BAB 9

Romance Completed 9626

"Awak.. Iqbal.."

Iqbal membuka mata perlahan-lahan. Di depannya ada Ninie yang sedang tersenyum.

"Kita kat mana ni?"

Iqbal bertanya memandangkan dia sedang berada di tempat yang amat asing bagi dirinya. Ninie tersenyum.

"Kita ada kat tempat special saya. Awak...."

Ninie menggenggam tangan Iqbal. Iqbal memandang tepat ke mata Ninie, menunggu apa yang akan dikatakan.

"Awak.. Saya dah nak pergi.. Jauh dari sini.."

"Awak nak pergi mana?"

"Jauh.. Tempat yang awak tak boleh ikut."

Ninie menunjukkan ke arah cahaya putih yang tiba-tiba ada tidak jauh dari tempat mereka duduk. Ninie bangun dan genggaman tangan tadi terlerai.

"Awak nak pergi mana?! Jangan tinggalkan saya.."

Ninie duduk semula di hadapan Iqbal.

"Awak.. Saya dah tolong awak.. Sekarang, awak tolong saya pulak eh. Awak tolong lepaskan saya pergi. Saya sayang awak, tapi sekarang, saya dah kena pergi. Selamat tinggal, Iqbal."

"Ninie.. Saya ikut."

"Kalau awak nak ikut, awak pejamkan mata."

Iqbal memejamkan matanya.

"Saya kira sampai tiga, baru buka eh."

Iqbal mengangguk.

"Satu.. Dua.. Tiga.."

Iqbal membuka matanya. Dia ternampak syiling bilik. Dia menoleh ke sekeliling.

"Ninie..."

"Iqbal?"

Datin Shue yang mendengar suara Iqbal terus mendapatkan Iqbal yang terlantar di atas katil.

"Iqbal.. Iqbal dah sedar.. Alhamdulillah.."

"Mama.. Ninie.. Ninie mana, Ma?"

Nada suara Iqbal perlahan kerana masih sakit.

"Ninie? Hm.. Iqbal.. Iqbal rehatlah dulu. Iqbal masih sakit."

Datin Shue meletakkan tangan Iqbal yang digenggamnya tadi di atas badan Iqbal. Namun, Iqbal menangkap semula tangan Datin Shue.

"Ninie... Mana, Ma?"

Datin Shue masih diam. Air matanya sudah pun bergenang.

"Ma.. Jawab Iqbal, Ma. Ninie mana?"

Iqbal mula menangis, mendesak Datin Shue.

"Jawab, Ma.. Ninie mana, Ma?! Iqbla nak jumpa Ninie.. Bawa Iqbal jumpa dia, Ma..!"

"Iqbal.. Ninie.... Ninie.... Ninie dah selamatkan kamu, Iqbal.."

"Mana dia sekarang, Ma?"

"Iqbal.. Ninie... Dah takde."

"Ma..."

Air mata Iqbal laju mengalir ke bantal tempat dia meletakkan kepalanya.

"Ninie dah dermakan hatinya kat Iqbal. Dia dah selamatkan Iqbal. "

Iqbal terus menangis. Dia kehilangan orang yang disayangi kerana sikap degilnya. Penyesalan bertubi-tubi datang kepadanya. Dia memejamkan mata mahu membayangkan Ninie. Di dalam hati, dia berkata.

'Ninie... Jangan tinggalkan Iqbal.. Iqbal sayangkan Ninie...'

"Eh? Iqbal?!"

Iqbal membuka mata apabila mendengar suara Ninie.

"Ninie?!"

"Apa awak buat kat sini?"

"Ninie.. Iqbal nak ikut Ninie.."

"Awak nak ikut saya?"

"Awak dah janji tak akan tinggalkan saya, kan?"

Ninie tertunduk, bisu. Iqbal menolak dagu, mengangkat muka Ninie.

"Saya tak akan tinggalkan awak. Saya akan ikut awak mana pun awak pergi. Saya janji, saya tak degil lagi. Saya sayang awak.."

Ninie tersenyum kepada Iqbal lantas memandang ke arah cahaya putih di belakangnya.

"Iqbal... Jom!"

Ninie dan Iqbal berdiri menghadap cahaya putih itu. Mereka berpandangan, berpimpin tangan dan berjalan perlahan-lahan menuju ke dalam cahaya tadi.

Sementara itu, di dalam bilik hospital..

Monitor yang menunjukkan kadar denyutan jantung Iqbal berbunyi tidak menentu. Denyutan jantungnya tidak stabil. Datin Shue yang tadinya tertunduk di sisi Iqbal mula panik. Segera dia menekan butang 'EMERGENCY'. Tidak lama kemudian, Doktor Zaher datang. Beliau pantas cuba melakukan apa yang patut, memeriksa kornea mata, kadar nadi dan mengenakan tindak balas jantung ke atas dada Iqbal. Namun, monitor itu masih sama.

BEEP... BEEP... BEEP.......... BEEP..........

Doktor Zaher menghelakan nafas.

"Innalillah..."

Datin Shue meraung apabila Doktor Zaher mengucapkan kalimat tersebut.

"Maaf, Datin.. Iqbal dah takde.."

Semakin kuat Datin Shue meraung. Dato' Saufi memeluk isterinya, cuba menenangkan.

Namun, di alam yang lain, Iqbal dan Ninie saling berpandangan dan tersenyum. Mereka bahagia di alam itu.

***

"Aku yang berwakil wali kepadaku menikahkan dikau dengan Nur Syuhada Binti Abdul Aziz dengan mas kahwinnya RM22.50 tunai.."

"Aku terima nikah Nur Syuhada Binti Abdul Aziz dengan mas kahwinnya RM22.50 tunai..."

"Sah?"

"Sah.."

"Sah.."

"Alhamdulillah.. Bismillahirahmannirahim.."

Jurunikah tersebut mengangkat tangan membaca doa diikuti oleh orang yang ada di ruang tamu yang menjadi tempat pernikahan Syazwan dan Hada. Senyuman terukir di bibir Syazwan. Dengan sekali lafaz, Hada sudah sah menjadi miliknya semula. Doa selesai dibaca.

"Amin ya Rabbalamin.."

Majlis berjalan dengan lancar di rumah ibu Hada itu. Selesai majlis akad nikah, tetamu yang hadir dihidangkan dengan jamuan sebelum mereka mula beredar pulang. Mereka bersalaman dengan Syazwan dan Hada. Setelah semua pulang, tinggal Hada dan Syazwan di ruang tamu itu.

"Hm.. Penatnya.."

Syazwan mengeluh lantas bersandar di sofa.

"Syaz penat? Hada buatkan air nak? Syaz nak air apa?"

"Hada.. Sini kejap. Tak payah buat air tu."

Hada tersenyum dan berjalan menghampiri Syazwan. Dia melabuhkan punggung di sebelah Syazwan.

"Kata penat, rest lah dulu."

"Syaz nak rest dengan Hada lah ni. Hada pun mesti penat, kan?"

"Hada penat tapi, Hada tak nak rest dengan Syaz lah.. Haha.."

Syazwan turut tersenyum dengan gurauan Hada.

"Nabil mana?"

"Hm.. Tadi dia dengan Mama. Kat belakang agaknya."

"Oh.. Hada.."

Syaz memeluk bahu kanan Hada membawa Hada ke dakapannya.

"Hada.. Syaz sayang family kita. Syaz mintak maaf atas kesilapan Syaz yang dulu. Syaz menyesal.."

Hada memandang Syaz kemudian tersenyum.

"Dah lah, Syaz. Yang dah lepas tu, kita lupakan. Kita buka buku baru sekarang."

Hada tersenyum lantas bersandar di dada Syazwan.

"Terima kasih, Hada. Hada bagi peluang kedua untuk Syaz."

"Semua orang patut terima peluang kedua masing-masing."

"Hm.. Syaz janji, Syaz tak akan sia-siakan hidup Hada. Syaz akan jaga family kita."

Tiba-tiba, Nabil datang ke arah Hada dan Syazwan.

"Mama! Papa!"

Nabil terus duduk di pangkuan Papanya.

"Papa.. Lepas ni Papa tinggal dengan Nabil, kan?"

"Ya, sayang.."

"Papa jangan pergi kerja lama-lama tau. Nanti Nabil rindu kat Papa."

"Iya.. Papa pun rindu kat Nabil. Malam ni, Papa tidur dengan Nabil eh."

"Yeay !"

Nabil terus melompat dari pangkuan Syazwan. Dia berdiri di depan Hada dan Syazwan yang tersenyum memandangnya.

"Ok.. Papa janji eh. Hm.. Papa dengan Mama nampak penat sangat. Nenek pesan, kalau penat, pergi masuk bilik, tidur."

Hada dan Syazwan berpandangan.

"Ok lah. Nabil nak pergi dekat nenek. Papa dengan Mama pergi tidur kat bilik tau."

Nabil terus berlari meninggalkan Hada dan Syazwan.

"Hm.. Hada letih?"

"Penat jugak."

"Jomlah tidur dulu."

Syazwan terus bangun lantas mengangkat Hada. Dia berjalan membawa Hada ke bilik.

"Berat jugak Hada ni.. nampak je kecik."

"Siapa suruh Syaz angkat Hada?! Padan muka.. Haha.."

"Hm.. Hada.. Nabil tu dah nak masuk enam tahun, kan?"

"Ha ah.. Kenapa?"

"Hm.. Syaz rasa, Nabil tu dah patut ada adik tau.. err.."

"Eh! Syaz.. Jangan nak mengada.. Hada tengah penat ni.."

"Eh? Oh... Hm.."

Hada tersenyum memandang Syazwan. Dia faham maksud Syazwan itu. Hada kemudian mengucup pipi Syazwan dan berkata.

"Sayang.. Not now.. Nanti, okey? Hada penat sangat.."

Hada berkata dengan manja sebagai memujuk Syazwan. Syazwan tersenyum dan melangkah masuk ke dalam bilik, menutup pintu dan berjalan ke arah katil. Dia membaringkan Hada dan kemudian dia turut baring di sebelah Hada.

"Semalam Syaz tak tidur pun.. Nervous untuk akad nikah ni."

"Hm.. Hada tau.. Dah lah. Semua dah settle pun. Tidurlah."

Hada merangkul pinggang Syazwan. Syazwan tersenyum. Seketika kemudian, mereka terlena.

***

Zira mendaki tangga perpustakaan universiti. Dia melihat jam tangannya, 5.16 petang. Semestinya Niezam sudah sampai di tempat yang dijanjikan. Di dalam hatinya, dia masih tertanya.

'Macam mana aku nak luahkan kat Shah? Apa reaksi Shah nanti? Iejam, siapa Iejam ni? Kenapa dia nak tolong aku sangat?'

Fikirannya serabut sehingga dia sampai di tingkat 2 perpustakaan. Dia terus berjalan mengambil tempat di sudut perpustakaan. Lima minit kemudian, satu mesej masuk.

Hai.. Dah sampai?

Yeah da sampai ni

Awak kat mana?

Awak kat mana?

Saya tak nampak awak pun.

Saya kat tepi rak Language Department.

Tidak lama kemudian, satu panggilan masuk, Niezam memanggil. Zira menekan butang "Answer".

"Hello, Iejam?"

"Hey. Ok . Sekarang awak jalan pergi rak buku English Poem."

Zira menuruti. Dia berjalan menuju ke situ sambil memandang sekitar untuk mencari Niezam. Namun, dia tidak nampak kelibat seseorang yang sedang memegang telefon.

"Iejam.. Saya dah kat English Poem. Awak kat mana ni? Saya tak nampak awak pun."

Tiba-tiba talian diputuskan oleh Niezam. Zira pelik.

"Hello? Iejam?! Iejam?!"

Zira berkerut dahi, tidak memahami keadaan sebenar. Tiba-tiba, ada satu suara memanggilnya dari rak sebelah.

"Zira.."

"Iejam?"

"Hm.."

Zira mengangkat kaki mahu ke rak sebelah memandangkan dia tidak dapat melihat wajah Iejam kerana buku-buku di rak tersebut menghalang pandangannya. Tapi suara Iejam terkebih dahulu memberi arahan.

"Jangan! Jangan datang. Stay there."

Langkah Zira terhenti. Suara tadi terus berkata lagi.

"Can you see me?"

"What?"

"If no, turn around. Can you see me now? Still no? Turn again, can you see me now? No, right? But I can see you because you have a special place in my heart!"

"Iejam? Apa ni? Kenapa saya tak boleh pergi kat awak, jumpa awak?"

"Go out at night and count the stars. That’s how many years I’ll wait for you."

Zira tersentak. Seperti ada sesuatu yang baru dia perasan. Suara tadi. Suara seperti seseorang yang dia kenal sangat dan ayat yang dikatakan seperti pernah didengarnya sebelum ini. Suara itu berkata lagi.

"Love is missing someone whenever you're apart, but somehow feeling warm inside because you're close in heart. "

"Shah?!"

"Hm.. Ingat lagi ayat ni.. Aku pernah bagitau kat kau, kan?"

"Shah?! Itu...."

"Sometimes words are hard to find, to form that perfect line to let you know you're always on my mind.."

"Shah.. Iejam.."

"Aku sanggup buat apa yang orang lain tak buat untuk katakan yang aku cinta kau dan untuk mengetahui kau juga rasa benda yang sama. In my heart, I can clearly feel these feelings to cherish and protect a woman whom I can connect. And who has given me more than I expect. I’m certainly beginning to suspect that as a lover you are simply perfect, making me love you in every respect. Can’t help but smile whenever I stop to reflect."

"Shah... Apa kau buat ni? Iejam tu.."

"Haha.. Mesti kau confused, kan?"

Tiba-tiba Shah muncul dari belakang Zira. Zira terkejut. Dia memandang tepat ke arah Shah. Shah hanya tersenyum.

"Okey, aku nak buat pengakuan. Akulah orang yang bagi surat kat kau. Akulah orang yang kau kenal as Iejam. Dan akulah Iejam yang melayan mesej kau. Dan sebab tu lah, Shah macam dah takde masa nak layan kau sebab Iejam selalu ada dengan kau."

Muka Zira mula kemerahan. Hatinya berkata.

'Kalau Iejam tu Shah, maknanya dia tau semuanya.'

Shah berkata lagi.

"Hm.. Aku harap kau tak marah. Erm... Aku tau apa yang kau nak kata."

"Kenapalah kau buat semua ni, Shah?"

"Kenapa? Sebab aku betul-betul sayang kau."

"Kau ni, gila lah."

Zira tersenyum. Shah mendekatkan dirinya kepada Zira.

"The first time I saw you, I knew you were the one. There was no question in my mind, after having that much fun. There's just something about you, that I've never found before. And now that we're good friends, I find myself wanting more."

Shah berjalan melepasi Zira sambil berkata lagi.

"I never thought it possible, to care for one so much. But everyday that passes, I long to feel your touch. Everything I'd wished for, every dream I'd hope come true, I never thought would happen, until the day that I met you."

Shah berjalan semula ke arah Zira. Dari belakang, dia membisik ke telinga Zira.

"I know that your not ready, for that kind of commitment that I am, but for you I'd wait forever, there's nothing I can't stand."

Zira berpaling ke Shah.

"Shah.. Sejak bila kau pandai berpuitis jiwang sangat-sangat ni?"

"Hm.. Sejak aku kenal kau.."

"Haih.. Shah.. Shah..."

"Haha.. So?"

"So? What?"

"Kau takde apa nak cakap kat aku ke?"

"Erm.. Aku? Aku tak pandailah nak bermadah-madah macam kau tu. So, let me make it short and simple.. Okay?"

Zira melangkah setapak ke belakang dan tersenyum.

"Shah... I love you.."

Dengan lancar kata-kata itu keluar dari mulut Zira. Perlahan-lahan senyuman terukir di muka Shah.

"Tak sia-sia apa yang aku buat selama ni. I love you, too.. And forever."

Zira tersenyum dan menggeleng-geleng kepalanya. Tiba-tiba Shah membuka mulut, menyanyi dengan nada yang perlahan.

"Do you hear me, I’m talking to you. Across the water across the deep blue ocean under the open sky, oh my, baby I’m trying."

Zira tersenyum dan menyambung.

"Boy I hear you in my dreams.. I feel your whisper across the sea.. I keep you with me in my heart. You make it easier when life gets hard.."

Mereka berdua tersenyum. Akhirnya, sebuah persahabatan bertukar menjadi sebuah percintaan.

**TAMAT**

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience