BAB 9

Romance Completed 16852

Mainan apakah yang Encik Shahir sedang lakukan ini? Habis tu, Zati dia nak campak mana? Oh tidak, kalau dia fikir nak madukan kami, benda tu takkan terjadi. Tidak! Aku tak sanggup nak lukakan hati Zati. Dia dah terluka terlalu banyak. Tidakk!!

“Malyn, is that a yes?” mata Encik Shahir bersinar-sinar memandang wajahku. “Encik Shahir, maafkan saya. It’s a no. Perfectly no.” Sinaran mata Encik Shahir mulai malap.

“Tapi kenapa, Malyn? Saya tak cukup bagus untuk awak?” huh! Lelaki tipikal, selalu memaksa. “Encik Shahir…” pantas dia memegang tangaku. Kuat.

“Shah! Sekarang ni, saya bukan bos awak dan awak bukan setiausaha saya. Call me Shah!” aku takut untuk membalas pandangan matanya. “Shah, awak sepatutnya lebih tahu dari saya, kenapa saya harus menolak awak!” tubir mataku sudah berair. Oh, tahanlah Amalina!

“What?! Apa yang awak repekkan ni, Malyn? Awak yang tolak saya, awak lah yang tahu sebabnya! Saya tak faham!” Encik Shahir menguak rambutnya. Oh, kacaknya dia waktu ni. “Zati…” Encik Shahir terkejut.

“Zati? Zati mana yang awak cakap ni?” aku mencebik mendengar kata Encik Shahir itu. “Nurina Izzati. Gadis yang awak nak lamar itu. Dia bestfriend saya. Awak gila ke, nak serious dengan dua orang perempuan sekali gus. Awak ni, kasanova ke?” aku sudah tidak mengenal hormat dengan majikanku ini. Kemudian, aku terdengar tawa Encik Shahir.

“Malyn…Malyn…Malyn. dont you know how much I love you today. I love you even more, today.” Hisy, dia ni. Gila ke? “Malyn, awak nak tahu sesuatu?” aku mengangguk.

“Nurina Izzati tu, hanya kawan. Itupun, kawan atas kawan. Saya tak pernah sukakan dia. Maksud saya, saya tak pernah sukakan dia lebih dari seorang kawan.” Aku terpempam! Habis, cincin yang beria-ia dia tanya tadi tu?

“Cincin tu? Awak bukan nak melamar dia,ke? Siap batalkan semua appoinment, tersenyum tengok surat dari syarikat dia? Itu bukan yang awak panggil angau ke?” Encik Shahir ketawa lagi, hingga menyebabkan pelanggan di situ memandang aneh ke arah kami.

“Amalina! Cincin tu, saya tanya bagi pihak Nazlee. Dia mintak pendapat saya. Saya pun, tak tahu apa-apa, baik saya mintak pendapat awak. Hisy awak ni… Nazlee suruh syarikat Zati hantar surat tu dekat saya sebab Nazlee nak tunjukkan dekat saya, betapa cantiknya hasil karya Zati. Konon, nak menunjuk lah tu, buah hati pandai menghias. Saya batalkan temujanji, sebab nak makan dengan awak hari ni lah, sayang. Sekarang ni, Nazlee pun saya agak tengah lamar kawan awak, tu! Hisy, itulah… Cemburu tak bertempat!” aku kehilangan kata-kata…. Nazlee? Zati-Nazlee? Isy, malunyaaa!!!

“So, what say you? Sudi nak jadi isteri saya?” aku tak tahu nak menjawab apa. Hati, kau tentu gembira sekarang. Oh… tenanglah. “Encik Shahir….” pantas mulutku ditekup Encik Shahir.

“I think I have made myself clear! Malam ni, tiada perkataan bos atau encik ataupun Encik Shahir.” Aku tersenyum. “Tuan Shahir…” Encik Shahir mendengus.

“Awak memang nak uji kesabaran saya, ye?” aku tergelak nipis. “Shahir, saya rasa…. Kita berkawan aja lah.” Muka ceria Encik Shahir berubah mendung.

“Tapi, kenapa? Apa lagi masalahnya Malyn. Listen here, sayang! I cannot live without you. Kemana saya pergi, saya hanya nampak awak. Please, be my wife. Mummy dengan papa pun dah setuju dengan pilihan saya. Awak ingat lagi, lawak mereka tempoh hari? They were talking about you. About us. Please, Malyn. Give me a chance.” Muka aku sudah merah menahan malu. Mana taknya, Encik Shahir begitu lantang mengucapkan frasa ‘Listen here sayang!’ hingga pelanggan-pelanggan di restoran mewah itu memandang kami sekali lagi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience