Bab 3

Romance Series 12104

"Apa yang hang duk termenungkan tu Wa?" sapa Nisa yang tetiba ada di sebelahku tanpa aku sedar.

"Tak ada apa lah. Aku bosan." jawabku sambil melontarkan pandangan ke luar tingkap bilik.

"Aku nak tanya hang boleh dak? Tapi kot hang la nak ceqita ka dak. Aku okey ja". tutur Nisa yang cuba untuk menarik perhatianku untuk menumpukan kepada pertanyaannya.

"Apa yang kau nak tanya? Macam serius je bunyinya". tanyaku dengan mula berpaling muka kepadanya.

"Pasal di taman tadi. Macam mana si Fahmi tu boleh pi macam tu ja tinggalkan kita pi kat perempuan tu? Nama pa entah aku tak tau". soal Nisa yang menunggu jawapan dariku dengan dahi yang agak berkerut.

"Asha Fazleen. Budak satu course dengan aku." jawabku.

"Hang kenai ka? Awat aku xkenai ek. Cantik. Macam mana Fahmi kenai dia?". soal Nisa lagi.

"Dia suka kat Asha. Sebab tu dia nampak tadi terus pergi sapa Asha". jawabku dengan melepaskan nafasku secara perlahan-lahan.

Fikiranku mengingat kembali kejadian di taman petang tadi.

Di taman Tasik MAS, aku dan Nisa mula bersiar-siar dengan basikal yang kami pinjam di Pusat Sukan UUM. Tasik MAS merupakan tempat pelajar-pelajar beriadah di petang hari yang mana ianya terdapat sungai dan tasik yang menjadi tumpuan pelajar perempuan berbanding pelajar lelaki. Disitu juga terdapat aktiviti memancing tetapi kurang menjadi perhatian lelaki disebabkan tasik tersebut tidak sebesar tasik di belakang Dewan Penginapan Pelajar (DPP) Sime Darby.

"Wa, tak payah la bawa laju sangat, tak larat aih aku nak kejar". omel Nisa yang ketinggalan dibelakangku.

"Kau yang lambat. Aku dah slow lah. Sa, jom berhenti kejap. Aku haus". ajakku sambil memperlahankan basikal dan menuntun basikal ke kerusi batu yang berhampiran dikawasan tersebut.

"Sat, aku pi beli ayaq sat." kata Nisa yang berlalu dihadapanku.

Sedang aku menunggu Nisa membeli air, aku melontarkan pandanganku kepada beberapa pelajar yang sedang joging berhampiran dengan tasik. Ada yang joging bersendirian, ada yang joging bersama kawan dan yang paling sweet dengan pasangan mereka. Syok kan bila kita beriadah dengan pasangan "cintun" kita. Syok-syok gak, tapi ramai yang berbulu mata bila melihat atau tertengok. Ops! Maaf, saya hanya wakil kepada pelajar-pelajar yang lain untuk bersuara sebegitu rupa. HAHA. Sedang aku bermonolog sendiri, tanpa aku sedar aku ketawa kecil dan ada yang melihatku. Alaaa sengalnya aku! MALU!.

"Hoiii kau senyum sesorang kenapa?". sampuk si malaun hijau yang entah dari mana datangnya. TERKEJUT!!! Bagai jantung nak tercabut.

"Kau ni, dari mana datangnya. Mujur aku tak sakit jantung je". omelku sambil menolak Fahmi ke tepi yang menghalang pandanganku.

"Hahaha. Aku perhatikan dari belakang yang kau senyum dan ketawa sesorang. Sewel ke apa Najwa aku ni?". kata Fahmi yang membuatkan aku rasa mamat ni "annoying" gila. Aku tergelak dan menolak kepala Fahmi yang sememangnya sengal.

"Hahaha. Bongok la kau ni. Aku tengah syok-syok perhatikan orang. Jangan kacau." balasku dengan nada ketawa.

"Amboiiiii. Hampa, duk buat borak kat sini sampai aku pi beli ayaq pun hang tak ingat kat aku noh Najwa. Tak kesian ka kat aku ni? Amboiii dia". rungut Nisa yang sedang memegang air sirap lalu aku mengambil satu dari tangannya. Fahmi hanya ketawa dan membuat muka kepadaku disebabkan bebelan Nisa.

"Mana ada lupa. Aku tunggu kau kat sini. Tapi malaun ni datang dari mana entah." omelku dengan memijak kaki si Fahmi.

"Aduhhh. Sakit la Wa." Fahmi mengangkat kakinya yang sakit.

"Padan muka." jawabku dengan puas.

"Wa, esok pi makan kat cafe Alumni nak? Aku teringin nak makan mee celup." rayu Fahmi dengan membuat muka yang agak comel. Hehe. Comel. Yesss comel! Ehh apanii Najwa! Ku bermonolog sendiri.

"Emm okay. Tapi kau belanja. Boleh? Boleh la." pujukku.

"Okay. Aku belanja air je. Hahahaha". jawab Fahmi dengan nada gelak jahat. KEDEKUT!!

"Aku tak mau ajak ka Fahmi?" celah Nisa dengan nada merajuk.

"Eh aku lupa kau pun ada sini Sa. Sorry Sa sorry. Hahaha. Jom lah esok. Sekali". ujar Fahmi yang cuba untuk memujuk Nisa.

"Jahat la kau ni. Ni rumet kesayangan aku tau.Jom Sa. Kita pi makan sekali esok nak?. Lunch." tanyaku sambil memeluk bahunya.

"Tak mau lah. Hampa lupa kat aku". rajuk Nisa sambil berpaling ke arah lain. Tapi cute!

"Alolooo. Jangan pedulikan si malaun ni. Aku ada. Esok eh. Kita lunch sama-sama". pujukku.

"Sebab hang je ni tau. Bukan sebab dia tu." sambil memuncungkan mulutkan kepada Fahmi. Fahmi gelak sakan dan tiba-tiba matanya melihat seseorang.

"Wa, aku pergi dulu eh. Jumpa esok tau. Bye Wa, Sa.". belum sempat aku membuka suara, Fahmi hilang sekelip mata dan aku melihat Asha di satu sudut bersama rakan baiknya, Yana.

"Weh Fahmi! Hang nak pi mana?". tanya Nisa dan Nisa mula memandang ke sebelah kiri.

Aku terdiam dan entah kenapa aku merasakan satu perasaan yang tak dapat digambarkan dengan kata-kata. Hanya riak mukaku sahaja menunjukkan aku kecewa. Tanpa membuang masa, aku mengajak Nisa pulang dan Nisa kelihatan mengekoriku sambil menuntun basikal di belakangku.

-------------------------------------------------------------------

"Wehhh. Apa lagi yang kau duk menungkan tu. Kiranya Fahmi suka Asha la noh sampai teruih pi kat dia tinggalkan kita". ujar Nisa. Aku kembali kepada perbualanku dengan Nisa yang sudah aku abaikan sebentar tadi.

"Ya kot." jawabku dengan malas.

"Hang okey Wa?". tanya Nisa yang dapat mengagak riak mukaku yang agak mendung.

"Aku okey jelah. Kenapa?". tanyaku pula.

"Tak ada apa-apa lah." jawab Nisa sambil berlalu keluar bilik.

Aku okey? Aku pun tak tahu Nisa. Aku tidak pasti kenapa aku rasa aku akan lebih teruk dengan perasaan ini nanti. Aku tak mahukan perasaan ini Sa. Omelku di dalam hati lalu memejamkan mata dengan menarik nafas sedalam-dalamnya. Aku mengambil langkah ke meja belajarku dan meneruskan pembelajaranku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience