BAB 3

Romance Completed 16852

AKU pulang tepat pukul 6 petang. Kereta Zati sudahpun sedia menunggu aku di bawah. “So, amacam first day of work?” pertanyaan Zati aku jawab dengan senyuman saja. “Bos kau?” aku tersenyum lagi.

“Handsome….” Zati tergelak mendengar jawapanku. “Bujang?” aku mengangguk. “Wah, ini sudah bagus!” Zati memetik jarinya.

“Hoi, ingat-ingat lah sikit dekat Fauzi yang dah lama menunggu tu!” senyuman Zati terus saja mati. “Kita jangan cakap pasal dia lagi, boleh?” aku faham benar dengan Zati.

“Kenapa pulak ni? Bergaduh ke?” Zati mengeluh. “Aku tak faham lah dengan lelaki ni. Kenapa dia susah sangat nak faham. Aku tak boleh nak terima cinta dia. Apa dia ingat, sesenang aje aku nak maafkan kesilapan dia? It’s hard… Very hard. And sometimes, it’s too hard. Aku tak boleh! Tapi, dia tak faham. Selalu memaksa. Aku rimas, aku lemas!” aku tergelak.

Nurina Izzati, rakan karib yang setia menemani dari umurku 10 tahun sehinggalah sekarang. Lima tahun lalu, hati batunya diusik dengan salam cinta seorang jejaka bernama Fauzi Haris. Sebulan menjalin persahabatan, Fauzi memulakan langkah pertama. Mereka serius. Tapi, tak lama. Enam bulan selepas itu, Fauzi meminta putus dan mengakui bahawa dia sudah mula menyukai gadis lain. Tak dapat mencari alasan yang kukuh untuk beralasan dengan Zati, Fauzi melukakan hati sahabatnya itu dengan satu penghinaan, ‘Awak tak cukup bagus untuk saya!’. Kata-kata yang hampir membuat Zati gagal dalam peperiksaan dan telah membekukan hati Zati untuk mana-mana lelaki lagi.

“Hoi! Berangan! Asal aku membebel, kau mesti berangan! Bencinya, cakap dengan kau ni Mal!” Zati membentak. “Sorry yang, apa kau cakap tadi?” aku tersengih. Menyedari kesilapan diri.

“Tak ada apa-apa lah. Cuma nak ajak kau makan luar weekend ni.” Nampaknya, Zati dah mula melupakan sengketanya dengan Fauzi. Itulah Fauzi, jangan bermain dengan api. Kini, sudah terbakar ego kau!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience