BAB 3

Romance Completed 9627

Hada termenung sambil megacau-ngacau jus epal dengan penyedut minuman. Suasana di Mister Coffee Cafè yang tenang itu membuatkan dia lebih jauh mengelamun. Mindanya memikirkan perkahwinan yang dibina kini sudah roboh. Masjid yang dibina hanya mampu bertahan selama 6 tahun saja. Tidak mungkin dia dapat melupakan Syazwan. Lelaki yang dicintai, lelaki yang disayangi. Lelaki yang pernah menjadi suaminya. Berputar ligat peristiwa malam itu, apabila Syazwan menjatugkan talak. Hatinya berbisik.

'Syaz.. Hada masih cintakan Syaz. Kenapa Syaz buat Hada macam ni?'

"Ehem.. Assalamualaikum.. Boleh Syaz duduk sini?"

Suara garau yang sangat dikenali itu mengejutkan dirinya. Syazwan tersenyum lantas melabuhkan punggung di depan Hada. Hada berpaling ke tempat lain.

"Hmm.. Boleh Syaz join minum?"

"Tak apalah. Hada dah nak balik office."

"Aik?! Lunch hour baru start ni."

"Hmm.. Hada ada banyak kerja kat office."

Hada cepat-cepat bangun mahu beredar dari situ. Tetapi tangan Syazwan lebih pantas menarik lengannya.

"Hada.. Nanti dulu. Syaz nak cakap ni."

"Syaz! Please.."

"Syaz nak cakap something ni. Tolonglah dengar."

Hada mengeluh sebelum duduk semula apabila mendapati beberapa pelanggan di situ sedang memandang mereka.

"Syaz.. Tak sesuai kalau kita nak berbincang kat sini."

"Okay.. Kalau macam tu, malam ni Syaz jemput Hada kat rumah. Kita dinner sama-sama."

Hada terdiam, berfikir seketika.

"Hm. Okay."

***

"Keadaan pesakit kurang stabil. Selepas hentakan kuat yang beliau alami semasa kemalangan, tulang rusuknya telah tercucuk ke bahagian hati pesakit. Kami telah buat pembedahan untuk mengeluarkan tulang tersebut dan selepas pembedahan, keadaan hati pesakit, tidak normal."

Tergamam Ninie dan Datin Shue selepas mendengar penjelasan dari Doktor Zaher.

"Berkemungkinan pesakit tidak akan sedarkan diri, koma yang agak lama kerana keadaannya yang sangat lemah. Buat masa sekarang ni, pesakit memerlukan pemerhatian yang penuh dan saya berharap anda semua bersabar. Harapan pesakit untuk pulih sepenuhnya kurang dari 50%.."

Datin Shue terus meraung mendengar ayat terakhir itu lantas memeluk Ninie. Air mata Datin Shue membasahi bahu Ninie.

"Sabar, Datin. Sabar.."

Ninie cuba menenangkan Datin Shue yang menangis, meraung.

"Sabar, Datin.. Kami akan cuba menyelamatkan anak Datin. Sekarang ni apa yang penting, kita berdoa, minta bantuan dari Allah dan berserah kepada-Nya."

Kata-kata semangat keluar dari mulut Doktor Zaher. Ninie dan Datin Shue kemudian berjalan keluar selepas mengucapkan terima kasih kepada Doktor Zaher. Datin Shue terus berjalan ke bilik yang menempatkan Iqbal sementara Ninie masih bersama Doktor Zaher.

"Erm.. Doktor, tak ada cara lain ke?"

Doktor Zaher menutup fail pesakitnya itu dan memandang tepat ke arah Ninie.

"Selalunya dalam kes begini, kita terpaksa melakukan pemindahan hati. Sebab, keadaan hati pesakit memang teruk."

"Tak boleh ke buat pemindahan hati tu, doktor?"

"Boleh. Tapi masalah besarnya, kita memerlukan penderma hati yang sesuai."

"Penderma hati?"

"Yes. Kita memerlukan penderma hati yang sesuai untuk menggantikan hati pesakit dan pembedahan tersebut perlu dilakukan dengan segera."

Ninie terdiam. Mindanya sedang memikirkan sesuatu. Kemudian, dia berkata.

"Hm. Doktor...."

***

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience