Bab 7

Romance Series 12104

"Macam mana you? Nak beli tak ni?" tanya Asha. Malam itu, Fahmi dinner bersama-sama Asha di bandar Alor Setar. Kebetulan sahaja tempat mereka dinner, terdapat satay yang dijual. Fahmi teringatkan Najwa yang mengemari satay dan bertanya akan Najwa melalui WhatsApp untuk membelikannya satay. Tetapi malangnya tiada balasan daripada sahabatnya.

"Tak apa lah you. Najwa tak balas text i. Jom lah kita balik". jawab Fahmi yang agak pelik dengan sikap Najwa sejak kebelakangan ini.

"Tak apa ke kita dinner sama-sama ni? Najwa okey ke?" tanya Asha yang agak berasa kurang selesa disebabkan keakraban dirinya dengan Fahmi sehinggakan Najwa jarang bertemu Fahmi sejak kebelakangan ini.

"Kenapa you tanya macam tu? Ada yang salah ke?" tanya Fahmi pula sambil mereka berjalan menuju ke kereta.

"Yelah. You rapat dengan Najwa. I ni baru je you rapat dan kenal. Nanti apa pula Najwa fikir". kata Asha sambil melihat reaksi Fahmi.

Setelah mereka masuk kedalam kereta, Fahmi tertunduk di dalam kereta sebelum memulakan perjalanan. Dia turut merasakan bahawa dirinya jarang bertemu dengan Najwa dan Fahmi turut merasakan bahawa dirinya tidak mengambil berat mengenai sahabatnya. Dia sekadar memberikan senyuman kepada Asha dan fokus kepada pemanduannya. Asha tidak pula memaksa Fahmi untuk menjawabnya dan membiarkan persoalannya tergantung begitu sahaja sehingga Fahmi menghantar Asha di depan Dpp yang sama dengan Najwa.

----------------------------------------------------------------

Keesokannya, kelas berjalan seperti biasa. Mata Fahmi melilau mencari Najwa tetapi tidak kelihatan susuk tubuh sahabatnya itu. Dia mengeluh. Setelah selesai sesi pembelajaran kelas tersebut, Fahmi menyapa sekumpulan rakan sekelasnya di luar kelas untuk bertanya mengenai Najwa.

"Weh, korang ada nampak Najwa tak? Aku tengok dalam kelas tadi dia tak ada." tanya Fahmi kepada rakan-rakan yang lain.

"Entah la Fahmi. Kami pun tak tahu kenapa dia tak datang kelas. Kau kan rapat dengan dia. Tak akan kau sendiri tak tahu". jawab salah seorang rakan sekelasnya.

"Kann. Kau kan rapat dengan dia. Takkan kau tak tahu. Awat? Sebab dah ada marka ka? Sampai tinggal member? HAHAHAHA" celah Faris dengan jelingan matanya.

"Kau ni dah kenapa? Aku tanya saja kan? Tak payah nak try nak panaskan hati orang". marah Fahmi.

"Laa aku pula. Kau tanya diri kau tu Fahmi. Najwa dalam kelas semalam pun kau buat dia macam tak wujud je. Kesian pula aku tengok." balas Faris. Lelaki yang suka mencari masalah yang sememangnya sering bertengkak dengan Fahmi.

"Diam ah kau!" bentak Fahmi dan meninggalkan sekumpulan rakan sekelasnya.

--------------------------------------------------------------

Di suatu petang yang agak mendung, Fahmi ternampak Nisa yang sedang berjalan sendirian. Lalu..

"Nisaa." panggil Fahmi dengan suara yang agak jauh kedengaran. Lisa dapat mengagak suara tersebut dan meneruskan perjalanan ke cafe.

"Nisa sekejap." Fahmi melajukan langkahnya untuk merapati Nisa.

"Apa wei? Aku lapar ni." omel Nisa tanpa mempedulikan Fahmi yang sudah berada disebelahnya.

"Kau tahu tak kenapa Najwa tak masuk kelas hari ni? Dia tak sihat ke?" tanya Fahmi

"Kau tanya ah dia sendiri". jawab Nisa ringkas

"Aku dah WhatsApp dia tak reply. Aku coll tak dapat doo." keluh Fahmi.

"Aku pun ta tahu la. Dah kau jangan nak ikot aku. Aku kalau dah lapar, dengan kau-kau sekali aku makan". omel Nisa yang meneruskan perjalanannya. Amarah didada Nisa masih boleh ditahan dengan sikap Fahmi sebelum ini terhadap Najwa.

"Sa, aku tahu mesti kau tahu. Kau roomate dia kot". tanya Fahmi lagi.

"Tak tahu tak tahu." kata lisa sambil mengangkat kedua tanyanya.

Fahmi memberhentikan langkahnya dan melepaskan keluhan. 'kenapa semua nak cari hal dengan aku hari ni'. Fahmi bermonolog sendiri.

"Wa, kau okey ke". Fahmi berbicara sendiri.

-------------------------------------------------------------------

Setelah tibanya aku di bumi Kelantan pada pukul3 pagi. Ayahku mengambilku di stesen bas Kota Bharu. Tanganku menyambut tangan seorang ayah yang aku kagumi. Hidup kami bukanlah senang untuk dinikmati. Tetapi aku terlalu senang dengan kasih sayang mereka. Aku menyalami tangannya. Kami asalkan dari Selangor dan kemudian berhijrah ke Kelantan sejak aku memasuki alam universiti disebabkan ayahku mempunyai tanah di Kelantan, kami membina rumah di negeri tersebut. Tetapi loghat Kelantan masih belum fasih untuk aku fahami.

"Jom ayah hantar rumah dulu. Wa rehat-rehat. Nanti kita gi tengok ibu pagi esok". ujar ayahku.Tubuhku keletihan dan tidak mampu untuk bersuara.

"Okey". jawabku ringkas sambil menuju ke kereta ayah. Sepanjang perjalanan kami ke rumah, banyak kami berborak dan ayah menceritakan keadaan ibu kepadaku. Pada ketika itu, aku sudah lupa apa yang berlaku di UUM, Kedah. Semoga fikiranku tidak bercelaru lagi. Aku keletihan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience