BAB 10

Romance Completed 16852

“Shahir… saya tak boleh terima awak sebab….. Awak lamar saya jadi isteri awak, tapi cincinnya mana? Cincin yang saya ceritakan tadi tu, itu cincin idaman saya! Huh, selagi saya tak dapat cincin idaman saya, saya tak nak couple dengan awak. Apatah lagi, jadi wife awak.” Kata-kataku disambut dengan ketawa gembira Encik Shahir. Sudah tentulah dia tahu, aku bergura.

“Thank you soooo much, sayang. You’ve made my life perfect!” aku melarikan tangan bila Encik Shahir mulai menggapai. “And you have made mine too. Tapi, saya harap, yang tadi Encik Shahir pegang tu, the last one. Saya tak selesa. Agama pun melarangnya, kan?” Encik Shahir tersenyum mengalah.

“Malyn, bila awak boleh berhenti panggil saya bos, encik, tuan, Encik Shahir. Saya rasa macam awak sengaja aje,kan? Nak ciptakan jurang. Come on, lah sayang. Kita kan dah couple.” Aku tersenyum. Dia senanglah, siang malam memanggil aku Malyn. Aku ni? Haisy…

“Tengoklah, abang Shahir. Nanti kita praktis,ya? Ops, tangan tu jangan nak menggatal! Kan dah bagi amaran tadi!” Encik Shahir tersenyum sumbing. “Kalau macam tu, kena lah halalkan apa yang haram. Kita kahwin secepat mungkin ya, sayang?” aku menjeling Encik Shahir.

“Apa awak ingat saya ni anak kucing? Awak kena lah hantar rombongan dekat keluarga saya… Bincang apa yang patut… Kita kan ada adat… Erm, dah lewat sangat,ni. Saya nak balik…” Encik Shahir nampaknya berat untuk melepaskan aku pergi.

Encik Shahir menahan aku sebaik sahaja keretanya berhenti di depan rumah sewaku. “I’ll miss you, love.” Aku tersenyum. Lawak apabila mengenangkan keromantikan Encik Shahir. Senyumanku tidak kering sehinggalah aku masuk ke dalam bilik tidurku. Zati sedang berbaring, sambil menatap gambar kami sewaktu kanak-kanak, dan disebelahnya, cincin. Ya, cincin yang aku gambarkan kepada Encik Shahir petang tadi.

“Happy nampak?” Zati bertanya. “Kau pun apa kurangnya. Balik dengan big boss ke tadi?” aku tergelak.

“So, apa cerita?” aku bertanya sambil mengambil cincin di sebelahnya. “Nazlee, lelaki yang aku tunjuk hari tu, lamar aku. Nampaknya, aku tak bertepuk sebelah tangan. Dia pun sukakan aku. Katanya, dia nak hantar rombongan meminang dua minggu lagi. Erm… eh, kenapa kau gelak?” mulut Zati sudah mula memuncung melihat aku berguling-guling di atas lantai mendengar ceritanya.

“Kau tahu, tak? Sebab kau, aku nyaris-nyaris hilang cinta aku,tahu?!” dan aku menyambung tawaku lagi. “Huh? Hei, ni ape cerita ni? Apa salah aku?” Zati mulai bingung. Comel sungguh muka blurnya.

“Begini, waktu kau nak tunjuk Nazlee hari tu, aku fikir kau tunjuk dekat bos aku, Encik Shahir. So, aku fikir, kau dengan bos aku tu couple lah. So, tadi dia propose aku, aku tolak lah dia. Sebab konon nak jaga hati kau. Rupa-rupanya, aku tersalah sangka. Malu betul tau, aku tadi!” kini, giliran Zati pula ketawa sambil berguling di atas lantai.

“Wah… Malam ni, kita berdua officially milik orang. Sorry guys, out there. We both are taken!” aku ketawa lagi mendengar statement Zati. Dan malam itu, kami sama-sama menari girang dan ketawa gembira. Mengenangkan kembali kenangan di waktu persekolahan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience