Bab 4

Romance Series 12104

Dkg 1. Merupakan salah satu bangunan dewan kuliah bagi pelajar-pelajar Universiti Utara Malaysia. Bertempatkan kelas aku di dkg 1/4 pada pukul11.30 pagi. Subjek Volunteerism yang menjadi favouriteku disebabkan ianya lebih kepada sukarelawan. Sedang aku menumpukan perhatian dihadapan, tanpa aku sedar telefon di dalam begku bergetar. Aku mengambilnya dan melihat noti WhatsApp yang masuk daripada Fahmi.

' Wa, aku tak dapat nak makan lunch dengan kau tau. Sorry Wa. Aku ada hal sikit. Hehe. Sorry tau Wa. Lain kali eh. Bagitahu Nisa. '

Pulakkk. Mamat ni selalu nak cari hal la. Aku meninggalkan bluetick kepadanya dan menumpukan kembali perhatian di hadapan. Setelah satu jam setengah, aku menyimpan buku ke dalam beg dan di tegur oleh Yana.

"Haii Wa. Lunch dekat mana?" tanya Yana dan mataku tertumpu kepada Asha yang memberikan senyuman kepadaku.

"Di Cafe Alumni kot. Kau orang?". tanyaku pula.

"Saya di Cafe belakang dkg ni saja. Asha ada hal sikit. Eh Wa dah tunjuk draf assigment dekat Dr?". soal Yana dan pada waktu itu entah kenapa aku merasakan ada sesuatu yang aku tidak tahu. Tapi aku cuba berlagak biasa.

"Dah pagi tadi. Yana dah ke?". soal ku.

"Belum. Belum siap." jawab Yana sambil tersengih.

"Yana, Najwa. Saya pergi dulu eh. Dah ada orang tunggu. Bye". ujar Asha yang berlalu dengan agak kalut.

"Okey la Wa. Saya nak pergi lunch. Lapor. Hehe. See you again Wa. Bye". ujar Yana.

Aku berkerut dahi dan terus melangkah keluar dewan kuliah sambil menanti Nisa di ruang menunggu di hadapan bangunan dkg 1 ini.

"Wa, jom. Mana Fahmi?". soal Nisa yang melihat kiri dan kanan. Mencari Fahmi mungkin.

"Dia WhatsApp aku dia cakap dia ada hal. Tak jadi makan dengan kita". kataku kepada Nisa.

"Lahhhhh pulak. Semalam bukan kemain. Jom la Wa. Aku lapar". omel Nisa. Aku hanya mengikutinya.

Cafe Alumni Junction adalah salah satu cafe yang menjadi kegilaan pelajar disebabkan terdapat mee celup dan tomyam terrrbaikkkk. Yummy! Setelah sampai di cafe tersebut, aku meluru ke meja yang kosong sementara Nisa beratur terlebih dahulu. Kebiasaannya pelajar yang ingin makan masakan Kelantan dan Thai, mereka akan datang ke sini. Setelah hampir 10 minit beratur semata-mata menginginkan tomyam kegemaran aku dan Nisa. Aku dan Nisa meluru ke tempat meja yang terdapat begku dan tanpa mempedulikan sekelilingnya, aku terus menikmati makanan tersebut dengan bacaan Bisimillah tanpa mempedulikan Nisa yang sedang melihat notification di dalam telefon pintarnya.

"Sudah-sudah la tu main henfon. Makan la Nisa". omelku sambil kepedasan menghirup tomyam yang pedas dan sedap. Aroma tomyam yang menusuk hidung para pelajar apabila ke cafe tersebut.

"Sat la." matanya masih tertumpu kepada telefon pintarnya dan setelah itu Nisa melihat kebelakangku dan tiba-tiba matanya terbeliak sambil menutup mulutnya.

"Kau ni dah kenapa Nisa?". tanyaku

"Cuba hang tengok belakang hang." ujar Nisa sambil berbisik. Tanpa melengahkan masa, aku terus menoleh ke belakang dan entah kenapa aku tersedak dengan sendiri. FAHMI!!

"Hang ni. Kot iya pun tengok belakang jangan sampai tersedak" perli Nisa sambil menghirup sup tomyam miliknya. Aku terdiam seketika.

"Wa, dia habaq ada hal kan? Hal apa duk dating kat belakang hang tu, dengan Asha pulak tu". ujar Nisa yang kelihatannya sedikit marah akan Fahmi.

"Entah. Dia bagitahu dia ada hal. Tapi tak bagitahu hal apa. Patut la Asha nampak kalut tadi dalam kelas nak keluar". jawabku dengan nada yang rendah.

"Hang nampak tak kisah dak? Fahmi sanggup ketepikan kita. Terutama sekali hang yang duk rapat dengan dia dari dulu semata-mata nak lunch dengan si Asha tu. Sedangkan boleh je ajak join kita sekali". marah Nisa sambil menyuap makanan dengan reaksi yang tidak berpuas hati.

"Dia ada life dia sendiri, Nisa. Biarkan je lah". jawabku yang tidak mahu memanjangkan amarah Nisa. Fahmi, ya! Aku kecewa sedikit. Tapi apa aku boleh buat. Aku mampu berdiam diri dan membiarkan kau lakukan apa sahaja walaupun aku tahu suatu hari nanti sememangnya ini yang akan aku hadapi. Aku jatuh cinta dengan sahabatku sendiri tanpa aku sedar.

Usai sahaja kami makan tengahari, tiba-tiba sahaja Nisa ke tempat di mana Fahmi dan Asha berada. Aku terkejut dan kaku untuk menoleh ke belakang.

"Ehem, Fahmi. Tak sangka hang makan kat sini juga. Ingatkan hal hang tu keja lain. Rupanya dating." perli Nisa. Aku mendengar setiap tutur kata Nisa sambil aku beristigfar untuk menoleh ke belakang. Hatiku terlalu kecewa dengan Fahmi. Tapi aku biarkan perasaan itu demi persahabatan ini.

"Sa, kau dengan siapa? Najwa tak ikut?" soal Fahmi yang kelihatan agak gugup disebabkan ketahuan oleh Nisa mengenai datenya ini.

"Aku datang dengan Najwa. Sahabat hang. Itu dia." sambil tangannya menunjuk kearahku. Aku tidak boleh melihat Fahmi pada ketika itu oleh kerana hatiku berasa tidak selesa dengan situasi itu. Mataku hanya tertumpu kepada Nisa supaya Nisa faham akan apa yang aku inginkan. Iaitu pergi dari situ secepatnya. Fahmi agak terkejut dan memberikan senyuman kepadaku walaupun aku tidak melihatnya.

"Nisa, jom lah. Kau ada kelas kan. Lewat dah ni". panggilku sambil bangun dan menarik tangan Nisa pada ketika itu. Nisa hanya mengikutiku dan riak mukanya aku tahu dia masih bengang.

"Awat hang nak lari Wa? Hang ingat aku tak tau ka perasaan hang tadi? Hang kecewa kan? Fahmi ketepikan hang? Kan Wa?" soal Nisa bertubi-tubi. Aku tidak mempedulikan pertanyaan Nisa dan meneruskan langkah ke library.

"Wa, hang dengaq dak apa aku habaq ni?" sambil memegang lenganku.

"Sa, kau tengah bengang ni. Kau masuk kelas dan rileks okey. Aku nak ke library. Buat thesis. Jumpa petang nanti okay." pujukku untuk tidak membahaskan soal di cafe sebentar tadi.

"Tapi Wa. Akuu" tanpa sempat Nisa menghabiskan katanya aku terus memotong percakapannya.

"Sa, aku okey. Jangan risau. Dah! Baik kau masuk kelas. Aku pergi dulu okay. Bye Sa". tanpa berlengah lagi, aku meneruskan langkah tanpa menoleh kepada Nisa.

Ya allah! Buang perasaan ini, buang perasaan ini. Ku bermonolog di dalam hati sepanjang ke library. Hati aku kecewa dalam masa yang sama aku menafikan kata-kata hatiku sendiri. 'kau suka dia Wa, kau sayang dia Wa'. 'Ya, aku sayang. Tapi sebagai sahabat'. 'Tak Wa. Tak. Kau sayang dia lebih dari sahabat Wa'. Aku menepis perasaan tersebut dan meneruskan langkahku ke library.

-----------------------------------------------------------

Setiba sahaja aku di library. Noti dari WhatsApp masuk di telefon pintarku.

'Wa, kau kat mana?'

Hati aku tidak membenarkan untuk aku membalas mesej tersebut. Entah kenapa laju sahaja jariku membalasnya.

'Aku di library. Buat thesis'

Sambil aku membuka komputer ribaku sekali lagi noti tersebut masuk.

'Aku OTW'.

Aku meninggalkan bluetick kepadanya dan menumpukan perhatian kepada thesisku. Lafaz bismillah aku mulakan, tiba-tiba aku disergah dari belakang.

"Najwa! Kau datang sini tak ajak aku tadi". ujar Fahmi. Cuba untuk mengalih perhatianku. Memujuk barangkali.

"Fahmi, aku nak fokus kepada thesis ni. Jangan gangu aku kejap." kataku dengan tidak melihat kepadanya.

"Ohh. Sorry Wa. Take time. Aku pun nak buat thesis juga. Aku duduk semeja dengan kau eh?". tanpa aku membalas pertanyaannya, Fahmi mengeluarkan laptopnya. Hati aku masih kecewa. Aku diamkan.

Setelah hampir sejam lebih kami disitu tanpa sebarang perkataan yang dikeluarkan masing-masing, Fahmi mula menutur kata.

"Wa, aku nak minta maaf pasal tadi. Tak dapat lunch sama-sama". mata Fahmi cuba mencari mataku untuk melihatnya dihadapan. Aku mendongak.
"Tak apa." jawabku ringkas.

"Kau tak marah aku ke?" tanya Fahmi.

"Tak." jawabku lagi.

"Betul ni Wa?" tanya Fahmi lagu yang menginginkan kepastian.

"Kau ni. Sengal la. Macam la baru kenal aku." omelku dengan nada marah.

"Sebab aku kenal kau lah aku tanya. Kau pemendam". ujar Fahmi. Hati aku tersentak dan aku cuba berlagak biasa. Kau kenal aku? Tapi kenapa kau sanggup membelakangkan sahabat kau ini?

"Tak ada lah. Aku tak marah. Dah! Kau jangan gangu aku nak buat thesis ni". aku cuba mengelak dan tanpa aku sedar ada sepasang mata sedang memerhatikan kami dari tingkat atas. Asha Fazleen!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience