BAB 7

Romance Completed 9626

"Hai! Nabil mana?"

"Oh.. Nabil dah tidur tu. Penat dia menolong pasang khemah tadi."

Syazwan duduk di sebelah Hada. Hada yang sedang minum secawan kopi itu berasa kaku apabila Syazwan melabuhkan punggung di sebelahnya. Syazwan memulakan kata.

"Minum apa?"

"Coffee.. Syaz nak?"

"Boleh juga."

Hada menuangkan secawan kopi panas kepada Syazwan.

"Baik-baik. Coffee tu panas lagi. Hada baru buat."

"Okay.. Hm.. Hada tak kisah Syaz bawak holiday kat sini?"

"Hm.. Kenapa?"

"Yela.. Patutnya holiday mestilah kat tempat percutian like pantai ke.. hotel, resort.."

"Hutan macam ni pun tempat percutian juga, Syaz.. Hada tak kisah, asalkan Nabil tu seronok. Tengoklah tadi, bila Syaz cakap nak bawa dia mandi air terjun, terus melompat, happy sangat."

"Yelah.. Macam Mama dia. Mama dia pun melompat jugak tadi, kan.."

"Ish! Syaz ni. Bila pulak Hada melompat? Hm.. Nabil tu memang seronok sangat kalau dengan Papa dia. Even kalau Syaz call, dia punya senyum lebar semacam je, tau."

"Oh, really? Haha.. Hm. Kalau macam tu, apa kata kalau Papa dia tinggal dengan dia, dengan Mama dia, sama-sama. Macam dulu. Mesti dia lagi happy and rasa lebih complete. Ada Mama, ada Papa."

"Syaz.. Hada.."

"Hada.. Syaz still sayangkan Hada. Bagilah Syaz peluang. Kita..."

"Mama! Mama!"

Belum habis kata-kata dari mulut Syazwan, Nabil yang sedang tidur di dalam khemah terjerit-jerit memanggil Hada. Syazwan dan Hada meluru ke arahnya. Hada masuk ke dalam khemah dan memeluk Nabil.

"Kenapa, sayang? Mama kat sini.. Nabil?"

"Mama.. Papa.. Papa..."

Nabil bersuara dengan mata yang tertutup. Hada tersenyum kepada Syazwan yang berada di pintu khemah.

"Penat sangatlah ni, sampai tidur pun mengigau dah."

"Haha.. Hm... Memang ikut perangai mama dia ni."

"Hello.. Hada tidur tak mengigau, okey."

"Yelah.. Hada mana tau. Hada yang mengigau, mana Hada sedar. Syaz yang kat sebelah tu dah nak pecah perut tahan gelak tengok Hada mengigau. Mata pejam, tapi bercakap macam tengah cakap dengan client. Kelakar tau."

"Yelah tu.. Macamlah Syaz tak pernah mengigau. Hada pernah dengar jugak Syaz mengigau, okey."

Mereka berdua tertawa apabila mengenangkan semula cerita-cerita lama. Pelbagai cerita lucu terbongkar di situ. Tentang Syaz berdengkur tidak ingat dunia. Perihal Hada yang baru belajar masak masakan kegemaran Syaz, masak lemak cili api. Lima kali percubaan barulah masakan itu menjadi.

"Haha.. Kelakar kan kita dulu-dulu. Hm.."

"Tau tak apa.. Paling kelakar, ada satu hari tu, Hada dah terlewat pergi kerja. Terus bangun masuk bilik air, pulas shower sampai ke 'hot'. Menjerit dalam bilik air tu kena air panas. Tu lah, gopoh sangat. Mujur Syaz belum pergi kerja lagi."

"Haha.. Masa tu Hada dah tak pikir apa, Hada dah lambat sangat. Hm.. Nasib baik kan, Syaz ada.."

Syazwan tersenyum sambil memandang tepat ke mata Hada. Ketika itu, Hada merasakan ada satu perasaan di dalam dirinya. Perasaan seperti pintu hatinya sudah terbuka semula. Terbuka untuk menerima Syazwan kembali. Dia perlukan Syazwan.

"Err.. Syaz.. Aaa.. Dah malam ni. Hada nak tidur dululah."

"Oh ya.. Berbual dengan Hada, tak perasan pula dah lewat malam ni. Okeylah.. Goodnight.."

Hada hanya tersenyum dan Syazwan membalas senyuman itu. Dia kemudian menzipkan pintu khemah Hada dan berjalan ke khemahnya.

***

Zira berjalan menuju ke tempat parkir kereta dan tiba-tiba telefonnya berbunyi menandakan ada mesej masuk. Dia mengeluarkan telefon tersebut dari poketnya.

'Oh.. Iejam.. Aik, lama tak mesej. Tiba-tiba hari ni hidup pula kau..?'

Zira membebel di dalam hatinya sebelum membalas mesej 'hai' daripada Niezam itu. Seketika kemudian, mesej masuk lagi.

Haha.. Macam mana semalam?

Enjoy?

Zira membaca lantas keningnya berkerut.

'Semalam? Kenapa dengan semalam?'

Pantas dia menaip balasan untuk soalan Niezam itu.

Semalam?

Kemudian, dia terus masuk ke dalam perut keretanya. Dia duduk seketika sebelum meneruskan perjalanan. Satu lagi mesej diterima.

Semalam kat kelab..

Awk keluar dengan Shah kan?

Haha.. saya nampak awak dengan dia.

Saya kebetulan ada kat situ jgak semalam.

Awk menyanyi best la!

Awak ada kat situ?

Laa.. apasal tak bagitau?

Tak nak ganggu awak dengan Shah laa..

Tak ganggu pun.

Bagitau je lah.. Boleh lepak sama2.

Takpe la.

Anyway awak nyanyi sedap.

Pernah masuk audition mana-mana ke?

OMG! Awak tengok saya nyanyi tu. Malu nye..

Ni semua Shah punya pasal. Dia yang paksa saya naik pentas tu.

Saya rasa macam nak siku je dia kat atas pentas masa tu."

Haha..

Tapi awak happy with him, right?

Zira terhenti seketika. Keningnya berkerut.

'Apa maksud dia ni?

What do you mean?

Takde lah..

Saya nampak awak happy je dengan dia kat atas pentas tu.

Hm.. I've no idea bout that.

Tapi kan, saya rasa something different dengan dia malam tadi.

Hah?! Kenapa?

Hm. I don't know.

Saya rasa mcm happy.. bahagia.

Rasa macam rapat sangat dengan dia malam tadi.

Awak dengan dia memang rapat pun kan?

Memang..

But malam tadi, it was totally different..

I don't know.

I know.

What?

You've fall in love with him..

Haha..

Zira tersenyum dan menggeleng kepala. Kemudian, dia sambung membalas.

Hm maybe..

I don't think so.

Huh?

Sebab awak MEMANG dah jatuh hati kat dia pun..

Ok la tu..

Dia pun da lama suka kat awak, kan?

Haha.. Whatever.

GTG. Saya nak drive balik rumah ni.

Ok bye..

Zira kemudian terus menghidupkan enjin dan bergerak menuju ke jalan raya. Di dalam perjalanan, dia asyik teringatkan apa yang berlaku malam tadi. Dia dan Shah di atas pentas, menyanyi bersama di depan orang ramai. Pada mulanya Zira berasa agak malu dan kekok tapi bila matanya tepat memandang mata Shah, terus hilang perasaan itu. Dia beraksi selamba di atas pentas, menyanyi dengan gembira bersama Shah. Sesuatu yang tidak mungkin berlaku lagi. Sesuatu yang menjadi kenangan paling manis baginya. Dia tersenyum.

"Shah.. Shah.. Hm. Aku rasa betul jugak apa yang Iejam cakap tu. I've fall in love with you."

***

"Syukur, alhamdulillah Iqbal sudah mula sedar. Tapi keadaannya masih kurang stabil. Dalam kes begini, kebiasaannya pesakit mengambil masa yang lama untuk sedar dan sembuh. Tambahan lagi, hati pesakit berada di tahap kritikal."

"Hm.. Saya faham, doktor. Tapi, sekarang macam mana, doktor? Iqbal masih memerlukan menjalani pembedahan tu?"

"Ya. Dia masih memerlukannya."

Ninie terdiam mendengar kata-kata Doktor Zaher itu. Doktor Zaher menyambung lagi.

"Jadi, saya harap Cik Ninie fikirkan tentang hal ini masak-masak. Pembedahan tersebut perlu dilakukan dalam masa terdekat. Dan dalam masa yang sama, pihak kami juga akan mencari penderma yang sesuai."

Ninie mengangguk.

"Terima kasih, doktor."

Dia bangun dan terus keluar dari bilik Doktor Zaher. Ninie berjalan menuju ke bilik Iqbal. Sepanjang perjalanan, mindanya ligat berfikir tentang Iqbal. Apa yang perlu dia buat kalau tiada penderma yang sesuai? Perlukah dia berkorban untuk menyelamatkan Iqbal? Kemudian, dia mengambil telefonnya di dalam beg tangan yang tersangkut di bahunya. Pantas jemarinya mendail nombor Datin Shue.

"Hello, Datin.."

"Hello, Ninie.. Ada apa?"

"Datin, Iqbal dah sedar.."

"Iqbal dah sedar?! Really?"

"Hm.. Baru tadi dia sedar tapi dia still lemah lagi."

"Oh okey. Tak apa. Auntie ke sana sekarang. Terima kasih, Ninie."

Panggilan ditamatkan.

Ninie kini berada di hadapan bilik Iqbal. Langkahnya terhenti untuk masuk ke dalam bilik tersebut. Dia duduk di kerusi yang ada di luar bilik itu.

'Apa saya nak buat ni, Iqbal? Saya sayang awak.. Saya nak hidup dengan awak. Saya.. Hm.. Doktor cakap risiko pembedahan tu tinggi. Tapi, saya nak selamatkan awak. Saya tak nak tengok awak menderita macam tu lagi. Apa saya nak buat ni, Iqbal?'

Hatinya terus bertanya.

***

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience