BAB 7

Family Completed 18647

Sampai sahaja di Stadium Bukit Jalil jam menunjukkan ke angka 810 malam. Hati Qaleysa berdebar. Dia segera bertanyakan bas di kaunter jualan. Dia hampa. Memang sudah diagak yang dia sudah pun ketinggalan bas. Mahu jatuh air mata Qalesya. Ah, dugaan apakah ini? Qalesya melangkah perlahan dari terminal sementara itu. Dia terpaksa berdikari esok. Yang penting dia mesti pulang ke kampung untuk berhari raya.

Belum sempat dia menelefon keluarga di kampung, raut wajah Farhan berada di mata. Farhan masih belum pulang? Apa dia buat di sini?

“Encik Farhan?” Farhan tersenyum bagai kerang busuk. Baju kemeja biru yang dipakaikan semenjak pagi tadi bagaikan tidak terurus.

“Saya minta maaf kalau saya membuatkan Qalesya terlepas dari bas. Ada apa yang boleh saya tolong?” Qalesya menyeka air mata. Hati lelaki Farhan agak gelisah melihatkan air mata Qalesya buat kali kedua. Dia pasti yang dia perlu membantu Qalesya.

“Tak mengapalah Encik Farhan. Saya boleh balik dengan tren esok.” Ujar Qalesya yang cuba tidak memberi beban kepada Farhan. Namun itu juga untuk memberi semangat untuk dirinya juga.

“Ada ke tren ke Melaka?”

“Memang le tak de. Esok kena naik komuter ke Seremban. Lepas tu kena ambil bas ke Tampin. Lepas ke Tampin saya kena ambil bas ke Melaka. Sampai Melaka saya kena ambil bas ke kampung saya. Esok pagi saya kena bangun awal.” Terang Qalesya.

“Saya hantar Qalesya balik kampung.” Entah mengapa pelawaan itu laju meluncur dari mulutnya. Bagai tercenggang Qalesya mendengarnya.

“Encik Farhan biar betul. Eh, tak perlulah. Saya boleh balik esok. Jangan bimbang. Esok masih ada. Lusa baru kita nak raya.” Qalesya cuba menolak pelawaan Farhan. Dia tidak mahu menyusahkan majikannya itu.

“Saya hantar awak balik kampung. Please…. lagi pun kaki awak masih lagi sakit, kan?” Qalesya mula merasa serba-salah.

“Tapi…” Qalesya agak berat dengan tawaran Farhan itu. Walau pun dia tahu Farhan adalah majikannya namun dia merasa agak was-was. Namun dia terdesak .

“Minta saya telefon awak.” Hah? Bagai melopong mulut Qalesya mendengarnya. Telefon bimbit yang berada di tangan Qalesya dicapai. Dia bertanyakan nombor telefon keluarga Qalesya sebelum dia mendail.

“Makcik jangan bimbang. Saya akan hantar dia sampai depan rumah. Kalau kami tak pulang sebelum sahur, makcik boleh panggil polis.” Qalesya binggung.

“Awak jangan bimbang. Saya memang nak hantar awak. Lagi pun saya tidak ada kampung nak balik.” Tanpa sedar, Farhan menarik tangan Qalesya. Qalesya buntu dan terus mengikut Farhan sampai ke kereta.

“Saya tak faham dengan Encik Farhan. Kalau Encik Farhan tak ada kampung kenapa saya lihat Encik Farhan bawa beg besar?”

“Saya bukan nak balik kampung tapi saya nak ke Switzeland.” Perlahan sahaja kata-kata dilontarkan oleh Farhan. Dia tidak mahu Qalesya berfikir bukan-bukan tentang dirinya.

“Ke luar negeri dalam bulan mulia ni? Encik Farhan rugi. Orang bandar semua pulang ke kampung semata-mata nak sambut hari raya. Tapi Encik Farhan? Saya tak faham. Memang sejak kecil lagi ke Encik Farhan beraya di luar negeri? Macam mana dengan Datuk?

“Sejak sepuluh tahun yang lepas. Ayah saya masih setia di sini. Eh, saya nak singgah di R & R sekejap. Saya nak mandi, solat dan makan sekali. Sudahlah saya tertinggal maghrib tadi. ” Farhan terus mengubah tajuk. Qalesya mengangguk tanda setuju. Qalesya turun dari kereta dan turut menunaikan solat. Setelah selesai dia membeli 2 buku roti dan air untuk perjalan nanti. Dia kemudiannya pulang ke kereta menantikan Farhan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience