Bab 5

Romance Series 7483

Ellen melihat sekujur badan yang kini sudah terlantar di atas katil hospital. Doktor kata kedua tapak kaki Asher di jahit dengan 21 jahitan kerana terlalu banyak serpihan kaca yang terbenam, menyebabkan kulit kakinya terkoyak besar.

Nafas Ellen dikeluh panjang. Sungguh dia tak faham apa yang bermain di fikiran lelaki ini.

"Nama kau siapa?"

"Ellen, E-ellen Amelia..." balas gadis berusia 15 tahun itu. Baju yang dipakai sedikit kotor dan terkoyak. Rambutnya juga nampak tidak terurus. Serabai, seolah olah sudah beberapa hari tidak tersentuh air di kulit kepala.

"Kenapa kau duduk merempat dekat sini?" soal seorang lelaki yang nampak lebih tua berbanding dengan gadis tadi. Pakaian berjenama melekat di badan lelaki itu dari atas hingga ke bawah .

"Rumah Ellen dah takda... Papa dengan mama dah buang Ellen... Ellen dah takda sesiapa lagi dalam dunia ni"

Lelaki dihadapannya itu agak tersentak mendengar jawapan Ellen. Namun jelas riak wajahnya dikawal setenang yang mungkin.

"Keluarga lain?".

Kepala digeleng.

"Kawan kawan?".

Gadis itu menggeleng lagi.

"Makcik? Atok? Takkan kau sebatang kara je dalam dunia ni?".

"....".

Lelaki itu terdiam lagi. Satu tangan sasa yang tadinya elok terletak dalam kocek seluar, menghulur pada gadis bernama Ellen itu.

"Jom ikut aku balik..." pelawa lelaki itu mendatar.

"Balik? Tapi Ellen tak kenal awak...".

"Nama aku Asher. Asher Kayden... Sekarang kau dah kenal kan. Jom ikut aku" ajak lelaki itu lagi. Tangannya masih lagi menghulur.

"Taknak lah. Mana tahu awak nak jual organ saya. Tak pun jual saya dekat thailand ke. Saya bukan tahu pun awak ni jahat ke tidak" balas Ellen selamba.

Lelaki yang bernama Asher itu ketawa terbahak bahak mendengar jawapan Ellen.

"Takda maknanya aku nak jual kau.  Tak laku. Agaknya diorang pun tak selera tengok kau" sindir Asher pedas.

"Habis tu..."

"Aku nak kau jadi pekerja aku..."

"Hah?" pandangan pelik terlakar pada wajah Ellen. "Kerja apa?".

"Maid, jadi maid aku... Nanti aku sediakan kau tempat tinggal, keperluan harian dan semua barang barang yang kau perlukan. Aku boleh upah cikgu khas untuk ajarkan kau education yang kau terlepas. Tak payah bayar. Semuanya aku tanggung 100 peratus. Kau cuma perlu jadi maid dekat rumah aku je. Nak?" jelas Asher lagi.

"Maid? Rasanya encik ni dah salah orang... Saya mana lah reti nak buat kerja kerja rumah tu semua. Tak pandai"

"Nanti aku upah orang lain untuk ajarkan kau cara nak jadi maid yang berjaya..." celah lelaki itu semula.

"Kenapa mesti Ellen? Encik ni nampak macam orang kaya je. Kenapa tak upah je maid yang lebih handal. Kenapa nak susah susah kutip saya pastu ajar itu ini...kan lebih senang kalau upah maid yang dah pandai buat kerja"

Lelaki itu sudah mengaru kepalanya sedikit. Mungkin fed-up dengan gadis yang banyak tanya seperti Ellen.

"Sebab kau nampak sangat pathetic... Kau tak patut lalui semua ni. Kenapa aku pilih kau? Sebab kepercayaan tak boleh dibeli dengan mata wang..." balas Asher mendatar.

"Tapi Encik macam tengah nak beli saya je sekarang ni..."

Satu keluhan terlepas dari mulut Asher.

"Kau sanggup ke makan dari tong sampah hari hari? Sanggup jadi pelarian? Sampai bila? Sampai bila kau nak hidup macam ni? Sekurang kurangnya bila kau duduk dengan aku nanti makan minum kau terjaga. Masa depan kau yang kelam tu adalah nampak jugak harapan sikit daripada kau duduk merempat macam pengemis dekat sini... Silap hari bulan memang betul nanti ada yang culik kau untuk jual organ dekat black market" kata Asher selamba.

Pedih.

Kata katanya terlalu pedih.

Menusuk jauh kedalam hati.

"Boleh ke Ellen terima?" tangan sasa yang menghulur padanya itu direnung lama.

"I'm the one who reach out to you first..." balas Asher.

Lambat lambat tangan Asher disambut.

Ellen melihat rumah agam yang terhias diruangan pandangannya.

Mewah.

"Ni rumah awak ke?" soal Ellen dengan mata yang terbuka luas. Mulut kecil itu juga sudah ternganga melihat rumah agam dua tingkat dihadapannya. Kaya gila lelaki ni.

"Aah ni rumah aku. Jomlah masuk.." pintu utama ditolak.

Mereka berdua melangkah masuk ke dalam bersama sama.

"Assalamualaikum..." ucap Ellen perlahan.

"Waalaikummussalam..." balas Asher di sebelah Ellen.

"Hmm? Kenapa awak pulak yang jawab"

"Habis nak suruh siapa yang jawab? Hantu? Tiang rumah?"

"Eh? Dalam rumah besar ni takda orang lain ke selain awak? Awak duduk sorang sorang?"

"Iya aku duduk sorang..." jawab Asher mendatar.

"Keluarga?"

"Diorang tak duduk dengan aku" balas Asher lagi. Kakinya melangkah pada satu bilik yang berada di tingkat bawah. Ellen pula hanya membuntuti langkahnya.

Pintu ditolak.

"Mulai harini. Ini bilik tidur kau..."

"Saya akan tinggal serumah dengan awak ke?" soal Ellen dengan mata yang masih tidak lepas memandang bilik itu. Cantiknya. Luas. Macam bukan bilik untuk pembantu rumah.

"Ya..."

"Takpa ke? Kalau kena tangkap dengan jakim macam mana?" soal Ellen polos.

"Jakim nak tangkap kau nak buat apa? Bagi tanda cop halal dekat dahi? Jais lah bebal.."

Ellen hanya memberikan pandangan yang terpinga pinga.

"Jangan risau hal tu biar aku uruskan. Lagipun aku tak duduk setingkat dengan kau. Aku duduk tingkat atas nanti" balas Asher yakin.

"Takpa ke Ellen kerja dekat sini?" soal gadis itu lagi untuk kali yang kesepuluh.

"Memang aku kan yang suruh kau kerja. Kau jangan banyak soal boleh tak" balas Asher sedikit geram.

"Tanya pun nak marah..." bisik Ellen perlahan.

"Jangan risau. Seperti yang aku kata tadi. Semua makan minum dan keperluan kau, aku yang akan tanggung. Kalau ada apa apa yang kau nak, bagi tahu je aku. Nanti aku akan belikan. Cuma satu je aku minta dari kau..."

Mata Ellen terkunci pada anak mata coklat cair milik Asher.

"Jangan pernah sesekalipun kau terfikir untuk tinggalkan aku. Kau tak boleh pergi dari rumah ni. Walaupun satu hari nanti kau dah mula bosan tinggal dekat sini dengan aku. Kau dah tak tahan dengan perangai aku. Kau tetap tak boleh tinggalkan aku... Memang muka aku kau kena hadap sampai akhir hayat kau. Sebab aku memang takkan lepaskan kau. Dan aku akan jaga kau sampai aku mati. Itu je syarat utama aku. Kau boleh terima syarat tu? " kata Asher mendatar. Wajahnya cukup serius dengan kata katanya tadi.

Lambat lambat Ellen mengangguk. Anggukan yang membawa maksud dia sepunuhnya menjadi tahanan dalam rumah lelaki yang bernama Asher Kayden.

Badannya ditunduk sedikit.

"Baiklah Tuan Asher"

"Ellen..." panggil seseorang sekaligus mematikan lamunan Ellen sebentar tadi. Entah macam mana dia boleh teringat kembali perjanjiannya dengan Asher 7 tahun lepas. Menyesal kah dia? Tak. Tak pernah sekalipun dia menyesali tindakannya untuk menjadi maid di rumah Asher. Malah hidupnya sekarang lebih terjamin daripada dia terus merempat bawah jambatan.

Kepala Ellen menoleh ke arah belakang. Dahinya mula berkerut melihat lelaki yang memanggil namanya tadi.

"Apa Ellen buat dekat sini?" tanya Henri mendatar.

"Henri?..." mata Ellen teralih pada nametag yang dipakai oleh Henri. Kemudian dia melihat pula pada coat putih yang tersarung pada badan jejaka itu.

"Awak doktor dekat sini?" soal Ellen semula.

"Eh taklah, saya memang kerja dalam hospital ni, cuma bukan dekat bahagian wad sini. Tadi saya saja je datang melawat kawan saya, tiba tiba ternampak awak pulak. Awak buat apa dekat sini?" soal Henri semula. Kemudian matanya teralih pada katil di sebelah Ellen.

"Itu siapa?" soal Henri lagi.

"Ni lah Asher, tuan saya yang saya cerita pagi tadi" balas Ellen mendatar.

"Lah dengan dia ni ke Ellen kerja. Kenapa dengan dia? Dia sakit ke?" mata Henri terarah pada kaki Asher yang sudah berbalut.

"Aah dia sakit, entahlah sakit otak agaknya"

Terdengar tawa kuat terlepas dari mulut Henri. 

"Cakap lah betul betul..."

Aik? dia ada cakap main main ke tadi. Betul lah tu Asher memang sakit otak.

"Kaki dia luka terpijak kaca" balas Ellen malas.

"Macam mana boleh jadi macam tu? Teruk ke kaki dia?".

"Teruk kut, 21 jahitan jugak kena dekat dua dua belah tapak".

"Lah yeke... Patutlah saya call tadi termati..." .

"Err... tadi tu tengah busy sebab nak bawak dia pergi hospital" tipu Ellen tenang. Dalam hati tidak putus agar Henri pergi meninggalkan tempat itu cepat cepat. Karang kalau Asher bangun. Tak ke huru hara dunia dia nanti. Si bipolar tu bukannya boleh dijangka.

"Ellen!" panggil seseorang.

Ellen dan Henri pantas menoleh ke arah suara itu.

Thaqid nampak termengah-mengah. Macam tak cukup nafas pun ya. Dahinya yang putih itu jelas nampak peluh mengalir ke pipi. Dia berlari dari rumah ke hospital ke?.

"Asher. Macam mana dengan Asher? Kenapa sampai boleh masuk hospital ni" tanya Thaqid laju. Kakinya sudah diatur ke katil Asher dengan lebih dekat. Jelas riak mukanya nampak risau.

"Ehem.. Saya gerak dulu lah ye Ellen" kata Henri sebelum dia melangkah pergi. Sempat lagi dia menghadiahkan senyuman manis kepada gadis itu.

Ellen hanya memerhati sahaja Henri dari ekor matanya sebelum menoleh semula pada Thaqid.

"Apa dah jadi ni Ell. Kenapa sampai macam ni. Aduh macam mana dia nak kerja kalau dah kaki berbalut serupa mummia ni?" kata Thaqid risau.

"Entahlah Thaqid. Qid sendiri tahu kan macam mana perangai dia bila mengamuk... Ellen tak tahulah nak cakap macam mana lagi" nafasnya dilepas panjang. Wajah Asher yang seakan pucat itu dipandang lama.

Thaqid hanya diam.

"Qid jom bawak Ash pergi psikitaris?" cadang Ellen tiba tiba.

"Hah! Asher tak gila lah. Buat apa dia nak jumpa psikitaris" kata Thaqid semula. Mukanya jelas terkejut mendengar bicara Ellen.

"Qid, psikitaris tu bukan untuk orang gila je. Untuk orang yang sakit. Tapi sakit dari segi dalaman, minda, mental. Faham. Tak semestinya Asher kena gila dulu baru boleh jumpa psikitaris" jelas Ellen mendatar.

"Tak nak lah. Kita guna dulu cara lain. Kalau cara lain tak berkesan baru kita jumpa psikitaris, lagipun Ash takdalah teruk sangat pun sampai nak kena jumpa doktor mental" bantah Thaqid semula.

Ellen sudah menghela nafas panjang. Tak teruk ke benda kalau dah sampai 21 jahitan kena dekat kaki dia.

"Iyalah Thaqid, sukahatilah..." Ellen pasrah. Memang kalau dia membincangkan perkara itu, Thaqid pasti akan mengelak seperti sekarang. Entah apa yang dia takut sangat dengan doktor psikitaris tu. Bukannya kalau Asher pergi jumpa doktor tu, dia terus kena tahan dalam wad mental pun.

Eh? Ke memang betul dia terus kena tahan nanti?.

Ah lantaklah.

" Habis tu macam mana ni sekarang..."

"Teruk ke kaki dia?" soal Thaqid semula.

"21 jahitan..."

Nafas keluhan terlepas dari mulut Thaqid.

"Terpaksa lah dia kerja dari rumah..."

"Asher sebenarnya kerja apa eh? Ell tak pernah tahu pun Ash kerja apa sepanjang 7 tahun Ell duduk dengan dia" soal Ellen semula.

Riak muka Thaqid sedikit berubah namun wajahnya dikawal setenang mungkin.

"Kerja syarikat biasa biasa je" balas Thaqid mendatar.

"Syarikat apa?"

Sekali lagi Thaqid seperti tersentak mendengar soalan Ellen.

"Errr... Syarikat.. Hmm syari-"

"Thaqid dah ada kan. So kau boleh balik" celah satu suara dingin tiba tiba.

Mereka berdua pantas menoleh ke arah suara itu.

"Ash. Kau dah sedar! ish kau ni kenapa sampai boleh jadi macam ni! Tengok kaki kau dah berbalut ni. Macam mana kau nak pergi kerja. Aduh susahkan orang lah kau ni" bebel Thaqid sebaik sahaja dia melihat Asher sudah membuka mata.

Asher tidak menjawab sebaliknya mata dia tajam merenung Ellen di sebelah.

"Balik" arah Asher dingin.

"Tapi..."

"Balik aku kata" nada suara Asher berubah tegas.

Nafas dikeluh panjang. Sampai lah tu penyakit bipolar dia. Lambat lambat Ellen bangun daripada duduknya dan melangkah pergi.

"Kau ni dah kenapa marah dia macam tu, kesian dia tau" marah Thaqid sebelum bahu Asher dipukul kuat.

"Belum sampai masanya lagi untuk dia tahu..." kata Asher perlahan.

Kakinya digerakkan sedikit.

Oh shit ! Sakit siot kaki aku!.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience