BAB 4

Romance Completed 16852

AKU bermalas-malasan di atas katil sambil melayan perasaan. Aku tahu, hatiku diusik dengan kehadiran Encik Shahir. Lelaki itu cukup selamba dan bersahaja. Di depan aku, dia cukup ramah. Sebaliknya pula dengan stafnya yang lain. Mungkin, dia lah yang orang panggil; split personality. Nada bunyi telefon bimbitku hampir-hampir membuat aku terjun dari katil. ‘Bodoh punya handphone!’

“Helo?” aku teragak-agak bersuara apabila melihat nombor yang tidak dikenali.

“Malyn?” hah! Encik Shahir?! Apa dia nak malam-malam ni?!

“Ya, Encik.”

“Begini, esok mungkin saya tak masuk ke pejabat. Saya ada mesyuarat di hotel Concorde.

“Err… ya, jadi?” aku memukul mulutku. Isy, kurang haja nye ayat aku.

“Awak beri saya alamat rumah awak. saya jemput awak pagi esok. Kita pergi bersama.”

“Err… Huh?” aku menampar lagi mulutku. Kemudian, memberikan alamatku kepada Encik Shahir.

“Esok, saya jemput awak pukul 8. sudah, pergilah tidur. Jangan tampar lagi mulut awak tu, saya tak nak setiausaha saya bengkak mulutnya esok!”

Hatiku berbunga bahagia apabila mendengat perkataan ‘kita’. Eceh… Amalina, jangan nak perasan! Dia tu, bos kau! Kau tu, setiausaha dia. Mamat kacak macam Encik Shahir tu, pasti dah ade girlfriend. Pasti! Sudah, pergi tidur!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience