BAB 6

Romance Completed 9626

Hada sedang duduk menatap komputer ribanya menyiapkan kertas kerja untuk syarikatnya. Sesekali matanya menjeling ke arah Nabil yang sedang rancak berbual dengan Syazwan di dalam talian. Melihat keadaan itu, bibirnya tersenyum dan mula berfikir.

'Aku masih cintakan Syaz. Aku tau aku perlukan dia. Nabil pun perlukan Papanya. Tapi, kenapa semakin hari semakin susah aku nak terima Syaz semula?'

"Mama! Mama!"

Suara Nabil membuatkan Hada terhenti berfikir perkara tadi. Hada memandang Nabil yang telah menamatkan panggilan dengan Syazwan.

"Ada apa, sayang?"

"Papa cakap kirim salam kat Mama. Papa kata nanti cuti sekolah Papa bawa kita pergi holiday.. Yeay! Yeay! Holiday dengan Papa!"

Hada hanya tersenyum melihat Nabil terlompat-lompat kegembiraan. Dari situ dia mulai sedar bahawa Nabil benar-benar memerlukan Syazwan sebagai Papa yang perlu sentiasa ada di sampingnya.

'Ya Allah.. Bukakanlah hati aku untuk menerima Syazwan semula jika dia adalah orang yang benar-benar ditakdirkan untuk aku.'

Hada berdoa di dalam hati.

***

"Weh! Nak pergi mana ni? Kan kita nak pergi mamak. Jalan pergi mamak lalu sana tu, kan?"

"Eh! Alamak.. Aku lupa nak bagitau kau eh. Malam ni tak jadilah lepak mamak. Ni, member aku ada perform kat kelab ni. Diorang ajak aku pergi sana tengok diorang. So, kita lepak kat sana je lah. Okey?"

"Erm.. Tak cakap awal-awal pun."

"Sorry, sorry.. Aku busy lately. Lupa pula nak bagitau kau."

Zira hanya diam. Baginya, tidak kisah di mana saja tempat untuk melepak asalkan boleh lepak bersama dengan kawan baiknya itu. Kebelakangan ini, memang susah untuk keluar bersama dengan Shah memandangkan Shah merupakan sibuk dengan acara-acara yang dianjurkan di universiti.

Tidak lama kemudian, kereta Shah berhenti di depan sebuah kelab. Mereka keluar dari kereta dan jalan beriringan masuk ke dalam kelab tersebut. Shah mengajak Zira duduk di meja depan pentas dengan alasan dia dapat melihat rakannya membuat persembahan dengan lebih jelas. Zira menuruti. Mereka duduk dan memesan minuman apabila seorang pelayan lelaki datang.

"Weh! Kau okey tak aku bawa kat sini? Kalau kau tak suka, kita boleh pergi mamak."

"Aku okey je lah. Tak kisahlah kat mana pun, asalkan dapat lepak dengan kau. Sekarang ni dah susah gila nak ajak kau keluar lepak. Asyik busy je."

"Hm.. Tak apa, tak apa. Walaupun dah susah nak jumpa aku tapi, sayang aku tetap kat kau lah. Hahaha.."

"Alah.. Banyak lah kau punya sayang. Gelilah aku dengar sayang-sayang ni."

"Oh.. Geli konon.. Dengan Niezam tu kau boleh pulak sayang-sayang ni.."

"Hello! Cakap baik sikit. Nanti free-free je kau dapat tapak kasut aku kat muka kau. Tak pernah eh nak cintan-cintun, sayang-sayang dengan mamat tu. Jumpa pun tak pernah, pebenda nak sayang-sayang pulak.."

Shah tersenyum kemudian memandang pentas yang sudah dipenuhi satu kumpulan muzik. Shah kemudian berkata kepada Zira.

"Hah! Tu lah band member aku. Gaban, gitaris. Rafiz main bass. Drummer kat belakang tu, Lak. Ni yang terpacak tinggi lampai macam tiang elektrik ni, Naz, vokalis. Nama band diorang 'Entitled'."

"Apa tadi nama penyanyi tu?"

"Naz.."

"Hm. Not bad."

"Ehem.. Ehem.."

"Lah.. Kenapa? Jealous sudah?"

"Haruslah.. Kau tu girlfriend aku."

"Ah! Bila ketikanya aku girlfriend kau pulak..? Beranganlah kau sorang-sorang.."

Kumpulan Entitled terus memperkenalkan diri dan memainkan lagu mereka. Shah dan Zira mendengar lagu yang pertama kali dimainkan itu. Habis saja lagu pertama, semua orang bertepuk tangan dan Naz selaku vokalis kumpulan itu berkata sesuatu.

"Thank you so much, guys. So, tadi tu lagu kitorang yang baru. Hm.. Kitorang kat sini happy sangat cause dapat buat show kat kelab ni. And kitorang bertambah happy sebab penyanyi sebenar selaku pengasas, orang yang formed band Entitled ni pun ada kat sini, support kitorang. So, sebagai tanda terima kasih kitorang, saya nak jemput penyanyi tu untuk menyanyi sikit lah. Silakan, Shah...!"

Lampu limpah disuluh ke arah Shah.

"Weh! Weh! Aku dah pencenlah. Tak nak lah."

"Alaa.. Come on.. Satu lagu je."

Shah tetap menggeleng. Namun, dia tetap akur apabila didesak oleh Naz. Shah melangkah ke atas pentas. Naz memberikan gitar akustik kepada Shah. Semua orang di kelab itu bersorak nama Shah dan bertepuk tangan. Shah tersenyum dan mencapai mikrofon lantas berkata.

"Sebenarnya, saya nak explain sikitlah. Saya ni bukanlah penyanyi sebenar, saya cuma menyanyi sekejap je dalam band ni. Then, saya dah bagi takhta saya kat Naz. So, saya bukan penyanyi sebenar. Hahaha.. Okey lah. Hm.. Saya dah lama tak menyanyi macam ni. So, kalau nak menyanyi ni, saya nak someone ni temankan saya. Hm.. Saya nak ajak Zira naik pentas.. Silakan Zira.."

Lampu limpah dihalakan ke arah Zira pula. Zira terkejut. Semua orang yang berada di situ sedang memandangnya. Shah pula tersenyum di atas pentas. Naz dan Rafiz pergi ke arah Zira dan menarik Zira ke atas pentas. Dia berdiri kaku di sebelah Shah. Shah menghulurkan mikrofon kepada Zira. Zira menyambut dan memandang Shah sambil berkerut dahi.

"Shah, apa kau buat ni?! Aku tak pandai nyanyi!"

Shah hanya mengenyitkan mata lantas memetik gitar. Satu melodi tercipta. Shah memainkan lagu yang amat sinonim dengan telinga pendengar-pendengar muzik. Shah memulakan nyanyian.

"Do you hear me, I’m talking to you. Across the water across the deep blue ocean under the open sky, oh my, baby I’m trying."

Zira memandang ke arah Shah dan menggelengkan kepala. Shah mengangkat keningnya, memberi senyuman yang memang dapat mencairkan hati dan entah macam mana, perasaan malu dan takut Zira hilang. Dia terus menyambung nyanyian itu. Muzik mula dibantu kemas oleh kumpulan Entitled tadi.

"Boy I hear you in my dreams.. I feel your whisper across the sea.. I keep you with me in my heart. You make it easier when life gets hard.."

Zira dan Shah tidak lepas berpandangan dan menyanyi bersama.

"I’m lucky I’m in love with my best friend. Lucky to have been where I have been. Lucky to be coming home again. Ooohh ooooh oooh oooh ooh ooh ooh ooh... They don’t know how long it takes. Waiting for a love like this. Every time we say goodbye. I wish we had one more kiss. I’ll wait for you I promise you, I will... I’m lucky I’m in love with my best friend. Lucky to have been where I have been. Lucky to be coming home again. Lucky we’re in love every way. Lucky to have stayed where we have stayed. Lucky to be coming home someday.."

Dalam keadaan mereka masih berpandangan, Zira menghalakan mikrofonnya ke mulut Shah. Shah tersenyum dan menyanyikan lirik seterusnya.

"And so I’m sailing through the sea. To an island where we’ll meet. You’ll hear the music fill the air. I’ll put a flower in your hair.."

Tangan Shah membelai rambut Zira. Kemudian, Shah pula menghalakan mikrofonnya ke mulut Zira. Zira tersenyum dan menyanyi sambil mengalihkan tangan Shah di rambutnya dan memegangnya erat.

"Though the breezes through trees. Move so pretty you’re all I see. As the world keeps spinning round. You hold me right here right now.."

Mereka menghayun perlahan tangan yang berpegangan itu. Serentak mereka memandang penonton, dan menyanyikan rangkap akhir bersama-sama.

"I’m lucky I’m in love with my best friend.. Lucky to have been where I have been.. Lucky to be coming home again.. I’m lucky we’re in love every way.. Lucky to have stayed where we have stayed.. Lucky to be coming home someday... Ooohh ooooh oooh oooh ooh ooh ooh ooh... Ooooh ooooh oooh oooh ooh ooh ooh ooh..."

***

Beep! Beep! Beep! Beep!

Monitor yang menunjukkan denyutan nadi berbunyi kuat dan pantas. Ninie memandang Iqbal di atas katil yang sedang tersedak-sedak bernafas. Ninie semakin cemas lantas menekan butang 'EMERGENCY' untuk memanggil doktor. Sejurus kemudian, Doktor Zaher datang bersama tiga orang jururawat.

"Doktor! Doktor! Iqbal.. Tolong, doktor..!"

"Bertenang. Awak sila tunggu di luar."

Ninie dibawa keluar oleh seorang jururawat. Di situ, Ninie ditenangkan oleh jururawat itu pula.

"Cik, bertenang ya.. Doktor akan mencuba yang terbaik."

Ketika itu, air mata Ninie bercurahan. Di fikirannya kini hanya memikirkan perkara negatif yang akan berlaku kepada Iqbal.

"Iqbal.."

Tiba-tiba, memorinya bersama Iqbal suatu ketika dulu bermain di fikiran.

"Iqbal.."

"Hm."

"Kalau parents saya ada lagi sekarang ni, mesti diorang happy sangat."

"Eh! Kenapa pula?"

"Sebab diorang tau saya dah jumpa orang yang boleh bahagiakan saya."

"Oh.. Hm. Tapi sayang kan, parents awak tak dapat tengok kita bertunang nanti, kan. Hm.. Tak apalah."

"Iqbal.."

"Hm.."

"Kalau saya pergi dulu ikut parents saya, awak..."

"Ish! Apa awak cakap ni..? Janganlah merepek. Jangan cakap benda-benda macam tu lah."

"Hm. Sorry.. Saya cuma rasa kalau..."

"Ok! Ok! Cukup. Walau apa pun jadi, saya tetap sayang awak, ok.. Saya tak akan tinggalkan awak. Dan awak pun, tak akan tinggalkan saya."

"Cik Ninie.. Cik Ninie?"

Ninie tersedar dari lamunan memorinya. Dia terus memandang Doktor Zaher yang memanggilnya tadi.

"Doktor! Iqbal macam mana, doktor?"

"Cik Ninie.. Iqbal.."

Belum habis Doktor Zaher berkata, Ninie terus masuk ke dalam bilik dan menyerbu ke arah Iqbal.

"Iqbal.. Jangan tinggalkan saya... Awak.. Saya dah tak ada siapa-siapa lagi kat sini. Awak jangan tinggalkan saya.."

"Sa.. saya tak.. Tak kan ting.. galkan awak...."

Suara Iqbal yang lemah dan tersekat-sekat tadi membuatkan Ninie yang tertunduk menggenggam tangan Iqbal berhenti menangis. Ninie mengangkat muka, memandang wajah Iqbal. Iqbal tersenyum.

"Iqbal?!"

Ninie terus memeluk Iqbal. Air mata laju keluar dari mata, menuruni pipinya.

"Iqbal... Awak dah sedar? Thank God."

"Cik Ninie.. Pesakit baru sedar. So, biarlah dia berehat dulu. Cik Ninie boleh ikut saya ke bilik sekejap, saya nak bincang sikit."

Doktor Zaher berkata dan terus melangkah. Ninie menoleh semula kepada Iqbal.

"Saya pergi jumpa doktor kejap, ya. Awak rehat dulu."

Ninie mengusap lembut kepala Iqbal. Iqbal tersenyum dan apabila Ninie ingin melangkah, Iqbal menarik tangan Ninie. Iqbal tersenyum dengan wajah yang tidak bermaya. Ninie membalas senyuman itu dan mengangguk lantas keluar dari bilik itu.

***

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience