BAB 5

Romance Completed 16852

SUDAH genap lima bulan aku bekerja dengan Encik Shahir. Selama lima bulan itu lah, aku bahagia setiap kali bersamanya. Aku tahu, aku sudah ditimpa perasaan. Cuma malu untuk mengakuinya. Almaklum, siapalah aku. Lebih-lebih lagi, Encik Shahir semakin kerap pulang awal. Katanya, ada temu janji. Tak tahu lah dengan siapa.

Selama lima bulan juga lah, aku kerap dihantar dan dijemput (adalah dalam seminggu dua kali) Encik Shahir untuk ke pejabat. Tidak cemburukah, teman wanita Encik Shahir. Ah, lantaklah, aku bukannya mahu merampas. Aku masih sedar akan diri aku.

“Bos, hari ni bos ada temu janji dengan Miss Linda dari PTS Publication. Emm, petang pula, bos ada date.” Pagi-pagi lagi, aku dah menghadiahkan senyuman manisku.

“Ai, happy nampak? Date? Dengan siapa?” gelagat Encik Shahir menggaru kepalanya yang tidak gatal itu mencuit tawa ku.

“Dengan Encik Nazlee. Kan bos dah janji dengan dia nak main skuashy sama-sama petang ni. Amboi, ramai sangat ya, girlfriend bos sampai tak ingat date dengan siapa.” Aku mengusik lagi.

“Eh, apa pulak! Teman wanita saya ada seorang saja. Kalau dengan Nazlee, petang nanti awak ikut saya balik, ye. Awak ikut lah saya main nanti. Boring lah, asyik pandang muka Lee aje.” Aku tersenyum. Hatiku agak terusik apabila mendengar frasa ‘Teman wanita saya ada seorang aje’, nampaknya betullah dia memang dah ada steady girlfriend.

AKU resah menunggu Encik Shahir di taman rumah banglonya. Tiba-tiba, sebuah kereta mercedes kompressor masuk ke garaj rumah mewah ini. Keluarlah Tan Sri Kamal dan Puan Sri Maznah. Aku yakin sekali, walau tak pernah berjumpa dengan majikan ku.

“Amalina?” aku disapa ramah dengan Puan Sri Maznah. “Saya, puan sri…” kemudian, aku mendengar mereka ketawa. Di hadapanku, Tan Sri Kamal membisikkan sesuatu ke telinga isterinya sebelum mereka berdua ketawa.

“Tak perlu lah panggil puan sri. Panggil mummy aje. Lebih mesra. Lagipun, memang semua orang panggil mummy begitu.” Aku ternganga, terkelu untuk berkata apa-apa lagi. Mujur Encik Shahir muncul. “Hai, mummy, papa!”

“Shah nak ke mana?” tanya Puan Sri Maznah. “Oh, main skuasy dengan Nazlee. Dah lama Shah tak keluarkan peluh. Nanti makin gemuk pula anak mummy ni!” mereka ketawa. Aku pula, lebih selesa tersenyum nipis dan mendiamkan diri.

“Oh ya, sekejap. Ha, tolong bagi kain ni dekat Lee. Mummy belikan untuk Puan Lily. Cakap dengan Lee, datang lah bawa mak dia ke sini. Mummy sunyi,lah!” nampaknya, Puan Sri sudah kenal dengan mak angkat Encik Shahir. Hmm, keluarga mereka memang peramah. Berkawan, tak pernah mengenal darjat atau pangkat. Impressive.

“Awak kalau nak berteman, suruh lah Shah ni kahwin cepat. Calon pun dah,kan? Apa lagi yang nak ditunggu?” mereka ketawa tanpa mendengar tangisan hati aku. Ouh, tenang lah hati. Kan aku dah pesan, bahagia dengan Encik Shahir tidak akan kekal. Kerana dia, sudah ada yang punya.

“Okaylah mummy, papa. Shah pergi dulu dengan Malyn. Nanti lambat, bising pulak Lee tu.” Aku menyalam Puan Sri Maznah sebelum pergi bersama anak bujangnya.

SUNGGUH bosan berada di gelanggang skuasy ini seorang diri. Ramai saja orang memandangku dengan pandangan yang pelik. Almaklum, apa pula yang dibuat gadis berbaju kurung seorang diri di gelanggang skuasy. Kemudian, mataku tertangkap tubuh Zati yang melewati gelanggang sebelah.

“Hoi, apa kau buat dekat sini?” Zati terkejut. “Hisy, kau ni! Buat terkejut aku aje.” Kemudian, jari telunjuk Zati ditunjukkan ke arah Encik Shahir. Kemudian, dia tersenyum bahagia. “Nanti aku cerita dekat rumah.” Katanya sebelum berlalu pergi.

Apa yang dimaksudkan dengan Zati? Apa kaitan dia dengan Encik Shahir???

Isy, tak mungkinlah Zati ada hubungan dengan Encik Shahir… Mustahil! Eh, betul ke… Ya Allah, tenangkan lah lagi gelora di hatiku….

“Ha, berangan!!!” sergahan Encik Shahir hampir-hampir membuatkan aku rebah ke lantai. “Isy, Malyn! Jangan takut kan saya.” Aku menjeling Encik Shahir geram.

“Bos yang salah. Jangan sergah saya macam tu lagi, boleh tak! Kalau saya mati macam mana?! Isy, nyaris gugur jantung saya, tau!” spontan, aku memarahi Encik Shahir. Serentak dengan amarahku, wajah Encik Shahir berubah mendung. Mungkin berkecil hati.

“Jangan lah cakap macam tu. Saya tahu saya salah. Kalau awak tak ada, saya tak boleh hidup. Susah saya! Awak akan setiausaha saya. Dahla, saya mintak maaf ni. Lee, kau tengok Malyn ni… Sampai hati buat aku macam ni…” aku mencebik. Ceh, konon! ‘Awak kan setiausaha saya.’ Nampak sangat, yang aku ni hanya setiausaha dia. Isy, hati. Jangan menangis.

Aku tersenyum nipis, sebagai tandai memaafkan. “Bos, tolong hantar saya balik.” Encik Shahir hanya tersenyum nipis. “Pergi dulu ye, Lee.” Dan aku berlari mengejar Encik Shahir yang sudah jauh ke depan

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience