BAB 5

Romance Completed 9626

"Mama! Nabil nak tengok ikan kat sana.."

"Hm.. Baik-baik tau.."

Nabil terus berlari ke arah kolam ikan meninggalkan Syazwan dan Hada yang masih belum dapat berkata seperti biasa.

"Aa... Kita duduk situ, jom. Berbual sekejap. Kat situ still nampak Nabil tu tengah buat apa."

Syazwan mengajak Hada. Hada hanya menuruti. Mereka duduk di sebuah bangku di bawah pokok rendang. Keadaan di taman rekreasi itu sungguh tenang pada waktu malam-malam begitu. Syazwan memulakan bicara.

"Perut Syaz kenyang sangat la. Makanan kat restoran tu sama sedap macam dulu, kan?"

Hada tidak mengendahkan kata-kata Syazwan. Dia hanya memandang Nabil yang sedang khusyuk melihat ikan. Syazwan tidak berputus asa.

"Ingat tak kenangan kita kat restoran tu?"

Syazwan memandang mesra wajah Hada yang sedang memerhatikan Nabil. Hada hanya mendiamkan diri. Ketika itu juga, Nabil berlari ke arah Syazwan.

"Papa! Papa! Jom tengok ikan kat situ. Ikan besar, Papa!"

Nabil menarik tangan Syazwan. Syazwan mengikut saja anaknya. Dia bangun dan sebelum berlalu dia melemparkan senyuman penuh makna kepada Hada. Hada membalas senyuman itu.

***

"Weh! Kau ingat tak mamat yang bagi surat kat aku hari tu?"

"Surat? Surat apa?"

"Ala.. Yang kau cakap secret admirer la konon."

"Oh haa.. Kenapa?"

"Minggu lepas aku try text dia."

"Then, dia respon tak?"

"Haruslah. Hahaha.."

"Uu.. Good news, good news. Apa nama dia? Budak mana?"

"Dia just bagitau nama dia Niezam. Panggil dia Iejam. Dia cakap dia budak IT."

"IT? Macam mana pulak dia boleh campak surat tu kat beg kau? Jauh kot budak IT dengan kampus kita."

"Entah. Dia campak masa kita kat library kot. Manalah aku tau."

"Ceh.. Malu-malu nampak. Suka mamat tu eh..?"

"Bila masa pulak aku malu-malu. Kau ni kejap lagi makan siku aku. Tak ada maknanya suka. Aku layankan dia masa aku bosan-bosan duduk rumah tak ada buat apa."

Shah hanya tersenyum memandang rakannya itu. Zira tidak perasan yang Shah sedang memerhatikannya. Dia sibuk melayan video di dalam 'Fac'-nya.

Beberapa minit kemudian, Zira berkata.

"Weh! Malam ni mamak, jom!"

"Hah? Aa..."

"Alaa.. Jomlah. Kau dah lama tak lepak dengan aku. Ke kau dah ada awek ni? Sebab tu dah tak nak lepak dengan aku? Ha? Ha?"

Zira menolak-nolak lengan Shah sambil mengangkat-angkat keningnya, mengusik. Shah menolak bahu Zira perlahan.

"Ah kau! Tu pulak yang kau fikir. Aku busy la.."

"Busy apanya? Kita sekelas kot. Aku rasa kita tak ada assignment kena buat pun."

"Memang la.. Aku busy dengan event next week. Yang entrepreneur event tu. Kan aku sign up jadi one of the staffs."

"Oh.. Event tu."

"Yela. Hari tu aku ajak kau sign up, kau malas. Lepas tu nak mengadu 'Shah aku bosan lah.. Bosan lah Shah duduk kat rumah je..' kat aku. Padan muka kau."

"Ala.. Yela, tak payah lah membebel. Dah tu, nak ke tak, lepak malam ni?"

"Laa.. Kalau aku lepak dengan kau, budak Niezam tu jealous pulak nanti.. Hahaha..."

"Hah! Tak ada maknanya.. Weh, kau tau.. Dia ingat yang aku dengan kau ni couple kot."

"Eh? Alahai.. Bagusnya kalau betul-betul.."

"Banyaklah kau."

"Ala.. Apa salahnya. Member aku pun ramai ingat aku dengan kau ni couple. Macam belangkas diorang cakap. Pergi mana-mana, ada aku, ada lah kau. Ada kau, ada lah aku."

"Eh? Hm. Kau boleh kirim salam kat diorang, cakap kat diorang, tak payah lah merepek. Aku, kau. Kawan je. Dah.. Malam ni kita pergi lepak eh.. Jomlah, Shah.. Lama tak lepak dengan kau.."

"Yela.. Yela.. Siapa lagi join?"

"Aik? Selalunya kalau lepak memang kau dengan aku je kot."

"Yelah.. Mana tau kau nak ajak Niezam tu keluar sekali. Hahaha.."

"Niezam tu? Haha.. Tak mungkinlah. Mamat tu tak gentleman langsung kot. Sepanjang dua minggu ni, kitorang asyik text je. Tak ada pernah dia ajak keluar pun."

"Yeke? Dia pemalu kot. Tapi, kena lah tu. Kau macam ni, dia pulak pemalu. Orang cakap selalunya jodoh ni yang opposite character dengan kita."

"Hahaha... Lawak lah. Tak ada maknanya."

"Eh, kalau mamat tu ajak keluar, kau nak ke keluar dengan dia?"

"Tak ada lah aku beriya sangat nak keluar dengan dia. Tapi, at least aku nak jugak tengok dia tu macam mana orangnya. Handsome ke, baik ke, muka pecah rumah ke.. kan. Selama ni texting-texting je, bukan tau rupa macam mana."

"Kalau orangnya macam aku?"

"Kalau macam kau? Hah! Lagi bagus. Aku terus couple je dengan dia. Hahhaha... Dah elok benar dah tu."

Shah hanya tersenyum mendengar kata-kata Zira. Dia tahu Zira sekadar bergurau saja. Dalam diam, ada sesuatu bermain di benaknya. Strategi untuk meneruskan langkah kedua.

***

Iqbal kini berada di satu tempat yang asing baginya. Apa yang ada di sekelilingnya hanyalah pemandangan putih tanpa penghujung. Dia memandang awan yang sedang bergerak perlahan. Dia hairan melihat keadaan itu. Tiba-tiba, awan-awan tadi berkumpul dan membentuk satu layar besar di depannya. Iqbal terkejut namun dia terus merenung awan itu.

Kemudian, terpapar satu adegan dirinya sedang berlumba dengan rakan-rakannya yang lain. Iqbal tersenyum bangga melihat aksinya sebagai juara di layar itu. Selepas itu, adegan diganti dengan wajah sayu Ninie menulis sesuatu di dalam diarinya. Dari tempat dia berdiri, Iqbal dapat membaca dengan jelas apa yang ditulis oleh Ninie. Dia membacanya sepatah demi sepatah.

"One day, soon, I really, really hope you will stop berlumba haram tu. I love you, Iqbal. Saya tak nak apa-apa jadi kat awak, Iqbal."

Ninie menutup diarinya dan adegan bertukar lagi.

Kali ini, aksi Iqbal berlumba dengan salah seorang musuhnya. Iqbal ketinggalan di belakang. Namun, kekalahan bukanlah sesuatu yang ada di dalam kamus hidup Iqbal. Dia terus memulas minyak, meter kelajuan naik ke 180, 190, 200. Ketika dia hendak memintas, satu taktik kotor dilakukan oleh lawannya itu. Musuhnya telah menuang minyak hitam di atas jalanraya membuatkan jalan tersebut licin. Iqbal tidak dapat mengawal motosikalnya lalu terbabas melanggar besi penghadang jalan. Hentakan kuat di bahagian badannya menyebabkan dia terbaring di atas jalanraya. Apabila dia cuba bangun untuk beredar dari situ, sebuah kereta datang melanggarnya.

Iqbal yang menyaksikan kemalangan yang menimpa dirinya itu menjerit seakan merasai kesakitannya. Layar tadi bertukar adegan lagi. Iqbal masih menjadi penonton setia.

Dia melihat Ninie sekali lagi di layar itu. Ninie di dalam sebuah bilik bersama dirinya yang sudah terbaring, terlantar dengan balutan dan luka di serata badan. Pada ketika itu, dia berasa sedih melihat Ninie yang masih setia di sisinya. Ninie menggengam jemarinya lantas berkata.

"Iqbal.. Cepatlah sihat. Saya dah tak sanggup tengok awak macam ni."

Ninie menitiskan air mata menyebabkan Iqbal berasa amat sebak menonton di layar itu. Barulah datang penyesalan dalam dirinya. Dia menyesal kerana tidak pernah sekali pun mendengar nasihat Ninie dulu. Iqbal tertunduk.

"Saya mintak maaf, Ninie. Saya salah. Saya tak pernah dengar cakap awak.. Saya mintak maaf.."

"Erm.. Doktor, tak ada cara lain ke?"

Tiba-tiba suara Ninie kedengaran lagi. Iqbal mengangkat mukanya memandang layar tadi. Adegannya sudah bertukar lagi. Kali ini, adegan Ninie bersama Doktor Zaher sedang membincangkan sesuatu di dalam bilik doktor itu. Iqbal menonton dengan teliti.

"Selalunya dalam kes begini, kita terpaksa melakukan pemindahan hati kerana keadaan hati pesakit memang teruk."

"Tak boleh ke buat pemindahan hati tu, doktor?"

"Boleh. Tapi masalah besarnya, kita memerlukan penderma hati yang sesuai."

"Penderma hati?"

"Yes. Kita memerlukan penderma hati yang sesuai untuk menggantikan hati pesakit dan pembedahan tersebut perlu dilakukan dengan segera."

"Hm. Doktor..."

Ninie terdiam seketika sebelum menyambung.

"Doktor... Kalau macam tu, saya boleh jadi penderma tu!"

"Hmm.. bertenang, Cik Ninie. Cik Ninie kena fikirkan perkara ni baik-baik. Risiko pembedahan ni agak tinggi."

"Saya akan tanggung risiko tu, doktor."

Ninie menelan air liur dan tertunduk.

Iqbal yang melihat adegan tersebut tersentak dengan tindakan Ninie.

"Ninie! Awak tak payah nak korbankan nyawa awak untuk saya!"

Di layar tersebut, Ninie yang lama berdiam di hadapan doktor itu mengangkat mukanya. Dia mengesat air mata dengan jarinya. Dengan tenang, dia berkata.

"Doktor... Saya.. saya sedia tanggung risiko tu. Saya sanggup, doktor."

Iqbal yang menonton layar itu terkejut lantas menjerit.

"NINIE!!"

***

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience