BAB 2

Romance Completed 16852

BAJU kurung moden sutera cina yang tentu mahal harganya itu aku sarungkan ke tubuh. Aku padankan dengan tudung bawal bewarna putih, agar kena dengan kain lembut bewarna putih bunga-bunga merah jambu. Hehe..aku tahu aku ayu. Ayu je, bab cantik-cantik ni, tak payah lah cakap. Takut perasan pulak.

“Morning, Ti!” aku tersenyum girang. Tapi di hati, Tuhan aje yang tahu. Betapa berdebarnya perasaan aku. Oh Tuhan, kuatkan lah semangat hambamu ini. “Dah ready? Jomlah gerak sekarang. Nanti kau lambat pulak.” Zati tersenyum, mengkobarkan lagi motivasi dalam diriku.

Celoteh Faizal Ismail dan Fara Fauzana di corong radio sedikitpun tidak dapat menenangkan gelora di hatiku ini. Volkswagen Beetles Zati berhenti di sebuah bangunan besar yang jelas di tulis di hadapannya- Dvine Sdn Bhd. “Thanks, Ti. Doakan aku. Sayang kau!” aku tersenyum dan melambai Zati sebelum melangkah masuk.

Aku menunggu bak orang jakun di lobi sebelum di sapa Puan Hafizah. Dialah yang membantu aku sewaktu aku ditemuduga tempoh hari. “Dah sedia, Amalina? Saya akan bawa awak ke HR dahulu. Awak akan diberikan pas awak.” Setelah mendapat pas yang dijanjikan. Aku dibawa naik ke tingkat lapan.

“Awak akan bekerja dengan Encik Shahir. Dia adalah Ketua Eksekutif di bahagian pemasaran di Dvine Sdn Bhd. Ini meja awak, sebentar lagi Encik Shahir akan masuk dan dia akan terangkan dengan lebih lanjut mengenai skop kerja awak. Saya pergi dulu,ya?” dan Puan Hafizah berlalu. Meninggalkan aku terpinga-pinga.

Di tingkat ini, tak lah ramai sangat orang. Aku anggarkan, ada lebih kurang 25orang sahaja. Aku terfikir, Encik Shahir itu sudah berkahwin atau belum? Yang mana satu dia? Kerana, sewaktu aku ditemuduga, ada dua orang lelaki. Kedua-duanya aku agak, sebaya dengan abah.

Aku dikejutkan dengan sapaan seorang lelaki. Segak berkemeja lengan panjang bewarna putih, dengan tie bewarna putih dan seluar slack bewarna hitam. Wajahnya sedang-sedang, tak terlalu gelap dan tak terlalu cerah. Rambutnya di sisir rapi, dan berkaca mata. Diakah? Mudanya!

“Awak ya, setiausaha saya?” dia memandang aku. Aku jadi rimas dan mengangguk. “Emm.. Encik Shahir?” di tersenyum, mempamerkan giginya yang putih dan tersusun rapi.

“Masuk bilik saya. Sekarang!” itulah arahan pertamanya untuk aku. Terus aku letakkan tas tanganku dan merapikan pakaianku. Tarik…. Hembus… Kau boleh, Amalina!

Aku mengetuk pintu bilik Encik Shahir. Kemudian, terdengar suaranya memanggil aku masuk. “Hai!” sapanya sekali lagi dengan senyum dan ramahnya. Aku pelik dengan ketuaku ini.

“First thing to do. Kenalkan diri awak kepada saya. Segala-galanya, macam awak sedang menulis cerita ringkas mengenai diri awak. Well, we are part from the biggest publisher company in Malaysia.” Aku terkejut lagi dengan arahannya.

“Nama saya, Nur Amalina binti Aziz. Saya berumur 24 tahun. Berasal dari Johor Bharu. Saya mendapat kelulusan ijazah dalam bidang pengurusan.” Aku berhenti setakat di situ saja. Rasanya, tak perlulah sampai yang peribadi pun hendak diceritakan.

“Ringkasnya hidup awak. Awak tak pernah buat karangan ke? Waktu saya sekolah dulu, setiap tahun, karangan tentang diri saya lah yang cikgu saya akan suruh saya buat sebaik sahaja persekolahan bermula. Saya nak awak bercerita lagi!” arahannya memang pelik. Argh!!!! Aku memberontak di dalam hati. Becoknya dia!

“Ayah saya bernama Aziz bin Mohammad Khalid. Berumur 55 tahun. Mama saya pula, Aisyah binti Hamidi, berumur 45 tahun. Saya anak kedua dari tujuh orang adik beradik. Emm… saya rasa setakat itu sajalah.” Encik Shahir tersenyum memandang aku.

“Awak ni, perahsia ye orangnya?” aku terkejut dengan telahan tepatnya. “So, what shall I call you?” pertanyaan Encik Shahir membuat aku berfikir sejenak.

“Terpulanglah pada Encik. Saya tak kisah.” Aku memberikan jawapan selamat. Aku yakin, dia akan memanggil aku Amalina. “Baiklah, saya panggil awak Malyn sajalah ya.” Alu tersentap. Err…

“Kenapa? Ada masalah? Tadi, awak jugak yang kata, terpulang. Dan sekarang, saya memang nak panggil awak Malyn.” Aku tersenyum. Sebenarnya Encik, ahli keluarga saya saja yang panggil saya begitu. Namun, suara itu hanya disimpan dalam hati saja.

“Baiklah, disebabkan saya belum makan kerana terpaksa datang awal ke pajabat hari ini. Dan kerana awaklah saya kena datang awal, awak kena teman saya bersarapan. Sekarang!” aku terpinga-pinga. Haisy, inikah setiausaha?

Aku turun ke bawah, bergandingan dengannya. Dari pemerhatian aku, Encik cukup sempurna sifatnya sebagai seorang lelaki. Mempunyai badan yang tegap, pekerjaan yang baik, dan bibirnya yang merah meyakinkan aku bahwa bos aku ni, bukanlah seorang perokok.

“Awak tunggu kat sini. Saya nak ambil kereta. Tunggu, jangan ke mana-mana.” Pesan Encik Shahir sebelum meninggalkan aku di hadapan pintu utama pejabat. Aku di sapa beberapa orang pemuda. Ada yang memberi salam, bertanya khabar, mengusik, dan ada juga yang hanya melemparkan senyuman. Kemudian, Encik Shahir tiba dengan kereta BMW Z4. Dia mengsisyaratkan supaya aku naik.

“Kita hendak kemana ni, Encik?” aku terus bertanya sebaik sahaja memakai tali pinggang keledar. “Breakfast lah, Malyn. Perut saya dah berokestra dah dari tadi. Emm.. sambil-sambil tu, awak dengarlah saya berceloteh,ya?” aku tersenyum.

“Sebenarnya, saya pun baru mula di syarikat ni. Baru tiga bulan, ayah saya pemilik syarikat ni. Saya sebenarnya tak mahu seorang setiausaha, tapi dah ayah saya beria-ia nak buat temuduga, saya setuju ajelah. Skop kerja awak tak terbatas. Kalau itu yang saya minta awak buat, itulah yang awak kena buat. Insyaallah, saya takkan suruh awak cuci toilet dekat tingkat kita. Jangan risau. Okey, kita dah sampai!”

Kedai mamak?! Tepi jalan pulak tu?! Bos aku ni, biar betul! “Janganlah terkejut sangat, apa salahnya saya makan di sini?” Encik Shahir nampaknya seperti sudah biasa dengan gerai ini. Sejurus kami duduk, kami di sapa seorang makcik.

“Assalamualaikum, Tuan. Hari ni nak makan apa?” mak cik inipun nampaknya seperti sudah biasa dengan Encik Shahir. “Mak! Apalah, panggil saya macam tu. Saya balik karang!” wah! Mak! Eh, takkanlah mak Encik Shahir pula?

“Maaflah, mak risau. Takut cik adik manis sebelah ni terasa pulak. Ni siapa? Teman wanita Shah,ye?” Encik Shahir tergelak. Muka aku sudah terasa panas. Aduhai, malunya. “Bukanlah mak. Ini, Amalina, setiausaha Shah. Emm, mak.. Shah dah lapar la… Eh, Nazlee dah pergi ke mak?” “Belum. Kat belakang itu ha, tengah makan. Sekejap lagi, mak panggil. Shah duduklah dulu. Sekejap lagi, mak bawakkan makanan.” Pantas saja tangan Encik Shahir menghalang mak cik itu. “Tak payah mak. Biar je, Malyn yang buat. Dia ni, kena belajar. Biar biasa.”mak cik itu tersenyum. Aku yang masih belum faham apa-apa, terus saja mengikut langkah mak cik itu.

Setelah mengambil makanan Encik Shahir, aku berjalan dengan berhati-hati. Nyaris aku berlanggar dengan seorang pelanggan yang kebetulan berjalan di hadapanku. “Maaf! Err.. eh! Wei, Shah!”

Aku masih lagi tak faham. Ni cerita apa ni? Selepas meletakkan makanan Encik Shahir, aku mendiamkan diri. Tidak mahu menyampuk perbualan Encik Shahir dengan pemuda tadi.

“Malyn, kenalkan. Ini, kawan rapat saya, Nazlee. Lee, ni Amalina, setiausaha aku.” Aku menundukkan kepala sedikit sebagai tanda hormat. “Ini gerai ibu Lee. Saya dengan dia dah berkawan sejak kecil lagi. Mak dia, yang saya panggil Mak tadi. Lee ni, Ketua Pengurus di kilang penerbitan kita di Shah Alam.” Kemudian, terdengar keluhan Nazlee.

“Allah, aku lupa. Hari ni, aku ada mensyuarat dengan juruteknik kilang kita. Aku pergi dulu,lah Shah dan Amalina, nice meeting you.” Ujarnya sebelum berlalu pergi dengan kereta Rextonnya.

“Setiap pagi, awak singgah lah sekejap dekat gerai ni. Tolong ambilkan sarapan pagi saya. Letak aje atas meja. Lepas tu, awak nak buat apa, buatlah. Saya ni, taklah banyak kerenah. Cuma banyak bergerak. So, siap-sedia ajelah ikut saya outstation. And, nanti bagi nombor telefon awak. supaya senang saya nak hubungi.” Kemudian, kami senyap. Melayan perasaan masing-masing.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience