Bab 8

Romance Series 12104

Di Hospital, jantung aku mula berdegup kencang. Lutut aku bagaikan hampir longgar dengan setiap langkah yang aku aturkan untuk ke wad ibu. Ayah yang berjalan di sebelah dapat mengagak raut wajahku yang cuba di kawal tenang.

"Ibu tak tahu Wa balik. Ayah tak bagitahu. Sebab ibu tak kasi Wa balik. Tapi Wa berdegil nak balik, ayah tak boleh buat apa". ujar ayah.

Aku memandangnya dengan senyuman.

"Takpa, ibu tak marah kalau Wa balik. Mesti dia lagi sihat nanti". Aku cuba menyedapkan hati sendiri.

Langkah kakiku hampir menghampiri katil yang berada di hujung sudut hospital. Ayah menghampiri di hadapan ku dan aku hanya mengikuti di belakangnya.

"Sue, ada orang datang nak jumpa awak". kata ayahku kepada ibu. Ibu menoleh ke kiri dan matanya melihat susuk tubuhku.

"Ya Allah Najwa. Wa buat apa kat sini. Bila Wa balik?". ujar ibu yang cuba menahan air mata daripada menitis di hadapanku. Aku tidak dapat mengawal kesedihan dengan keadaan ibu pada waktu itu dan aku terus memeluknya.

"Ibuu. Jangan sakit. Wa risau bu. Wa tak tenang belajar kat sana. Wa rindu. Wa sayang. Wa nak ibu sihat macam selalu". luah aku kepada ibu dalam sendu tangisan.

Ibu membalas pelukanku dan mencium dahiku.

"Ibu sihat Wa. Biasala. Sakit itu penghapus dosa. Bukan saja-saja Allah bagi kita kesakitan sementara. Ada hikmahnya." pujuk ibu.

Ayah hanya memerhati dan tersenyum dengan perbuatanku yang agak manja dengan ibu.

"Ibu kena sihat sebelum Wa balik UUM. Selagi ibu tak sihat Wa tak nak balik sana. Wa nak jaga ibu". ujarku dengan mengusap lengan ibu.

"Ish budak ni. Mana boleh. Wa tu belajar. Ayah boleh la jaga ibu. Wa kena fokus belajar. Ibu okey. Sikit je ni Wa". pujuk ibu lagi.

"Noooo. Wa tetap dengan keputusan yang Wa buat. Ibu tak boleh diganti. Belajar boleh di repeat". tegasku.

"Amboiii ayat Wa sekaranggg". perli Ayah sambil melemparkan senyuman.

"HAHAHAHAA" kami tertawa.

------------------------------------------------------------------------

"Mailbox lagi? Wa. Kau pi mana weh". omel Fahmi.

"Wehhh kau buat apa doo tengok fon je. Kau tunggu Asha coll er? Haha". usik Paan. Rakan satu DPP nya.

"Tak lah.". jawab Fahmi dan senyap kembali.

"Kau ada masalah er bro? Cerita ar. Kata kawan". tanya Paan.

"Tak ada apa ah. Aku okey. Aku naik dulu bro". Fahmi mula bangun dan mengatur langkah untuk menaiki tangga.

"Broo. Aku tengok sekarang kau lain macam. Sekejap dengan Najwa. Sekejap dengan Asha. Kau rapat dengan siapa sekarang? Najwa ke Asha? Aku tengok kau banyak berkepit dengan Asha. Bro, aku nak pesan satu je bro. Jangan sebab yang baru, yang lama kita abaikan. Bila perempuan dah makan hati, dia boleh buat kau tak wujud depan kau dalam masa yang singkat walaupun bukan itu yang dia nak. Maaf bro, aku bukan nak busybody. Aku nak kau tahu tu je". ujar Paan dan kemudia berlalu ke parking motor.

Fahmi tersentak dengan kata-kata Paan dan langkahnya terhenti. Fahmi mula bermonolog dalam hatinya "Apa yang aku dah buat sampai semua orang tahu perubahan ni". Fahmi mula mengatur langkah dengan longlai walaupun pada ketika itu kepalanya memikirkan Najwa.

------------------------------------------------------------------------

"Assalamualaikum Nisa, aku dah sampai kat kampung pagi tadi. Aku ada di hospital sekarang ni."

Aku menghantar WhatsApp kepada Nisa untuk memaklumkannya. Tidak sampai seminit, WhatsApp dari Nisa masuk. Tettt

"Wassalam. Alhamdulillah. Ibu hang dah okey ka?"

tanya Nisa.

"Keadaannya dah makin membaik. Cuma masih di tahan dalam wad. Doakan ibu aku cepat sihat".

"Amen Wa. Wa, Fahmi cari hang semalam."

Aku terdiam dan hanya melihat skrin telefon. Jariku berat untuk membalasnya. Aku tahu. Talifonku masuk berpuluh WhatsApp dan panggilan yang tidak di jawab dan mailbox dari Fahmi.

"Wa, kau merajuk dengan dia ka?" tanya Nisa lagi selepas daripada melihat bluetick dariku.

"Tak. Aku okey. Biarlah dia." balasku.

"Aku tahu kau terasa dengan mamat tu. Sabar ya. Adat berkawan. Biasalah. Kau suka dia eh?".

Pertanyaan Nisa kali ni membuat nafasku sesak. Aku mula menutup telefon dan meletakkannya di dalam begku. Aku tak mampu untuk menjawabnya. Aku juga keliru dengan perasaanku sendiri. Maaf Nisa.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience