BAB 7

Romance Completed 16852

PAGI-pagi lagi aku sudah di sapa teman-teman di pejabat. “Hai, Mal! Kau tak datang dengan bos ke?” sapa Kelly. “Tak, dia masuk lambat hari ni. Ada hal, katanya.”

Dan mereka senyap lantas menyambung kembali kerja mereka.

Rahmat, si office boy datang dan menyerahkan beberapa dokumen untuk Encik Shahir. Surat yang teratas sekali, mengusik hatiku lagi. 5th Design; syarikat hiasan dalaman, tempat Zati bekerja. Aku meletakkan surat-surat tersebut di atas meja Encik Shahir. “Morning, Malyn!” sapa Encik Shahir. Dia mengambil surat yang paling atas dan mengukir senyuman bahagia. Sambil menutup daun pintu, aku terdengar perbualannya di telefon.

“Kenapa hantar dekat sini? Ohh… saja nak bagi tengok, eh?” dan hati aku semakin digilis apabila mendengar gelak tawanya.

AKU tidak keluar makan tengah hari, sebaliknya, melayan perasaan di pantry sambil menonton sinetron di televisyen. “Hai, Malyn! Tak keluar lunch?” sapaan Encik Shahir mematikan kekhusyukan aku menonton sinetron yang tidak langsung aku fahami.

“Tak, tak ada selera. Kenapa, bos?” aku tetap mengukir senyuman indah buat majikan ku ini. “Err.. saya nak mintak pendapat.” Aku tersenyum melihat dia menggaru kepalanya yang tidak gatal itu.

“Tentang apa tu, bos? Macam serius je?” aku memberanikan diri menentang pandangan mata Encik Shahir. “Tentang cincin. Kalau saya nak melamar seseorang, saya nak pakai cincin macam mana? Erm, perempuan selalunya sukakan cincin yang macam mana?” nampaknya, Encik Shahir datang ke orang yang tepat. Kerana, taste aku dan Zati mengenai barang kemas memang sama. Kami selalu berkongsi impian mengenai ini.

“Boleh saya tahu, umur dia berapa bos?” sengaja aku menduga. Ya, dugaan yang akhirnya akan memakan diri aku sendiri. “Sebaya awak…” kan aku dah agak. Hati, tahan lah.

“Kalau macam tu, bos jangan beli emas. Bos belikan lah emas putih ke, platinum ke… Em, kalau saya, saya lagi suka cincin yang melambangkan penyatuan. Cubalah bos cari dekat Habib, mesti banyak. Confirm punya!” aku lihat Encik Shahir tersenyum.

“Ai, awak ni macam baru survey aje.” Encik Shahir menjongketkan keningnya. “Tahu tak ape. Abang saya ajak saya pergi semalam. Dua bulan lagi, dia nak bertunang.” Aku menerangkan keadaan yang sebenarnya.

“Okay… Thank you, Malyn. Owe you one!” ucap Encik Shahir sebelum berlalu dari pantry. Dan di kaca televisyen, kisah sinetron itu pun sudah berakhir serentak berkahirnya impian aku. Ya, impian yang tidak sepatutnya kau lakarkan sejak dari mula lagi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience