Bab 9

Romance Series 12104

Telefon bimbit berdering hampir 5 kali. Entah kenapa aku tidak mengendahkannya. Aku tahu siapa si pemanggil tersebut. Nasib aku dah perlahankan volume telefonku. Aku mengelamun seketika di koridor kamarku. Hati aku tak keruan dengan pertanyaan Nisa. Adakah dia tahu perasaan aku terhadap Fahmi? Mana mungkin. Aku menyimpan segala perasaan ini serapat yang mungkin. Tidakkkk! Aku tak boleh sukakan Fahmi lebih dari ini. Aku hanya kecewa sahaja. Kecewa dengan sikap Fahmi yang tidak mempedulikan aku sebagai sahabatnya. Ya kecewa! Bukan disebabkan cemburu dengan perhubungannya dengan Asha. Tidak!! "Maaf Fahmi. Give me space". Aku bermonolog sendirian.

Ayah mengetuk pintu kamarku dan aku tersentak dari lamunanku.

"Wa, tak tidur lagi ke?" tanya Ayah dari luar kamarku. Aku membuka pintu dan melemparkan senyuman kepadanya.

"Belum Yah.. Kenapa?". tanyaku.

"Dah hampir 4 hari Wa kat kampung. Wa balik la UUM. Study kamu macam mana? Jangan sebab ibu kamu lupakan pelajaran kamu. Ayah bukan apa Wa. Ibu dah keluar hospital. Ayah dengan Mak Lang kamu ada untuk tengok-tengokkan ibu kamu tu.". ujar Ayah perlahan dengan susunan kata yang tenang.

"Tapi Yah.....".. Belum sempat aku menghabiskan kata, Ayah memotong percakapanku.

"Tapi apa Wa?. Wa ada masalah ke kat sana? Jangan macam tu Wa. Setiap manusia ada masalahnya dan setiap masalah ada penyelesaiannya. Setahu ayah, anak perempuan ayah ni kuat orangnya. Takkan disebabkan masalah, semangat belajar Wa terbang jauh?". kata ayahku dengan pandangan sayu. Bukan itu maksud Wa ayah. Bukan.. Wa cuma risau, risau dengan keadaan ibu. Tapi aku mampu bermonolog di dalam hati seorang diri. Aku melemparkan senyuman dan mengangguk.

"Baik yah. Wa balik UUM. Tapi lusa ya. Esok kita beli tiket dulu ya yah." jawabku.

"Haaa yelah. Pergi lah tidur. Dah hampir pukul12 dah ni. Ayah masuk dulu ya. Assalamualaikum". Ayah berlalu pergi ke kamarnya.

"Waalaikusalam Yah.". jawabku dan kembali menutup pintu kamarku.

---------------------------------------------------------------

"Nisaaaaaaa"

"Nisaaaaa". Nisa terdengar suara yang memanggilnya dan berpaling ke arah suara tersebut.

"Nisa, Najwa mana?". tanya Fahmi. Sesungguhnya Nisa menyampah dengan pertanyaannya.

"Aku dah cakap aku tak tahu. Kau tak faham ke?". jawab Nisa.

"Sa, aku tahu kau tahu keberadaan Najwa. Dia kat mana sekarang?". tanya Fahmi lagi sambil melihat mata Nisa dengan berharap Nisa memberitahunya.

"Maaf Fahmi. Aku tak boleh bagitahu. Kau pergilah layan Asha sana. Kau dah rapat dengan dia kan. Entah-entah kau dah bercintan cintun dengan dia. Aku nampak semalam kau dinner dengan dia dekat cafe DPP MAS. Perghh.. Gempak ah. Sebab perempuan lain hadir dalam hidup kau, kau biarkan roomate aku sendirian. Sahabat ke macam ni bro? Sahabat tak tinggal sahabat dia sesorang la wei. Kau nak bercinta dengan sesiapa aku tak kisah doo. Tapi cara kau salah bro. Kau diibaratkan pentingkan awek dari sahabat yang ada dengan kau dari semester 1 sampai sekarang. Apa perasaan Najwa? Cuba kau cakap kat aku?" ujar Nisa dengan nada yang keras. Fahmi tunduk dan melihat Nisa kembali.

"Aku tak lupa sahabat aku. Aku tak pernah ada niat nak lupa dan pinggirkan sahabat aku. Aku dengan Asha hanya rapat. Kami tak bercinta.". jawab Fahmi.

"Entah la Fahmi. Nanti Najwa balik, kau slow talk lah dengan dia. Dia perempuan. Hati rapuh bro. Dan satu aku nak pesan dekat kau. Perempuan mudah memaafkan tapi bila luka tu ada, tak mungkin dia mampu layan kau macam sediakala.". kata Nisa sambil berlalu.

Fahmi berdiam diri dan menuju ke arah motornya. Dia melihat sebuah cafe berdekatan dan cafe tersebut mengigatkannya kepada Najwa.

~~~~~

"Weh, aku nak tanya sikit". tanya Najwa sesudah menghabiskan sisa makanannya.

"Haa apa?". jawab Fahmi yang leka bermain game dalam telefon bimbitnya yang berhadapan dengan Najwa

"Kalau kau ada awek kan, kau akan lupakan aku tak?". tanya Najwa dengan pandangan yang serius.
"Hahaha. Of course lah". Jawab Fahmi dengan gelak tawa yang jahat.

"Bongok ar. Serius ah". Najwa melempar tumbukan kecil kepada lengan Fahmi.

"Aku takkan lupakan kau pun la. Kau kan girlfriend aku. Kan?" Jawab Fahmi dengan senyuman yang penuh makna.

"Eee. Tak kuasa aku. Aku girlfriend kau? Tak kena dengan taste aku weh. Dah arr. Blah jom". Omel Najwa sambil mengangkat bukunya dari meja batu untuk pulang ke DPP.

"Hahahaha. Weii awattt. Betul la kan. Diorang duk cakap kita couple kot. Okey ar tu.". laung Fahmi dari jauh yang cuba untuk mengejar langkah Najwa.

"Arhhh. Bernanah telinga aku ni. Main-main betul la mamat ni". omel Najwa lagi sambil menyusun langkah untuk ke bus stop.

"Wa, aku takkan lupakan kau walau ada perempuan lain datang dalam hidup aku". laung Fahmi sambil memberhentikan langkahnya yang semakin jauh dari langkah Najwa.

"Wa, aku tak main-main dengan kata-kata aku tadi walaupun kau rasa aku main-main. I really mean it!!". jawab Fahmi sendirian yang memandang susuk tubuh Najwa yang perlahan-lahan hilang dari pndangan.

Lamunan Fahmi tersentak dengan bunyi hon dari kereta lain. Dia mula memakai topi keledarnya dan menaiki motor untuk pulang ke DPP. Dalam hatinya berkata "Wa, aku rindu kau" .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience