Bab 4

Romance Series 7483

Mata Ellen terpaku pada lantai. Darah!. Kaki Asher berdarah. Aduh, nak buat apa ni?.

Ellen mengaru kepalanya yang tidak gatal. Iphonenya yang berada atas meja disimpan semula ke dalam kocek seluar.

'Kacau ah Henri ni. Si bipolar tu baru je nak berbaik baik dengan aku'.

Lambat lambat Ellen bangun dan mula melangkah ke arah stor. Penyapu dan penyodok diambil.

Hal Asher kita ketepikan dulu. Baik dia pergi kemas pinggan pinggan yang dah bersepai dekat lantai. Karang kalau terpijak tak ke naya. Sudahlah Ellen seorang sahaja maid yang ada. Kalau kakinya luka siapa lagi yang hendak mengemas rumah Asher ni.

Udang udang yang kini sudah berterabur atas lantai dipandang sayu. Kesian, tak pasal pasal kena buang. Kan dah membazir. Udang jaman now dahlah harga yahudi.

Habis sahaja Ellen mengemas segala kaca dan kesan darah, kakinya terus sahaja mendaki tangga menuju bilik Asher.

Pintu bilik diketuk.

"Ash... Bukak pintu kejap" pujuk Ellen.

Sunyi.

Tiada jawapan.

Pintu diketuk lagi tetapi kalini lebih kuat sedikit.

"Ash... Bukak lah kejap... Kaki luka kan? Ellen nak rawat ni" pujuk Ellen lembut.

Sunyi lagi.

"Asher?"

Dahi Ellen mula berkerut. Dia ni tidur ke apa?.

"Ash, Bu..."

"Pergilah! Jangan ganggu aku!" celah Asher kuat dari dalam.

Prang!

Kemudian terdengar pula bunyi kaca yang pecah dalam bilik Asher.

Ellen sudah menarik nafas panjang. Tu tak lain tak bukan dia lah yang nak  kena kemas nanti. Kalau tak siapa lagi? Takkan hantu pulak?.

"Ash jangan macam ni... Bukak pintu ni kejap ... Kejap je" laung Ellen kuat.

"Aku taknak diganggu!"

"Bukak lah dulu pintu ni..."

"Aku kata pergi! Pergilah! Kau tak faham bahasa ke? Nak aku cakap bahasa apa? Jepun?" tengking Asher kuat.

Ellen sudah naik darah.

"Doa ake te kure masu ka!" (Boleh tak bukak pintu ni?) kata Ellen sedikit menekan.

Asher yang di dalam bilik terus terdiam.

Ellen yang berada di luar hanya tersenyum. Hah kau pikir aku tak pandai ngomong Japanese ke. Hohoho. Ini Ellen lah. Tak sia sia dia melihat J-drama hari hari.

Lama juga Asher diam tidak berkutik. Mungkin terkejut kerana Ellen pandai berbahasa jepun yang kedengaran seperti slang jawa.

"Ash!" Ellen mula geram apabila tiada sahutan daripada Asher.

"Ash, jangan macam ni..."

"Pergilah! Buat apa kau cari aku! Pergi cari Henri kau tu sana!"

Ellen mengeluh lagi.

"Aku cari kau sebab kau tu tuan aku lah bengong! Henri tu siapa! Dia ke yang kutip aku dulu hah! Dia ke yang jaga makan minum aku selama ni? Dia ke yang bagi aku tempat tinggal? Hah jawablah! Buat apa aku nak cari! Kau tu lebih penting berbanding Henri tahu tak! Bukak pintu ni sekarang!" tengking Ellen kuat. Nada suaranya sudah naik seoktaf. Hilang terus kesabaran yang dipupuk dalam dirinya sejak daripada melangkah masuk rumah agam ini.

" Menjawab! Menjawab! Nak aku tampar kau ke!" balas Asher juga sama kuat dengan nada Ellen tadi. Kemudian terdengar lagi bunyi hempasan barang dari dalam bilik Asher.

Ellen tidak berkata banyak. Telefonnya terus sahaja dicapai sebelum nama Thaqid my saviours didail.

"Hello, Ellen. Ada apa call malam malam ni?" soal Thaqid lembut dihujung talian.

"Thaqid... Tolong Ellen. Ash mengamuk teruk. Kaki dia berdarah tapi dia kunci pintu dari dalam. Ellen tak tahu nak buat apa dah ni" ngadunya. Pintu bilik Asher dijeling sekilas. Manalah tahu bipolar tu ubah fikiran nak bukak pintu. Namun hampa.

"Kunci pendua? Takkan takda?" soal Thaqid semula.

"Takda, kunci tu Asher yang pegang sebab dulu Ellen pernah guna masa dia tengah berkurung, sejak tu memang dia yang simpan... "

Lama juga Thaqid mendiamkan diri. Berfikir agaknya.

"Macam ni lah Ellen... Qid ada satu cadangan..."

Ellen tekun mendengar cadangan Thaqid. Sekali sekala kepalanya diangguk laju sebelum mulut tersenyum lebar. Selesai sahaja mendapatlan khidmat pakar pengendali haiwan buas. Ellen terus sahaja mematikan panggilan itu.

Nafasnya ditarik dalam dalam sebelum dihembus perlahan.

Pintu bilik Asher diketuk lagi.

"Asher, bukak pintu ni..." bicara Ellen lembut.

"Aku kata taknak! Taknaklah! Kau tak faham bahasa ke!" jerit Asher.

"Ouh taknak. Okay, takpalah kalau taknak. Sekarang jugak Ellen keluar dari rumah ni!. Ash dah benci Ellen kan? Dah taknak tengok muka Ellen kan? Halau saya pergi kan? So lepas ni jangan harap awak nak jumpa lagi muka saya. Saya akan pergi dari hidup awak selamanya. Ouh yah alang alang dah pergi tu, saya nak pergi rumah Henri. Manalah tahu dapat kerja jadi maid dekat rumah dia pulak. Sebab Henri nak jumpa Ellen. Rasanya dia suka kut kalau malam malam macam ni Ellen pergi rumah dia. Kan?. Okaylah. Bye bye Asher take care" kata Ellen mendatar. Badannya sudah berpusing ingin melangkah pergi.

Sesaat

Dua saat.

Bam!

Pintu bilik Asher terbukak luas secara kasar.

Tubuh badan Ellen didakap kuat dari belakang oleh sesorang. Kemudian ada satu kepala yang membenam pada bahu Ellen.

"Ellen jangan pergi..."

"Jangan pergi tinggalkan Ash please..." rayu Asher sayu.

Ellen tergamam di tempatnya. Badannya terkaku. Kakinya bagaikan digam pada lantai rumah.

Tangan yang melingkar pada tubuh Ellen sedikit menggigil. Baju di bahagian bahu Ellen juga terasa seperti basah.

Ash.

Dia menangis ke?.

"Ash..." panggil Ellen perlahan. Badannya terkaku seperti tiang. Dakapan Asher sangat kuat. Seolah olah tidak mengizinkan Ellen pergi walau seinci pun dari hidupnya.

"Ellen jangan tinggalkan aku... Jangan... Aku merayu sangat sangat... Please don't leave me... Ash takut. Ash takut bila kena tinggal" rintih Asher lagi. Tangannya masih tidak beranjak walaupun sedikit.

Perlahan lahan mata Ellen mengerling ke arah pintu bilik yang kini sudah terbuka luas. Kemudian matanya terpaku pula pada lantai bilik itu.

Darah.

Lantai bilik Asher penuh dengan darah. Ada satu garisan yang panjang terbentuk.

Dan garisan darah itu berakhir pada tempat di mana Asher sedang berdiri.

"Ash, Ellen tak pergi mana mana lah... Lepaskan dulu badan Ellen" pujuk Ellen lembut. Hatinya mula risau melihat darah yang semakin membentuk pada kaki Asher.

Asher masih lagi kekal dengan posisinya seperti tadi.

"Ash..."

"Ash, kaki awak berdarah tu... Lepaskan badan Ell. Saya rawat dulu kaki awak eh"

"Taknak... Kalau aku lepaskan nanti kau pergi dekat Henri..."

"Ash..." panggil Ellen lagi. Ya allah macam pujuk budak 5 tahun. Padahal umur dah 25 tahun.

Tiba-tiba kaki Ellen merasakan seperti disirami dengan cecair hangat. Matanya laju memandang ke bawah.

"Ash! Kaki awak.. D-darah... "

Asher yang tadinya masih mendakap badan Ellen terus memberat sebelum terjatuh rebah ke lantai.

Ellen jelas terkejut melihat Asher yang sudah terjelopok atas lantai.

"Ash! Ash! Asher bangun!" pipi Asher dia tepuk sedikit.

Tiada balasan. Bibirnya juga sudah bertukar pucat.

Ellen pantas sahaja mengambil kotak kecemasan yang berada dalam bilik asher. Kain pembalut dicapai sebelum dibalut pada kaki jejaka itu. Darah yang mengalir perlu diberhentikan.

Jelas Ellen terkejut melihat kaca yang tercacak cacak pada tapak kaki Asher. Seriuslah? Macam mana Asher boleh berdiri lama memeluk dirinya sebentar tadi sedangkan kaca itu terbenam dalam kulit kaki Asher. Dia takda deria sakit ke?.

Namun semua persoalan itu diketepikan. Nyawa Asher lebih penting sekarang ini. Selesai sahaja Ellen membalut. Iphone di dalam poketnya terus dikeluarkan sebelum tangan laju mendail nombor kecemasan.

Selang lima belas minit. Ambulans datang ke rumah Asher. Lelaki itu segera diangkat untuk dibawa pergi ke hospital.

Beg duit dan kad pengenalan Asher diambil. Sempat lagi mata Ellen mengerling pada bilik Asher yang kini sudah penuh dengan darah seolah olah baru berlakunya satu pembunuhan.

Nafas dikeluh panjang.

'Thaqid, Asher masuk hospital... '

Ellen menghantar mesej kepada Thaqid sebelum pintu rumah ditutup dan dikunci.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience