Bab 2

Romance Series 12104

Perpustakaan Sultanah Bahiyah, UUM.
Sebuah library yang terbesar berbanding library universiti-universiti lain di dalam Malaysia. Sebuah library yang menjadi kebanggaan aku dan tempat aku hampir seharian disini. Langkahku tidak mempedulikan si malaun dibelakang yang sedang cuba untuk mengejarku.

"Tunggu la Wa. Dah macam berlari dah aku ni". omel si Fahmi.

"Aku nak cepat, nanti bahan asignment dan thesis aku kena rembat dengan orang lain". rungutku.

Sesudah sampai ke tempat feberetku di library tanpa mempedulikan Fahmi, aku meluru ke rak-rak buku bahagian psikologi setelah aku meletakkan beg di atas meja. Beberapa minit setelah itu. Tanpa aku sedar, Fahmi berada pada rak buku di hadapanku dengan kepala yang agak
melilau ke kiri dan kanan seperti mencari seseorang. Dan! Aku dapat mengagak siapa yang sedang dicarinya.

"Wa, aku tak nampak Asha pun?" . soal Fahmi.

"Entah. Aku ke library bukan semata-mata nak jumpa dia ngek. Dah laaaa. Aku sibuk ni". jawabku tanpa berpaling kepadanya.

Tiba-tiba aku merasakan ada seseorang sedang menarik lengan bajuku.

"Wa wa wa wa.. Asha Wa. Aku pi dulu Wa. Ehem. Bye Wa". kata Fahmi sambil memperbetulkan tali leher bajunya.

Aku mendongak dan melihat ke kiri. Ya! Asha Fazleen. Fahmi dengan pantas menghampiri Asha dan entah kenapa hatiku tidak mampu untuk melihat tingkahlaku Fahmi yang seterusnya, dan aku pergi ke bahagian rak yang lain. Dari jauh aku melihat Fahmi berbual dengan Asha dan kelihatan permulaan Fahmi untuk mendekati Asha berjaya. Asha Fazleen seorang yang sangat lemah lembut dan peramah. Tidak mustahil ramai yang meminatinya. Termasuk Fahmi tanpa aku sedar. Tetapi aku tepis segala perasaan yang membelenggu dalam fikiranku dan aku mula fokus kepada tujuanku ke library.

Setengah jam selepas itu,

"Najwaaaa..".
Aku dapat mengagak suara siapa. Aku berdiam diri dan hanya fokus kepada pembacaanku.

"Wa. Aku keluar dulu eh. I got her number beb". kata Fahmi dengan kenyitan matanya kepadaku.

"Tahniah bro!" mataku kembali fokus kepada buku.

"Aku pergi dulu eh. Apa-apa nanti aku WatsApp kau". kata Fahmi sambil berlalu menaiki tangga. Tanpa mempedulikan Fahmi, aku meneruskan pembacaanku walaupun aku berasa seperti satu tikaman kepada hatiku.

Sedang aku membaca buku-buku yang menjadi rujukanku. Aku disapa oleh 2 orang pelajar perempuan iaitu Yana dan Asha.

"Hii Najwa, dari tadi duk nampak awak kat sini. Amboi kuatnya membaca. Budak dekan ni." kata Yana sambil berseloroh melihat buku-buku dihadapanku. Aku mendongak dan memberikan senyuman kepada mereka.

"Haiiii kuatnya duk usik kitaaa. Haha. Tak ada lah, cari bahan asignment dengan thesis sikit. Kau orang cari bahan juga ke?" soalku dengan melihat Asha dan Yana silih berganti.

"Ya. Tapi buku yang kami nak dah ada orang pinjam. Sedih kan. Hmm" jawab Yana. Asha lebih banyak memerhatikan perbualan kami.

"Eh Najwa. Nak tanya sesuatu boleh?". tanya Asha dengan tiba-tiba.

"Apa Asha? Tanya je". jawabku walaupun aku berasa agak awkward dengan pertanyaannya yang agak misteri.

"Awak rapat dengan Fahmi kan?". soal Asha dan hatiku berasa sesuatu yang sukar diramalkan.

"Rapat la juga. Dari semester 1. Kenapa?". tanyaku.

"Dia okey tak? I mean his attitude." tanya Asha. Yana kelihatannya tersenyum dengan sendiri melihat gelagat Asha yang bersungguh-sungguh bertanyakan hal Fahmi kepadaku.

"Dia okey. Bagus. Baik. Budak pandai. Kenapa Asha? Suka dia eh?". tanyaku sambil ketawa walaupun aku tidak tahu ketawaku itu ikhlas atau sekadar memeriahkan suasana.

"Eh mana ada. Saja je tanya. Haha". jawab Asha sambil ketawa dan pipinya kelihatan merah. Malu mungkin.

"Kalau suka apa salahnya kan Wa?" celah Yana. Sahabat baiknya. Kami ketawa dan ditegur oleh salah seorang pelajar yang berasa agak terganggu dengan perbuatan kami.

"Mana ada la Yana. Aku tanya Najwa je pun. Sebab aku tak kenal sangat Fahmi tu". jawab Asha yang cuba untuk menutup mukanya dengan buku yang dipegangnya.

"Eleley macam la aku tak tahu kau macam mana Asha. Haha". usik Yana sambil memandang jahat kepada Asha.

"Eh takpa la Najwa. Continue your reading. Sorry disturb you Wa." kata Asha. Aku hanya sekadar mengangguk dan senyum kepada mereka. Mereka berlalu dan melemparkan senyuman kepadaku.

Ya Allah. Kenapa dengan hatiku ni. Rasa sakit. Fahmi hanya sahabat aku. Ya, SAHABAT. Aku meneruskan pembacaanku walaupun aku merasakan mood untuk membaca sudah melayang dari tadi. Hmmm.

---------------------------------------------------------------------------

"Baru balik ke oi?" tanya Nisa. Teman sebilik aku. Orang Kulim, Kedah. Dari semester satu sehingga sekarang dia setia menjadi rumetku.

"Ya. Dari tadi ke kau balik?". soalku dengan nada malas.

"Ha ah. Ingat nak ajak hang keluaq petang ni.". kata Nisa yang sedang mengadap komputer ribanya.

"Nak ke mana?" soalku lagi sambil melihat jam di dinding yang menunjukkan pukul 4 petang.

"Jalan-jalan kat tasik ja. Aku bosan la Wa. Jom la. Plissss". rayu Nisa.

"Okey. Bagi aku nak rehat kejap dan mandi. Nak pergi pukul berapa?". tanyaku yang sudah melelapkan mata di katil.

"Pukul6 eh. Teduh sikit." sambil Nisa melihatku

"Kalau aku tertidur kejutkan tau. Jangan kau tidur jugak Sa." kataku sambil gelak.

"Baik mak encikkk". perli Nisa.

Fikiranku bercelaru dengan situasi di library sebentar tadi. Fahmi? Asha? Adakah aku akan hilang seorang sahabat yang selalu dengan aku? Adakah aku tidak akan rapat dengan Fahmi lagi sekiranya mereka berdua rapat? Arghhhh pening. Tanpa aku sedar, aku terlelap.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience