan tu. Dari tadi asyik termenung je.” Bisik Malina perlahan di cuping telinga Qalesya.

“Encik Farhan….” Farhan tersentak dan berpaling. Kali ini dia terkejut dengan senyuman yang dilemparkan oleh Farhan untuknya. Hati Qalesya mula berdebar. Ya Tuhan, kau tetapkan hatiku…patutlah ramai yang memintai CEO muda ini. Dengan wajah bersih, ala cina dan rambut ikal dan lesung pipit. Ah, patutlah Rohana tak tidur malam. Hati kecil Qalesya tertawa bila teringatkan rakan sekerjanya.

“Saya Nampak Encik Farhan termenung panjang. Kenapa? Encik Farhan tak selesa di sini ke?”

“Ada apa-apa yang perlu saya bantu?” Farhan senyap. Qalesya masih lagi berdiri dan menantikan kata-kata Farhan.

“Bukan…. saya memang seronok di sini. Qalesya nak tahu mengapa saya berhari raya di luar negeri selama 10 tahun ini?” Qalesya senyap. Menantikan bicara yang akan dilafazkan oleh Farhan sebentar nanti.

“Ibu menyayangi saya dengan menatang bagai minyak yang penuh. Berkongsi kegembiraan dan kedukaan saya. Saat saya inginkan lagi kasih-sayangnya, Allah telah menjemputnya di malam aidilfitri kerana barah yang hadapinya. Sejak itu di saat malam raya saya tidak dapat melupakannya. Saya keluar negeri untuk tidak memikirkan.” Qalesya menghampiri Farhan. Minyak wangi berjenama polo menerawang mencecah hujung hidung Qalesya.

“Encik Farhan bukan melupakan masalah, tetapi Encik Farhan ingin lari dari masalah. Encik Farhan beruntung kerana sudah tahu akan pemergiannya. Saya, kehilangan ayah saat kami adik-beradik perlukan kasih-sayangnya. Di malam raya juga ayah terlibat kemalangan jalan raya semasa ingin ke masjid. Dengan keadaan kami adik-beradik yang ramai, saya terpaksa mengharungi cabaran itu. Setiap yang hidup perlu teruskan hidup. Lagi pun Encik Farhan punyai ayah.”

“Saya buntu, Qalesya.”

“Masih belum terlambat, Encik Farhan. Encik Farhan mempunyai ayah yang perlukan kasih-sayang dari seorang anaknya. Dan Encik Farhan perlu mengambil kesempatan ini sebelum dia pula yang meninggalkan kita.” Bagai tersentak Farhan mendengarkan luahan Qalesya itu.

Farhan terdiam. Memandang ke arah raut wajah Qalesya dengan tulus. Wajah itu mempamerkan sebuah kejujuran. Qalesya akhirnya meninggalkan Farhan sendirian dalam melayani perasaan. Angin malam membuatkan Farhan meninggalkan jendela itu bersama-sama kenangan lama. Keriuhan adik-adik Qalesya membuatkan dia terhibur. Dia melepaskan satu keluhan beban yang selama ini bersarang di dalam hati. Malam ini dia benar-benar terasa lapang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience