BAB 8

Romance Completed 9626

Hada duduk seorang diri di kafe. Dia menyelak satu fail projek baru syarikat. Sepatutnya, pada waktu makan tengah hari begini, dia tidak perlu membawa urusan kerja bersama. Tetapi, tidak hairanlah perkara ini berlaku kerana sikapnya yang 'workaholic'. Dengan teliti, dia membaca tender projek baru itu sambil sesekali dia menyedut minuman di depannya. Keadaan sekeliling langsung tidak diendahkan sehinggalah ada satu suara menyapanya.

"Hai.."

"Eh! Syaz. Hai.."

"Lunch time, kenapa kerja juga ni?"

"Boringlah kalau tak buat apa-apa."

"Yup.. I know you. So, boleh Syaz duduk lunch kat sini?"

"Syaz memang dah duduk pun."

Syazwan tersenyum lantas memanggil seorang pelayan kafe. Dia memesan minuman dan makanannya. Selepas pelayan itu beredar, dia memandang Hada dan berkata.

"Hada tak nak makan?"

"Tak nak lah. Hada kenyang lagi. Tadi breakfast nasi goreng, sampai sekarang kenyang lagi."

"Oh.. Syaz tak breakfast pun. Yelah.. Tak ada orang nak buatkan breakfast."

Hada tersenyum mendengar kata-kata Syazwan itu, kata-kata yang penuh bermakna.

"Hm.. Kenapa tak nak cari orang yang boleh masakkan untuk Syaz?"

"Cari? Buat apa nak cari? Memang dah ada depan mata."

Hada tersenyum lagi. Malas dia hendak memanjangkan topik tersebut.

"Nabil sekolah?"

Syazwan bertanya selepas pelayan kafe tadi menghantar makanan dan minuman yang dipesan.

"Hm.. Malam tadi dia macam tak sihat sikit. Badan dia macam panas-panas sikit. Tapi pagi tadi okey pulak."

"Oh. Penat camping tu kot. Yela. Masa kat dalam hutan tu, ligat betul dia. Tak penat-penat."

"Agaknya lah."

"So, macam mana dengan cadangan Syaz hari tu?"

"Cadangan? Cadangan apa? Bila?"

"Masa kita camping tu."

Hada berkerut dahi, kurang memahami maksud sebenar Syazwan. Syazwan berkata lagi.

"Masa camping tu, kan Syaz cadangkan kalau kita sama-sama hidup bawah satu bumbung macam dulu. Nabil ada Mama, ada Papa.. Syaz ada Hada."

Hada hanya berdiam. Sebenarnya dia tidak tahu apa yang patut dia jawab. Di mindanya sedang berfikir ayat yang betul.

"Macam ni lah. Syaz memang betul-betul sayangkan Hada. Syaz memang menyesal dengan apa yang Syaz buat. Tu lah kesilapan terbesar yang Syaz buat dalam hidup Syaz. Syaz harap sangat kita boleh bersatu semula. Kita, suami isteri macam dulu."

Mata Syazwan tepat memandang Hada. Hada yang tadinya hanya berdiam diri, kini dia tersenyum. Syazwan bertanya.

"Senyum? Orang tua-tua kata, perempuan kalau senyum tandanya setuju."

"Syaz, kita sama-sama buat silap."

"Maksud Hada?"

"Hada memang tak boleh lupakan Syaz. Hada dah cuba.. Lupakan apa yang berlaku antara kita, lupakan Syaz, tapi semua tak menjadi bila Hada tengok Nabil. Hada dah keraskan hati Hada untuk terima Syaz. Itu silap Hada. Sebab sebenarnya hati Hada memang untuk Syaz."

Syazwan tersenyum memandang Hada.

"Kita ni nampak je macam dah besar, dah dewasa, tapi perangai macam budak-budak, kan?"

Hada ketawa kecil.

"Haha.. Syaz lah yang macam budak-budak."

"Hm.. So, macam mana?"

"Macam mana apa?"

"Kita bersatu semula, okey?"

Hada yang mendengar kata-kata Syazwan terus bangun dan mengemas barang-barangnya sebelum berkata.

"Bagi Hada, perasaan cinta Hada untuk Syaz, tak pernah berubah. Kalau Syaz pun rasa benda yang sama kat Hada, kita ikut cara yang etul. Syaz datang jumpa parents Hada."

Hada terus berlalu pergi. Syazwan tersenyum gembira mendengar jawapan Hada.

***

Zira duduk seorang diri di dalam biliknya, menyiapkan tugasan yang diberikan oleh pensyarahnya. Dia mengetuk pen di atas meja memikirkan jawapan yang ditanyakan di dalam kertas itu.

'Apa benda soalan susah sangat ni, Prof.. Aish.. Nak tanya Shah ke eh?'

Dia sudah tidak berjumpa atau keluar bersama dengan Shah sejak kejadian di kelab tempoh hari. Di dalam kelas pun dia cuba untuk kurangkan bercakap dengan Shah. Mereka agak janggal bila bercakap. Selalunya mereka akan menyiapkan tugasan bersama-sama tapi kedua-duanya memberi alasan untuk mengelak.

Tiba-tiba perasaan rindu itu datang.

'Aish.. Ni yang leceh ni. Dah terindu dia pulak..'

Tangannya mencapai telefon dan terus menaip teks.

Hi Iejam..

Tidak lama kemudian, mesejnya dibalas.

Hi..

Hm. Busy ke?

Takde la..

Takde buat apa pun ni.

Hm..

Can you please help me?

What's wrong?

I will miss him.

Him? Who? Shah?

Hm..

He'll leave me next week.

Pergi la jumpa dia.

Dia really busy right now.

Hm..

You love him, right?

Yeah..

Now I admit it.

Go and tell him.

How?

Sekarang dia busy, right?

Saya ada plan..

Apa?

Awak jumpa dia after majlis konvo.

Macam mana la saya nak jumpa dia.

Dia macam asyik nak mengelak je dari saya..

Jumpa saya lepas majlis konvo.

Jumpa awak?

Hm..

Kat library tingkat 2.

Hah?

Hm ok.

Don't worry..

You sure will jumpa dia kat situ nanti.

Macam mana awak tau?

Ade lah.

Ok la. GTG.

Saya ada hal.

Ok.

Thanks alot.

Zira baring di katilnya. Dia terfikir.

'Kenapa dengan aku ni? Shah, aku tak tau kenapa benda ni jadi. Kenapa aku boleh cinta kau pulak? Cinta.. Huh! Hm.. Hope Iejam boleh la settle kan benda alah ni. Iejam.. Shah.. Kenapa aku rasa lain macam eh? Aa.. Biarlah..Yang aku tau, aku nak cakap pasal benda kat Shah nanti.'

***

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience