"Mama.. Kenapa Papa dah lama tak balik rumah?"
"Papa kerja, sayang.."
Hada berdalih sambil mengusap lembut kepala Nabil. Baginya, Nabil masih kecil untuk memahami apa yang dirasai. Nabil bertanya lagi.
"Semalam kenapa Papa tak ikut kita jalan-jalan?"
"Oh.. Papa cakap dengan Mama, Papa ada kerja sikit kat office. So, papa kena pergi office."
Sekali lagi Hada memberi alasan kepada anaknya itu. Tanpa dia sedar, air jernih dari matanya jatuh membasahi pipi. Fikirannya menerjah ke memori suatu ketika dulu.
"Abang dah nampak semuanya.. Abang tak sangka, ini yang sayang buat kat belakang abang."
Hada tercengang mendengar kata-kata Syazwan.
"Apa yang abang cakap ni? Hada tak paham."
"Huh! Tak paham atau buat-buat tak paham?!"
"Betul, sayang tak paham apa yang abang cakap ni. Apa maksud abang?"
"Dahlah tu. Tak payah nak tunjuk baik kat depan abang. Tapi, kat belakang abang, sayang bertepuk tampar dengan jantan lain, kan?! Dua minggu.. Dua minggu abang dah perhatikan sayang dengan jantan tu. Abang dah nampak kemesraan korang. Abang dah nampak kecurangan isteri abang!"
"Abang.. Apa abang cakap ni. Mana ada sayang buat semua tu.."
"Argh! Mulut cakap lain, hati kat dalam tu lain. Dahlah.. Abang dah tak tahan lagi. Sekarang jugak abang nak ceraikan Hada dengan talak satu!"
Hati Hada bagai dipanah petir tatkala mendengar perkataan yang sememangnya tidak diingini oleh mana-mana isteri. Air mata Hada mengalir di pipi.
"Abang! Selama ni abang mesra-mesra berdua-duaan dengan Nadia, sayang tak pernah marah. sayang pendam je dalam hati. sayang tak nak rumahtangga kita terjejas.. Tapi, ini yang abang bagi kat sayang? Sayang keluar dengan lelaki lain pun, tu semua urusan kerja, bang.. Tak lebih dari tu.."
Hada tertunduk menjelaskan perkara sebenarnya. Namun, keegoan Syazwan tidak luntur dek air mata Hada.
"Argh! Alasan!!"
Syazwan terus beredar dari bilik lantas menghempas pintu menunjukkan perasaan marahnya.
"Eh, Mama! Kenapa Mama menangis?"
Suara manja Nabil menghentikan lamunan Hada.
"Tak ada apa-apa, sayang.. Aaa... Mata Mama masuk habuk ni. Sayang tiupkan mata Mama."
Hada menarik tubir matanya. Nabil hanya mengikut arahan mamanya itu.
"Mata Mama dah okay?"
"Okay. Okay dah.. Thank you, Nabil. Sayang anak Mama sorang ni."
Hada berkata kemudian memeluk erat Nabil.
***
"Awak.. Bawa motor slow sikit boleh tak?!"
Ninie menjerit di atas moto yang ditunggang laju oleh Iqbal. Sudah banyak kali dia memberi nasihat sedemikian namun tidak diendahkan langsung oleh Iqbal. Ninie merungut di dalam hati.
'Haish... Awak ni degillah..'
Sikap keras kepala Iqbal sememangnya tidak disenangi oleh Ninie. Tiba di satu simpang, lampu isyarat merah menyala. Iqbal memberhentikan motosikalnya. Ninie menyindir.
"Laa.. Pandai pun berhenti. Selama ni kalau lampu merah, awak jalan je kan?!"
"Oh.. Awak nak suruh saya jalan eh? Okay! No hal.."
Iqbal menekan gear dan terus memecut laju motosikalnya. Dia sempat mengelak dua buah kereta yang hampir melanggar sisi motosikalnya. Dia tersenyum puas apabila kereta-kereta tersebut tidak dapat melanggarnya. Aksinya berjaya. Ninie yang memeluk erat dari belakang menjerit.
"Awak!! Slow sikit!! Saya takutlah awak bawak laju-laju ni!! Please! Slow sikit.."
Iqbal memperlahankan motosikalnya.
"Hah! Puas hati?!"
Iqbal berkata tanpa menoleh kepada Ninie. Ninie terdiam. Lima belas minit kemudian, mereka sampai di depan rumah Ninie. Ninie membuka helmet dan memberikannya kepada Iqbal.
"Awak ni.. Lain kali saya tak nak balik dengan awaklah. Bawa moto tak ingat dunia.."
"Ala.. Awak ni bisinglah. Tak adalah laju mana pun saya bawa."
"Tak laju awak kata?! Tadi kita dah nak kena langar dengan kereta tu, awak tak perasan ke?! Saya tak kira, lepas ni awak dah tak payah hantar ambil saya. Saya naik teksi je."
"Okaylah.. Okaylah.. Jangan macam ni. Okay, saya janji lepas ni, saya bawa awak slow-slow."
Iqbal menepuk-nepuk bahu kanan Ninie. Ninie hanya tersenyum tawar.
"Okaylah! Saya gerak dulu. Malam ni ada game penting.."
Terdengar saja perkataan 'game' dari mulut Iqbal, Ninie terus menarik tangan Iqbal.
"Awak nak race lagi?"
Iqbal terhenti daripada menyarung helmet tatkala tangannya terasa haba dari tangan Ninie. Ninie kemudian terus berkata.
"Kalau awak sayang saya, awak janji jangan race lagi.."
TUK! TUK!TUK!
lamunan Ninie terhenti apabila mendengar ketukan pintu dari luar. Cepat-cepat dia memandang Iqbal yang terbaring, masih tidak sedarkan diri. Ninie kemudian bangun dan pergi membuka pintu.
"Eh! Datuk.. Datin.."
Ninie mempersilakan Papa dan Mama Iqbal masuk. Datuk Saufi dan Datin Shue baru pulang dari luar negara setelah mendapat berita kemalangan anak mereka. Datin Shue tersenyum kepada Ninie.
"Iqbal okay, Ninie?"
"Hm.. Macam tu lagi, Datin.. Tak sedar lagi.. Dah empat hari macam ni."
Ninie membalas pertanyaan Datin Shue yang telah duduk di tepi katil. Datuk Saufi pula bertanya.
"Ninie yang jaga dia empat hari ni?"
"Ya, Datuk. Saya ambil cuti sebulan kat syarikat tu."
"Hm.. Terima kasih, ya."
Seketika kemudian, Doktor Zaher datang. Datin Shue terus bertanya kepada Doktor Zaher.
"Doktor.. Macam mana anak saya?"
"Sabar, Datin. Hmm.. Sila ikut saya ke bilik. Kita bincang di sana."
"Baiklah. Ninie ikut Auntie sekali. Aaa... Abang, tolong tengok-tengokkan Iqbal."
Datuk Saufi mengangguk. Datin Shue dan Ninie berjalan mengikut langkah Doktor Zaher. Hati masing-masing berdebar-debar.
***
Zira meraba-raba di dalam begnya, mencari buku. Namun, sekeping surat pula yang ditemui. Dia membelek-belek surat itu. Tiada nama pengirim.
'Datang mana pula surat ni? Pagi tadi tak ada pun ni. Aku punya ke?'
Hatinya menyoal. Dia terus membuka surat tersebut dan membacanya.
'Hai.. Saya tau awak tak kenal saya. Tak apa.. Saya kenal awak. Hm.. Just nak cakap, saya minat kat awak. Dah lama saya tengok je awak ni. Boleh kita kenal?
'
Berkerut wajah Zira apabila selesai membacanya.
"Woi! Apasal muka berkerut seribu ni?"
Sergahan Shah membuatkan Zira yang sedang memikirkan tentang surat tadi terperanjat.
"Astagfirullah.. Terkejut aku.."
"Haha.. Oh.. Baca surat.. Surat apa?"
"Entah. Kau baca ni. Kenal tak tulisan siapa?"
Zira menghulurkan surat tersebut kepada Shah. Shah melihat surat tersebut dan membacanya sambil lalu.
"Oh.. Secret admirer kau lah ni.. Manalah aku nak cam tulisan orang."
"Hm. Biar je lah. Dia salah letak agaknya."
"Eleh.. Ada secret admirer, malu-malu pulak nak mengaku."
"Kalau betul pun secret admirer aku, lantak dia lah. Bukannya aku nak layan."
"Aik? Apasal pulak cakap macam tu?"
"Yela.. tak gentleman kot. Main letak-letak surat pulak."
"Weh.. Orang lelaki ni ada macam-macam cara tau nak tackle perempuan. Surat tu one of them. Manalah tau dia bagi surat ni cuma nak test market. Entah-entah dia ada kat sini-sini je, tengah tengok kau baca surat dia."
"Hm.. Apa-apa je lah.."
"Ala.. Kau try lah layan dia. Siap bagi nombor fon kot. Beriya benar dia nak kenal kau tu. Manalah tau, kot-kot dia ni jodoh kau."
Zira memandang Shah. Dia berfikir sejenak dan berkata.
"Ha ah lah. Lebih baik aku couple dengan mamat tak gentleman ni daripada aku couple dengan kau."
Zira menjeling ke arah Shah.
"Yela. Yela. Siapalah aku ni, kan.."
Shah berkata dengan yang pura-pura merajuk kemudian tersenyum.
Share this novel