BAB 6

Family Completed 18647

Akhirnya azan maghrib mula berkumandang. Dalam keadaan memandu dia memandang sekeliling. Mencari kedai untuk dia membeli air atau roti untuk alas perut. Namun dia tersentak apabila Qalesya memberikannya air kotak.

“Encik Farhan ambillah satu. Kebetulan saya beli lebih.” Farhan mengerling ke kiri. Nak diambil dia segan. Nak ditolak dia yang kehausan nanti.

“Ambillah. Jangan malu.” Akhirnya Farhan mengalah. Dia mencapai air kotak dan lantas disedut keras. Jalan dilaluinya mula sesak. Mungkin sudah ramai yang mahu pulang ke kampung halaman.

“Alamak…. jalan sesaklah pulak.” Farhan mula rasa tidak senang. Jam mula menunjukkan keangka 7.45 malam. Lima belas minit lagi Qalesya akan terlepas akan basnya. Dan dia perlu bergegas sebelum pukul 9 malam untuk ke KLIA.

“Berasabarlah Encik Farhan.” Qalesya bersuara apabila melihatkan wajah Farhan yang sudah mula berubah.

“Tidak pun Encik Farhan turunkan saya di stesen LRT. Saya pasti Encik Farhan pun nak balik kampung.” Kampung? Tidak pernah terlintas di fikirannya dia mempunyai kampung. Kuala Lumpur adalah kampungnya. Di luar negera tempat dia menyambut hari raya semenjak 10 tahun yang lalu.

Akhirnya Qalesya agak gementar. Lagi 5 minit bas akan bertolak. Namun stadium Bukit Jalil masih belum kelihatan. Buatnya terlepas bas, macam mana? Qalesya bertekad. Kalau dia terlepas bas, esok hari akan dia naik tren Komuter ke Seremban dan naik bas kemudiannya. Itu sudah kira terdesak. Nasib baik juga kampung di Melaka. Buatnya jauh di utara, mahu menangis tak berlagu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience