Bab 5

Romance Series 12104

Sepasang mata yang sedang memerhatikan aku dengan Fahmi tidak berganjak dari tingkat atas. Aku mendongak dan cuba untuk mencari sekali lagi, tetapi ianya hilang. Telefon bimbit Fahmi bergetar dia atas meja dan aku tersentak seketika oleh kerana getaran tersebut mengejutkan aku. Setelah itu, Fahmi melihatku silih berganti dengan telefon bimbitnya.

"Wa, aku pergi dulu eh. Nanti aku WhatsApp kau." ujar Fahmi setelah mengemas buku dan laptopnya. Fahmi terus meninggalkan aku sendirian di meja itu. Aku terdiam dan cuba untuk menepis segala perasangka terhadapnya.

Dulu, aku dan Fahmi umpama belangkas. Kemana sahaja aku ada, dia pasti ada. Kemana sahaja dia ada, aku pasti ada. Sekarang tidak seperti itu lagi. Tidak mengapalah. Aku faham. Dia pun ada life sendiri. Aku hanya mampu memerhati dari jauh sebagai sahabatnya. Hati perempuan mana yang tidak kecewa. Hati perempuan mana yang tidak sakit. Tipu sajalah sekiranya kau kata kau okey Najwa. Kau pura-pura okay. Sedangkan kau berperang dengan perasaan sendiri. Allahurabbi.

----------------------------------------------------------------------------

"Wa, telefon hang duk bunyi dari tadi." ujar Nisa yang sedang mencari bahan asingment di dalam laptopnya. Aku baru sahaja selesai mandi.

"Kenapa kau tak angkat Sa?". tanyaku sambil meluru ke telefonku.

"Aku tak berani nak angkat. Kang hang maqah nanti". kata Nisa.

"Ayah aku coll. Kenapa ek?". tanyaku. Tiba-tiba sahaja hati aku merasa gundah. Tanpa membuang masa, aku menelefon semula kepada ayahku. Tidak berangkat. Kali kedua. Masih tidak berangkat. Kali ketiga,

"Assalamualaikum yah? Ada coll Wa ke? Maaf la. Wa baru lepas mandi. Kenapa yah?". tanyaku yang agak risau disebabkan ayah tidak pernah menelefonkan berpuluh kali.

"Waalaikumsalam Wa, ayah nak bagitahu saja. Ibu kamu sakit sikit. Sekarang dia di hospital. Tapi dia baik-baik je Wa. Jangan risau ya" .ujar ayahku yang cuba untuk menyedapkan hatiku.

"Apa? Mak sakit? Bila lagi?". tanyaku. Hatiku bagai tak keruan.

"Semalam. Tapi doktor cakap ibu demam biasa saja." aku tahu ayah tipu. Dia tidak mahu membuat aku risau.

"Takkan sebab demam je ibu boleh kena tahan wad yah? Jujur dengan Wa. Kenapa dengan ibu?". rayuku. Air mata mula menitis walaupun aku cuba menahan suara untuk tidak kedengaran seperti menangis.

"Ibu tak sihat sikit Wa. Dia jatuh tangga. Pengsan. Tidak sedarkan diri lagi. Luka di kepala. Tu saja Wa. Jangan risau ya. Ayah boleh jaga ibu". Ayah cuba untuk memujukku untuk tidak terlalu memikirkan keadaan ibu.

"Jaga ibu? Kerja ayah macam mana? Siapa nak jaga ibu kalau ayah kerja?" tanyaku. Tanpa aku sedar, Nisa sudah berada di sisiku.

"Ayah minta cuti. Jangan risau. Wa belajar je. Ayah kena pergi ni Wa. Nanti ayah coll semula". Talian dimatikan. Ibuuu! Itu saja difikiranku. Aku menangis semahu-mahunya. Dia seorang ibu yang tak pernah jatuh sakit. Sakitnya dia tidak pernah tunjukkan kepada aku. Bagaimana keadaannya? Aku rungsing memikirkannya.

"Ibu hang okey?" tanya Nisa sambil menyusap lenganku.

"Dia jatuh tangga Sa. Tak sedarkan diri". ujarku sambil menangis. Hatiku risau. Hatiku tak keruan.

"MashaAllah. Sabar ya. Aku yakin mak hang baik-baik ja nah.". pujuk Nisa.

"Aku rasa aku nak balik kampung la Sa." ujarku sambil mengelap air mata dipipi yang agak tembam.

"Hang pasti? Asigment dan thesis hang belum siap kan?". tanya Nisa sambil memegang tanganku.

"Aku buntu Sa." aku menangis lagi. Aku ingin pulang tetapi dalam masa yang sama aku harus menyiapkan tugasanku. Allah. Jaga ibu untukku.

"Sabar Najwa. Ibu hang akan okey. Ayah hang ada." pujuk Nisa lagi. Aku terdiam dan memejam mata untuk mencari kekuatan.

Ibu, mungkin masa kecil Wa nakal. Mungkin masa kecil Wa degil. Ibu sanggup membanting tulang dengan ayah di sawah. Semata-mata untuk melihat Wa berjaya sampai tahap ini. Wa tiada duit poket, ibu sanggup tak tidur malam membuat kuih dengan kuantiti yang banyak untuk menghantarkan duit jualan kepada Wa. Wa satu-satunya harapan ibu ayah. Jangan tinggalkan Wa. Wa belum cukup bersedia untuk menempuh saat itu. Tanpa aku sedar. Air mataku kembali mencurah. Ibuuu. Wa rindu.

-----------------------------------------------------------------------

Tinggg!

'Wa, kau kat mana? Aku ke taman kau tak ada pun petang semalam. Aku WhatsApp semalam kau tak reply. Kau okey ke?'

WhatsApp dari Fahmi yang ke berapa belas aku pun tak pasti. Bukan sengaja aku tidak membalasnya. Tapi aku terlalu risaukan keadaan ibu sehinggakan aku tidak mempedulikan telefon.
'Aku penat semalam. Aku tidur awal. Aku kat cafe Anggerik'. balas ku.

Ting!

'Orait. Aku OTW' balas Fahmi

Aku biarkan dan menghabiskan makananku yang dari semalam aku tidak makan disebabkan menanti panggilan dari ayah sehinggakan aku terlelap dengan sendiri di meja belajar semalam.

"Hoiii!" sergah Fahmi.

"Bongok la.Nasib baik tak tersedak" omelku.

"Alolo sorry Wa. Ni kau dah siap makan. Tak ajak aku pun eh?". ujar Fahmi.

"Kalau aku ajak kang tak pasal-pasal kau cancel last minit". perliku sambil melihat notification telefonku tanpa mempedulikan Fahmi dihadapan.

"Wow.. Ayat perli dia. Berani matik. Hahaha" gelak Fahmi yang cuba untuk menarik perhatianku.

"Kau nak tahu tak Wa"
"Weh Fahmi".

Serentak! Alamak. Siapa nak mulakan dulu ni.

"Ladies first. Apa Wa?". tanya Fahmi.

"Eh takpe. Kau dulu. Apa benda?". tanyaku.

"Pasal Asha Wa. Aku rasa aku dah jatuh cinta la Wa. Aku suka dia. Tapi aku tak tau dia suka aku ke tak. Kau faham-faham lah. Dia ramai fans. Aku ni apa lah sangat". ujar Fahmi dengan sunguh-sungguh. Aku dapat mengagak apa yang ingin disampaikan oleh Fahmi.

"Oo yeke? Kau pasti dengan perasaan kau?" tanyaku.

"Pasti Wa. Entah lah. Buat masa sekarang aku pendam je dulu. Bila tiba masanya aku bagitahu dia." jawab Fahmi. Hatiku terasa dihempap. Aku cuba memberikan senyuman tetapi aku tahu senyuman itu tidak ikhlas dari hati aku.

"Baguslah. Kau kenal je dulu dengan Asha. Jangan terburu-buru". ujarku dengan senyuman. Allah. Kuatkan aku.

"Haa sekarang giliran kau. Kau nak cakap apa tadi?". tanya Fahmi.

"Tak ada apa lah. Aku lupa". bohongku. Aku tunduk dan pura-pura membuka laman sosial Fac untuk mengawal riak muka ku.

"Betul ni? Hal penting ke?". tanya Fahmi lagi.

"Tak pun. Biasa je". jawabku lagi.

Tingg! WhatsApp dari telefon Fahmi kedengaran. Kemudian Fahmi mendongak dan melihatku.

"Wa, aku minta maaf eh tak boleh nak temankan kau. Aku nak jumpa Asha kejap kat library. Nanti kita jumpa. Aku pergi dulu eh. Assalamualaikum Wa.". Fahmi berlalu.

'Mak aku sakit Fahmi. Aku perlukan semangat dari kau'. hati aku merintih. Walaupun aku tahu kau tidak dengar luahan hati aku sekarang. Tetapi biarlah ianya terlafaz didalam hati aku sendiri. Air mata aku mula bergenang dan aku menahannya. Aku KUAT!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience