BAB 8

Romance Completed 16852

AKU mendapat arahan dari Encik Shahir supaya membatalkan segala temujanji pada malam ini. Ah, tentulah dia ingin terus bertindak malam ini. Zati juga baru menelefon, membatalkan janji kami untuk window shopping malam ini. Ah, sabar la Amalina. Kau mesti kuat.

Menjelang 8 malam, kaki aku masih lagi di pejabat. Malas rasanya mahu pulang. Telefon bimbit aku berbunyi, panggilan dari Mr.Bos. “Hello, bos?” aku ceriakan suaraku.

“Malyn, siap sekarang. Saya nak ajak awak keluar.” Huh?

“Err… nak pergi mana?”

“Siap aja lah, nanti saya jemput awak dekat rumah.”

“Tapi, saya dekat office lagi,bos.”

“Kalau macam tu, lagi lima minit, saya sampai.” Dan talian diputuskan.

Aku diam saja di sepanjang perjalanan. Kereta Encik Shahir berhenti di hadapan restoran Eden, di Jalan Tunku Abdul Rahman. “Mari…” isy, apa yang dia nak buat ni. Encik Shahir, jangan lah nak seksa saya lagi. Nak suruh saya tengok adegan lamaran Encik Shahir,ke?

Aku melayan perasaan di meja makan. Pesanan makanan aku serahkan saja kepada Encik Shahir. “Malyn, are you still here?” Encik Shahir melambai-lambaikan tangannya di hadapan mataku. “Ada apa, bos?” aku lihat dia tersenyum.

“I love you, Nur Amalina. I love so much. I love you since i look into your eyes from the first time we met. I love you. And I will never stop saying that. Nur Amalina binti Aziz, I love you. I cant afford to lose you. I love you, Malyn. Will you be my wife?” aku tersentak.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience