Bab 1

Romance Series 12104

"Najwaaaa!!!!!" bergema satu bangunan School. School Applied of Social Work, Counseling and Psychology, Universiti Utara Malaysia. Tak lain tak bukan la ni. Si malaun Fahmi Anuar. Aku dan Fahmi belajar di dalam bidang yang sama iaitu Kerja Sosial yang merupakan bidang yang berkaitan dengan kemasyarakatan. Kami berkenalan pada awal semester satu iaitu dua tahun setengah yang lalu. Kami berada di peringkat kedua terakhir semester.

Aku meneruskan perjalanan tanpa mempedulikan panggilan tersebut.

"Waaaa.. Najwaaaa.. Tunggu la doo". Langkah aku terhenti.

"Haa apa? Aku nak cepat ni. Nak ke library". Sambil aku membetulkan tali beg yang hampir terjatuh dari bahu.

"Waa.. Aku lapar. Jom makan". Fahmi menggosok perutnya dengan harapan aku ikot bersamanya.

"Tapii.." tiba-tiba tali begku ditarik.

"Tak payah tapi-tapi, kau kena teman aku. Aku ada benda nak tanya.". aku hanya mengikuti sahaja langkah Fahmi yang sedikit laju dari langkahku.

Cafe Anggerik. Cafe Anggerik adalah cafe pilihan kami setiap kali aku dan Fahmi melepak bersama. Kelihatan cafe tersebut tidak begitu ramai pelajar disebabkan waktu pembelajaran bagi fakulti lain. Fahmi memilih untuk berada di ruang sudut cafe sambil meletak beg sandangnya di atas meja tersebut.

"Kau nak makan apa?" tanya Fahmi.

"Aku kenyang lagi. Aku minum je" jawabku sambil melihat disekitar cafe yang agak sepi.

Fahmi terus menuju ke kaunter untuk memesan makanan dan minuman. Aku hanya menunggu Fahmi selesai membeli makanannya sambil mengeluarkan talifon pintar milikku. Fahmi datang bersama dulang yang sederhana besar dan terdapat mee goreng, burger dan minuman.

"Gila kau! Makan ke apa? Lapar ke weh?" tanyaku.

"Burger ni untuk kau. Sebab teman aku. Haha". jawab Fahmi dengan muka acah-acah gelak jahat. Sengaja untuk menghancurkan dietku. Arghhh aku tak kuat.

"Aku diet la Fahmi. Jangan nak hancurkan diet aku boleh tak?". jawabku dengan muka yang agak berang. Sebenarnya terliur juga. Glupppp.

"Makan saja la, tak baik tolak rezeki. Kau tu kalau dah gemok, gemok kat situ la wei". Ya Muhammad dia niiiii. Memang cari pasal betul. Sememangnya aku agak chubby orangnya berbanding Fahmi yang kurus dan tinggi lampai. Kulitnya sawo matang dan bulu matanya panjang serta lentik seperti perempuan. Aku? Berkulit putih dan terdapat lesung "batu" di kedua pipiku.

"Kau nak tanya aku pasal apa ni?" soalku dengan nada malas.

"Emmm. Kau kenal rapat dengan Asha kan?" tanya Fahmi.

"Asha Fazleen ke? Kenal. Kenapa?". Jawabku. Eh tiba-tiba je malaun ni. Tak pernah tanya pasal perempuan dekat aku selama 3 tahun. Katanya hati terlalu keras untuk perempuan. Hmmmm..

"Aku dah lama usha dia Wa. Aku tak sangka kau kenal rapat dengan dia". jawab Fahmi dengan mulut yang masih berbaki dengan makanan dalam masa yang sama aku hampir tersedak. Uhuk!

"Kenapa? Kau berkenan dekat dia eh?" tanyaku dengan mulut yang agak "annoying". Biar betikkk mamat ni. Selama ni tak pernah usha perempuan. Tetiba je mengaku. Ku bermonolog sendiri.

"Boleh tolong aku tak Wa?". tanya Fahmi dengan muka yang agak serius sambil mengetepikan makanan dihadapannya. Aku dapat mengagak apa yang ingin diperkatakan.

"Apa? Kalau nak suruh aku ejaskan untuk kau, maaf bro! Aku tak berminat". jawabku selamba sambil bermain straw.

"Wa. Tolong la Wa. Plisssss". Dia dah buat muka seposen dia dahhhhhh.

"Kau berkenan, kau usaha sendiri. Aku tak nak masuk campur". jawabku.

"Wa, plisss wa. Aku nak kenal rapat dengan dia macam kau rapat dengan dia sekarang ni." rayu Fahmi.

"Nak kenal dia, selalu la pergi library. Ni tak. Pergi lepak kat cafe ni je. Macam mana nak kenal rapat dengan dia". jawabku. Tapi aku tidak tahu kenapa hatiku berasa kurang selesa dengan apa yang aku cakapkan.

"Ooo, dia kaki buku eh?. Allright! Nanti aku akan ikot kau bila-bila kau nak ke library okey." sambil si malaun ni kenyit mata padaku.

"Gilaaaa! Dah aku nak ke library!". Aku bangun dan mencapai buku serta begku. Tiba-tiba begku ditarik oleh Fahmi.

"Kejap, aku nak ikot". jawab Fahmi dengan gigi yang tersengih yang hampir sama dengan kerang yang membusuk.

"Buat apa? Aku nak cari bahan asigment la ngekk". jawabku.

"Mesti ada Asha kan? Kan aku dah cakap, aku akan ikot kau bila-bila masa kau nak ke library. Dah lupaaa?". jawabnya dengan acah-acah membetulkan rambutnya. Arghh stress aku. Poyo!

"Ikot suka hati kau lah". aku meneruskan langkahku keluar dari cafe manakala Fahmi mengikutiku dari belakang. Aku SEBAL!

Share this novel

ennabt
2020-11-12 14:04:05 

aaaa nk sambungan....


NovelPlus Premium

The best ads free experience