BAB 1

Romance Completed 16852

“WHAT! Kau ni dah gila kea pa Mal? jeritan dari Zati sememangnya menggegarkan gegendang telingaku. Isy, minah ni kalau nak bercakap, memang tak mahu cover suara. “Aku waras lagi, Ti. Aku tahu, kau terkejut. Tapi jangan sampai menjerit kat telinga aku,ni!” aku cuba berjenaka. Namun, wajah Zati masih lagi tegang.

“Okay, aku faham kau. Tapi, kau tak rasa sayang ke? Berhempas-pulas nak dapatkan sijil dalam ijazah pengurusan semata-mata untuk jadi seorang… setiausaha?! You must crazy, Mal!” sekali lagi, aku terkejut dengan suara Zati yang tersangatlah nyaring itu.

Ya, setelah empat tahun mengabdikan diri untuk berjaya dalam course pengurusan di UTM, aku akhirnya mengambil keputusan untuk ke temuduga untuk jawatan setiausaha di sebuah syarikat penerbitan di ibu negara dua bulan yang lalu. Kali ini, tanpa memberitahu sesiapa pun. Termasuklah mama dan abah di kampung. Bukannya mahu membelakangkan mereka, jauh sekali mahu bertindak pandai. Tapi, aku tahu. Berapa sangatlah gaji abah sebagai seorang guru sekolah menengah dan mama sebagai seorang jururawat untuk membiayai persekolahan lima orang adiknya.

Apatah lagi, abangnya masih lagi berada di perantauan, menuntut ilmu di peringkat PhD. Pastinya memerlukan wang yang tinggi. Sementelah, abangnya sudah dilarang sekeras-kerasnya untuk bekerja di sana.

“Isy, budak ni! Aku membebel bagai nak rak, dia boleh termenung pulak!” suara Zati mematikan lamunanku. “Apa yang kau cakap tadi, Ti?” aku mula melangkah ke almari. Satu-persatu baju kurung aku keluarkan.

“Aku tanya, kau mula kerja esok pukul berapa? And what are you doing with these baju kurung?” aku tersenyum. Aku kenal sangat Izzati yang seorang ini; takkan mampu untuk bertelagah denganku lama-lama. “Oh, dah restu lah ni? Aku nak pilih baju untuk esok. Aku masuk kerja pukul 9.00 tapi mungkin keluar rumah pukul 7 pagi, kot.” Aku lihat Zati sudah mula bermalas-malasan di atas katilku.

“Nanti aku hantar kau. Kau nak pakai baju kurung yang dah lama ni,ke? Tolonglah wei, kerja kau sebagai guru sementara dekat sekolah rendah dah sebulan berakhir,lah wei! Kau ni, dah jadi setiausaha. Kalau tak sut, pakai lah baju kurung yang baru-baru sikit ke, berfesyen-fesyen sikit ke. Ha, kau pakai aje baju aku. Bukan orang tahu pun!” Zati terus berlari ke biliknya. Aku tergeleng-geleng melihat perangainya.

“Kau pakai yang ni. Mummy aku baru hantar minggu lepas. Tak sempat pulak nak bagi dekat kau. Sibuk sikit kan, sejak dua menjak ni. Mummy pilih kain ni untuk kau, waktu dia pergi Guangzhou bulan lepas.” Aku faham, kesibukan Zati sebagai seorang pereka hiasan dalaman kadangkala membuatkan dia lupa akan dunia luar. Sibuk saja dengan pemilihan perabot dan konsep untuk rekaannya.

“Yelah, yelah… Aku pakai lah esok. Dah, pergi tidur. Night!” aku menghalau Zati keluar. Kemudian, aku mengeluh lagi. Mama dan abah pula… Pantas nombor telefon rumah di dail. Sekali dering, dua kali dering…

“Assalamualaikum, mama!” aku terus saja memberi salam. “Isy, Amalyn. Janganlah macam tu. Terkejut mama! Ha, apahal ni, telefon malam-malam? Mama dengan abah baru nak masuk bilik.”

“Ada ke patut, mama cakap macam tu. Hehe… Mama dengan abah baru nak masuk bilik? Awalnya… Nak bagi Malyn adik baru,ye? Ehem…ehem… takpe, Malyn faham. Kesian jugak Malyn dengan Maira’ tu… Tak pernah rasa ada adik.” Aku menyakat mama yang pastinya sudah tergeleng-geleng di sana.

“Pandai ajelah, anak dara mama ni. Hah, cakaplah. Ada masalah ke?” mama terus menukar topik. “Begini, ma. Malyn dah dapat kerja di Dvine Sdn Bhd. Sebagai setiausaha. Emm… Esok Malyn mula,ma. Maaflah, Malyn tak beritahu mama dengan abah awal-awal. Malyn takut mama dengan abah tak setuju….” tiada balasan dari mama.

“Mama dengan abah tak kisah. Janji Malyn buat kerja yang halal. Kerja tu elok-elok. Jangan nak main-main. Sedangkan uruskan anak orang bawah 12 tahun pun dah merengek kat mama, inikan pula jadi setiausaha orang. Jangan nak nangis-nangis. Malyn kena kuat! Ni ha, abah nak cakap.”

“Assalamualaikum, anak abah! Apa cerita ni, sayang?” abah memang begini. Mesra, sporting, dan kelakar. “Emm… Ala, Malyn tahu abah dah tahu. Abah tak marah,kan? Malyn cuma nak ringankan bebang mama dengan abah aje. Insyaallah, setiap bulan, Malyn hantar duit sebanyak yang Malyn mampu.” Itulah janjinya.

“Tak payah,lah. Simpan aje untuk Malyn. Nak kahwin nanti senang. Okeylah, baby. Abah dengan mama nak masuk tidur ni. Tidur aje tau. Masuk bilik terus tutup lampu dan lelap mata. Jangan nak berangan ada adik baru pulak!” aku terkekeh-kekeh ketawa.

“Goodnight, abah. Malyn love mama dengan abah!” dan kami berpisah di gangang telefon bimbitku. Oh, Tuhan. Tiupkanlah semangat yang jitu untuk aku!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience