BAB 4

Romance Completed 9627

"Papa!!"

Suara kegirangan Nabil kedengaran apabila Syazwan memberhentikan keretanya di hadapan rumah. Dia terus melulu ke arah Syazwan yang baru keluar dari kereta. Hada yang masih berada di muka pintu tersenyum dengan gelagat Nabil.

"Mama!! Jomlah, cepat! Papa cakap Papa dah lapar."

Nabil menjerit selepas Syazwan berbisik kepadanya. Hada terus mengunci pintu dan pagar rumah. Dia kemudian berdiri di hadapan Syazwan. Syazwan tersenyum dan membukakan pintu kereta. Hada membalas senyuman dan masuk ke dalam kereta. Di dalam kereta, hanya suara kanak-kanak Nabil yang menceriakan suasana.

Melihat keadaan yang janggal itu, Syazwan memulakan bicara.

"Kenapa senyap je ni?"

"Syaz nak bawak Hada pergi mana?"

"Tempat special."

"Kat mana? Cakaplah betul-betul."

"Ada lah.."

Hada yang tidak berpuas hati dengan jawapan Syazwan terus mengalihkan pandangan ke luar tingkap. Suara manja Nabil pula yang menyapanya.

"Mama! Mama! Kita nak pergi mana?"

"Pama pun tak tau, sayang.. Cuba Nabil tanya Papa."

"Papa! Papa! Kita nak pergi mana?"

"Kita nak pergi makan kat restoran. Lepas tu papa bawak Nabil dengan mama jalan-jalan. Okay?"

"Okay.. Hm.. Papa! Kenapa Papa dah lama tak balik rumah?"

"Oh.. Papa kerjalah, Nabil."

Syazwan berkata lantas meleretkan senyuman kepada Nabil. Hada di sebelah hanya tersenyum di dalam hati. Untuk seketika, dia berasakan keadaan itu seperti suatu ketika dulu. Keluarga yang sempurna. Dia rindukan saat-saat begini.

***

'Bosannya hari ni. Nak tengok TV, tak ada cerita best pun. Nak hang out dengan Shah, dia busy pulak. Bosan, bosan.. Haish..'

Zira mengeluh, kebosanan. Tiba-tiba datang satu idea di mindanya.

'Hah! Apa kata aku text mamat yang bagi surat hari tu. Alang-alang da bosan ni, layan je la..'

Dia pantas mencapai telefon pintarnya dan meneruskan tujuannya tadi.

Hi..

Ringkas mesej yang dihantar. Sepuluh minit kemudian, telefonnya berbunyi, menerima balasan.

Hi..

Hm.

Sudi jugak awak reply surat saya

Haha..

Actually tengah bosan..

Anyway, siapa ni?

Oo..

Saya Niezam.

Call me Iejam je la

Oh ok..

Kenapa bagi surat?

Saya nak kenal dengan awak

Boleh?

Ok, boleh je nak kenal2..

Tp kenapa laa main surat-surat?

Jumpa terus kan gentleman..

Kalau saya jumpa awak, nanti mamat yang selalu dengan awak tu marah pulak..

Siapa?

Shah tu ke?

Ha ah..

Dia tu bf awak ke?

Zira tersenyum seorang diri membaca mesej tersebut. Dia terus meluruskan badannya di atas sofa. Jarinya menaip.

Ha ah.. Bf..

Oo..

So saya da tak boleh nak kacau line la ni?

BF -> BestFriend

Oo..

Tapi saya nampak dia selalu dengan awak je.

Kitorang memang rapat..

Saya kenal dia sejak zaman sekolah dulu..

Oo..

Maknanya saya ade chance lagi la ni..

Kan?

Chance? Haha..

Merepek apa laa..

Awak course apa?

IT..

Awak?

MLT..

Sama dengan Shah tu, kan?

Ha ah

Satu class pun..

Yeah I know..

Then tanya lagi buat apa?

Saja..

Hehehe..

Zira terus melayan mesej-mesej seterusnya dengan lelaki yang dikenali sebagai Iejam itu. Kebosanannya hilang setelah mendapat teman untuk bersembang walaupun hanya melalui aplikasi mesej.

***

"Iqbal.. Awak nak bawak saya pergi mana ni?"

"Ala... Awak ikut je.."

"Kalau ye pun, tak payah tutup mata saya. Dah lah kena naik tangga."

"Shh.. Awak diam je lah."

Ninie hanya berjalan mendaki tangga sambil dipimpin Iqbal. Mereka kemudian sampai di satu set meja makan yang sudah tersedia sebiji kek 'chocolate moist' Secret Recipe. Iqbal berkata kepada Ninie.

"Okay, dah sampai. Awak duduk."

"Awak.. Kat mana ni? Saya rasa berangin je ni. Sejuk."

Iqbal terus membuka kain yang diikat menutup mata Ninie sambil menyanyi.

"Happy birthday to you.. Happy birthday to you.. Happy birthday to Ninie.. Happy birthday to you.."

Ninie teruja mendengar Iqbal menyanyikan lagu itu. Bertambah teruja apabila melihat patung beruang besar memakai tuksedo sedang memeluk sejambak bunga ros merah di depannya. Dia kemudian berpaling kepada Iqbal di belakangnya.

"Awak.. So sweet.. Thank you.."

Iqbal tersenyum dan duduk di sebelah Ninie. Dia menarik tangan Ninie, mengucupnya dan berkata.

"Happy birthday, honey.. I love you.."

"Love you too, sayang.."

Ninie tersenyum lantas menyambut pisau potong kek yang dihulurkan Iqbal. Dia memotong satu potongan kek dan menyuapnya kepada Iqbal.

"Hm.. Birthday girl la yang patut makan dulu. Nah, saya suap."

Iqbal mengambil kek tadi dan menyuapnya kepada Ninie. Mereka bergembira bersama menyambut ulang tahun Ninie di atas bumbung bangunan syarikat Datuk Saufi.

"Uhuk! Uh! Uhukk!!"

Ninie tersentak tatkala Iqbal yang dari tadi diam terlantar mula tersedak-sedak. Nafasnya tersekat-sekat dan monitor kadar denyutan menunjukkan jantungnya kini tidak stabil. Ninie cemas. Dia menekan butang untuk memanggil bantuan sebelum keluar dari bilik untuk mendapatkan jururawat di kaunter. Kebetulan, Doktor Zaher sedang lalu di situ.

"Doktor! Doktor! Iqbal! Tolong, doktor!"

Tanpa banyak soal, Doktor Zaher bergegas masuk ke bilik Iqbal. Tidak lama kemudian, dua orang jururawat pula terkedek-kedek berlari sambil menolak mesin tindak balas jantung. Doktor Zaher terus mengambil alat tersebut dan melekapkannya ke dada Iqbal. Badan Iqbal terangkat menunjukkan reaksi. Doktor Zaher melakukan tindakan yang sama berulang kali sehingga monitor itu menunjukkan denyutan jantungnya kembali seperti biasa. Ninie berdiri di sudut bilik menahan sebak melihat Iqbal. Di dalam hatinya tidak putus berdoa semoga Iqbal pulih segera.

***

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience