BAB 1

Romance Completed 9627

"Nabil.. Come to mama, sayang.. Kita pergi jalan-jalan jom."

"Ma.. Nabil nak jalan-jalan dengan Papa.. Jomlah kita jalan-jalan dengan Papa pulak."

Kanak-kanak lima tahun itu membantah sambil memeluk Syazwan yang dulu pernah tinggal sebumbung dengannya. Mamanya, Hada tertunduk lantas berjalan ke arah bekas suaminya yang sedang mendukung Nabil.

"Nabil, sayang.. Jom lah! Kita jalan-jalan, beli aiskrim. Asyik main kat taman ni je, mesti Nabil bosan, kan sayang?"

Hada lantas mengambil Nabil daripada pelukan Syazwan. Syazwan merelakan. Hada berkata.

"Kita dah tak ada apa-apa, Syaz. Please! Jangan ganggu saya dan Nabil lagi."

"Tapi, saya masih Papa dia. Sayang, maafkan abang. Abang masih sayangkan Hada. Sayangkan Nabil, anak kita."

"Cukup, Syaz! Tak mungkin Hada boleh terima Syaz semula. Hati Hada ni dah cukup terluka. Tak payahlah Syaz nak tambah luka ni lagi."

Hada berkata lantas berlalu pergi sambil memimpin Nabil.

"Mama! Mama! Kenapa Papa tak ikut? Papa! Cepatlah!"

Syazwan hanya tersenyum tatkala Nabil memandangnya sambil tangannya ingin menggapai tangan Syazwan. Hada hanya membisu. Di dalam hati Syazwan terdetik.

'Ya Allah! Menyesalnya aku.. Apa yang dah aku buat kat Hada ni.. Hada.. Maafkan Syaz..'

***

"Assalamualaikum.."

"Walaikumsalam.. Asal lambat hari ni?"

Zira menjawab salam Shah lantas bertanya. Shah yang baru melabuhkan punggung di kerusi depan Zira menjawab dengan tenang.

"Sorry, sayang.. Hehe.. "

"Sayang?! Kau ni nak kena siku dengan aku ke?"

"Haha.. Tak nak.. Tak nak.. Sorry, tadi aku pergi jumpa prof kejap."

"Oh okay.."

Zira tersenyum dengan jawapan selamat daripada Shah itu. Dia menundukkan semula kepalanya menelaah buku. Keadaan perpustakaan yang senyap membuatkan Zira malas hendak berborak panjang dengan Shah. Shah yang dari tadi tidak lepas memandang Zira berkata lagi.

"Weh, asal kau tak nak couple dengan aku?"

Shah masih tidak jemu menanyakan soalan itu walaupun dia sememangnya sudah mengetahui jawapan yang akan diterima. Zira mengangkat muka.

"Shah! Kau tengok buku ni. Dia tulis, jantung perokok tegar akan lebih teruk jika tidak berhenti merokok selama 5 tahun."

Zira mengubah topik. Shah mengerti. Dia melayankan Zira.

"Ala.. Aku baru 4 tahun smoke. Relax laa.."

"Ok.. But, kalau kau nak berkawan lama dengan aku, please lah, stop smoking.."

Zira menasihati. Shah kemudian membalas.

"Okay.. Kalau kau nak aku berhenti smoking, kau couple dengan aku dulu. Boleh?"

Tergamam Zira mendengar kata-kata Shah. Dia lantas menundukkan muka menatap buku tadi. Tidak sanggup dia memandang wajah mengharap di hadapannya itu. Di dalam hatinya berbisik.

'Apalah masalah mamat ni.. Tak paham-paham agaknya.. Orang dah kata tak nak..'

"Go out at night and count the stars. That’s how many years I’ll wait for you."

Shah tiba-tiba berkata dengan nada yang perlahan. Zira mengetap bibir, geram.

"Shah.. Bagi aku, kau cuma kawan aku je. Tak lebih, tak kurang. Tolonglah faham.. Aku dah banyak kali cakap dengan kau, kan? Tak boleh ke kita jadi kawan je, macam sekarang ni."

"But for me, you are my special girlfriend. Love is missing someone whenever you're apart, but somehow feeling warm inside because you're close in heart. "

Shah tersenyum. Zira menghela nafas panjang.

"Hmm.. Lantak kau lah. Aku dah malas nak layan kau. Kau nak berpuisi ke, kau nak bermadah helah ke, suka hati kau lah, Shah.."

***

"Awak.. Janganlah pergi race lagi malam ni.. Saya risaulah.."

"Ala... Bukannya ada apa-apa pun. Relax la.. Saya ni da pro, okay.. Tak payah risau.."

"Awak.. Tolonglah.. Tak payahlah main lumba-lumba motor ni lagi. Bahayalah.."

"Ala.. Awak ni tak payah risau sangatlah. Tak ada apa-apa lah. Okay lah.. Saya gerak dulu. I love you. Bye!"

Iqbal memakai helmet, menekan gear dan terus berlalu meninggalkan halaman rumah Ninie. Ninie memandang Iqbal yang semakin hilang dari pandangan. Hatinya berkata.

'Awak ni degillah. Saya cuma tak nak apa-apa jadi kat awak.'

"Hmm.. Cik, maaf menganggu. Saya nak check pesakit. Cik, sila tunggu di luar sebentar, ya."

Ninie tersentak daripada lamunannya. Peristiwa malam semalam terus terpadam tatkala mendengar suara jururawat itu.

"Oh.. Okay. Hmm.. Bila saya boleh melawat dia lagi?"

"Esok petang boleh, cik."

Ninie kemudian memandang Iqbal yang terlantar di atas katil di depannya. Hatinya berbisik.

'Kan saya dah cakap, jangan race lagi. Awak degil. Hm.. saya pergi dulu eh. Esok saya datang lagi. Awak cepat-cepatlah sedar, okay. I love you. Bye!'

Satu kucupan lembut singgah di pipi Iqbal. Ninie berlalu meninggalkan Iqbal yang sedang diperiksa oleh jururawat tadi.

***

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience