Bab 6

Romance Series 12104

Kelas Komuniti hari ini aku sekelas dengan Fahmi. Entah kenapa aku masuk saja ke kelas, semua melihatku bagaikan terdapat satu pertanyaan di dalam kepala mereka. Aku tidak mempedulikan dan mengambil tempat yang biasa aku dan Fahmi duduk bersebelahan. Tempat Fahmi kosong. Belum datang lagi.

"Eh Najwa, Fahmi mana? Selalunya kau dengan dia jekk. Akhir-akhir ni tak pula". tanya salah satu pelajar kelas kami Faris yang agak lancang tutur katanya.

Sesudah aku duduk dan mengeluarkan buku, aku melihat kepadanya dan senyum.

"Takkan aku nak dengan dia 24 jam. Ada masa kena ada privacy masing-masing". jawabku dengan tenang.

"Privacy ke sampai Fahmi ada perempuan baru? Budak kaunseling tu". perli Faris. Asha Fazleen merupakan pelajar Kaunseling. Kebanyakan kelas aku sama dengan Asha disebabkan course kami hampir dalam bidang dan school/fakulti yang sama. Tetapi kelas Fahmi hanya beberapa sahaja yang tidak sekelas dengan Asha. Aku berdiam diri dan melemparkan senyuman sahaja.

"Wa, kau dengan Fahmi gaduh ke?" tanya Zati.

"Tak ada lah. Kami okey je. Kenapa ni? Nampak sangat ke aku dengan Fahmi tak sama-sama?". soalku sambil membetulkan shawlku.

"Yes!!!" beberapa pelajar dalam kelas tersebut jawab dengan serentak. Aku terkedu. Tiba-tiba kelibat Fahmi dan Asha masuk ke dalam kelas. Asha melihat kepadaku dan aku hanya memberikan senyuman dan tunduk memandang telefonku.

"Wa, ada orang tak kat sini? Boleh i duduk?" . Eh! Kejap! Itu bukan suara Fahmi. Aku mendongak. Syafiq Azfar. Lelaki yang cool dan aku tidak berapa kenal siapa Syafiq Azfar. Sebelum aku menjawab pertanyaannya, sempat mataku mencari Fahmi disebabkan itu adalah tempat kebiasaan Fahmi duduk. Mataku terarah kepada kerusi dihadapan. Fahmi berbual dengan Asha bersebelahan. Aku? Mungkin dia duduk disana.

"Tak ada". jawabku sambil memberikan senyuman. Mataku melihat situasi dihadapan. Mesra. Fahmi, kau tak tegur pun aku. Kau tak tengok ke belakang pun. Aku menunduk dan gula-gula hacks dihulurkan dari sebelah.

"Nak? Ambiklah. Boleh legakan fikiran tu". perli Syafiq. Hish! Time macam ni la dia nak perli-perli pulak. Macam la aku tak tahu.

"Tak apa lah. I tak makan gula-gula hacks. Pedas". jawabku bersahaja sambil menolak gula-gula tersebut ke mejanya.

"Cehhh demand. Tak apa. Ambil je. Mana tahu you memerlukan nanti and trust me, you akan memerlukannya." jawab Syafiq sambil senyum.

Aku memberikan senyuman dan pensyarah melangkah masuk. Maka pembelajaran kami bermula walaupun entah kenapa mataku tertumpu kepada kemesraan yang berada dihadapanku. 'Sampai hati kau Fahmi' . Hati aku bersuara.

Setelah satu jam setengah, kelas Komuniti berakhir untuk hari ini. Aku mengemas barangan dan aku berharap Fahmi berpaling kebelakang dan menegurku. Tapi malangnya tidak! Dia terus melangkah keluar kelas bersama Asha.

"Tak payah perhatikan sampai macam tu. Kalau orang dan tak nampak kita. Kita nak tunggu apa lagi. Balik je." celah Syafiq sambil bermain telefonnya tanpa melihatku. Aku berpaling kepadanya dan aku bangun untuk keluar kelas.

"Wa, sekejap Wa." sekat Zati dan Ira. Salah satu kawan aku di dalam kelas.

"Apa Zati?" jawabku dengan bermaniskan muka.

"Kau dengan Fahmi okey ke? Aku perhatikan dia tak tegur kau pun tadi." tanya Zati dengan berhati-hati. Takut mungkin. Takut aku marah.

"Tak ada lah. Kami okay je". jawabku.

"Okey. Sorry la kami busybody. Sebab selalunya kelas kecoh dengan suara kau dengan Fahmi je." jawab Ira dengan memegang bahuku. Aku senyum dan meminta diri untuk pulang. Aku bercadang untuk ke library tapi entah kenapa hatiku tidak sedap dan fikiranku tertumpu kepada ibu menyebabkan aku mengubah fikiran untuk pulang ke dpp sahaja.

----------------------------------------------------------------

Sesampai sahaja aku di bilik, telefonku berbunyi dan ianya panggilan dari ayah. Hati aku berdebar-debar.

"Assalamualaikum yah. Kenapa yah? Ibu macam mana?" tanyaku.

"Wa. Ibu tiba-tiba sesak nafas. Tapi inshaAllah ibu okay." jawab ayah dengan nada meyakinkan aku.

"Apa? Wa nak balik yah. Wa nak balik." ujarkan sambil menangis. Tanpa aku sedar air mataku laju menitis.

"Kalau Wa rasa Wa nak balik, balik la. Asalkan tak menganggu pelajaran Wa." ujar ayah.

"Okey yah. Kalau ada apa-apa terus coll Wa yah.". ujarku sebelum aku memutuskan panggilan untuk bersiap-siap.

Setelah aku bersiap-siap. Aku meninggalkan nota kecil kepada Nisa untuk mengatakan bahawa aku pulang ke kampung. Maafkan aku Sa.

------------------------------------------------------------------------------

Nisa sampai kebilik dan ternampak nota kecil dimeja belajarnya.

'Nisa, aku balik kampung. Ibu aku sesak nafas. Hati aku tak sedap Sa. Aku minta maaf tak bagitahu awal-awal. Nanti apa-apa aku coll eh. Sa, jangan bagitahu Fahmi kemana aku pergi'

Nisa mengeluh.

"Wa, aku doakan ibu hang baik-baik saja. Semoga selamat sampai Wa. Aku tau hang kuat Wa.". Nisa melelapkan mata dikatilnya.

-----------------------------------------------------------------

Di dalam bas, fikiranku hanya ada ibu, ibu, dan ibu. 'Sembuhkan dia untukku Ya Rabb'. Ting! noti dari WhatsApp masuk.

'Wa, kau nak makan satay tak? Aku kat luar ni. Dinner. Aku nampak satay, aku teringat yang kau suka. Nak tak? Aku belikan'.

Aku memejamkan mata dan tidak membalas text dari Fahmi. Tiba-tiba aku teringat kembali kenangan 2 tahun yang lalu. Kau hantar aku ke stesen bas disebabkan ayah aku kemalangan. Kau belikan aku tiket. Kau tunggu sampai bas aku hilang dari pandangan kau. Kau text aku dengan kata-kata semangat. Sekarang aku rindukan semua tu. Maaf aku tak beritahu kau. Kenapa perlu aku bagitahu. Di dalam kelas pagi tadi kau perlakukan aku seperti tidak wujud. Terlalu fokus dengan cinta kau. Tak mengapa. Tengok kau senyum dan ketawa dah cukup baik untuk aku sebagai sahabat kau. Aku masukkan telefon ke dalam begku dan gula-gula hacks pemberian Syafiq jatuh diatas ribaku. Aku mengambilnya dan entah kenapa aku membuka plastik gula-gula tersebut dan makan. Aku melemparkan pandangan ke luar dan signboard ditepi jalan menunjukkan aku berada di Gerik.

Perjalanan bas dari Kedah ke Kelantan mengambil masa 5-6 jam. Cepatlah masa berlalu. Ibu menanti aku di sana. Aku terlelap.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience