Bab 8

Romance Series 7483

Aku tahu setiap manusia di muka bumi ini diciptakan hidup berpasangan. Dan aku juga tahu yang Si Fasya ni girlfriend kau Ash. Tapi tak payahlah korang berdua mengotorkan mata suci aku dengan adengan suap menyuap depan mata aku.

Naik bernanah mata aku tahu tak. Kalau ada air yassin dah lama aku cuci guna air yassin biji mata aku ni.

Yang Si Asher ni pun satu.

Dah ada si badut ni meneman kau apahal nak suruh aku duduk tercongok dekat sini jugak.

Sengaja nak bagi aku jeles ke apa?

Aduh masalah betullah bipolar ni.

Tak reti hormat orang single betul.

Jap, apasal aku pulak yang sakit hati lebih lebih ni?.

Chicken grill dalam pinggan aku, aku potong laju laju. Sampai hancur dibuatnya daging ayam tak bersalah tu. Sehancur hancur mood aku saat ini.

"Sayang say ahh" kata Fasya sambil menyuap Asher cebisan ayam yang sudah dipotong. Asher pula sebagai seorang lelaki yang gentelman dan berkarisma membuka mulutnya menerima suapan Fasha.

Oh tuhan aku harap Asher tersedak.

Dan aku tidak sangka doaku termakbul apabila Ash betul betul tersedak. Terbatuk batuk dia tak cukup nafas.

Sengihan jahat aku terukir. Padan muka kau Asher.

"Sayang! Sayang tak apa apa ke?" Fasya panik melihat Ash yang seperti mahu mati kerana tersedak ayam dia suap tadi.

Tulah gatal sangat kan sibuk nak bersuap bagai.

"Air... Air"

Laju Fasya mencapai gelas air masak sebelum dihulurkan kepada Asher.

"Lain kali makan guna tangan sendiri,kan dah tersedak" perlian aku mengundang jelingan mata si badut bernama Fasya.

Ah lantak. Kau pikir aku kisah kau nak jeling jeling aku?.

Kami meneruskan makan seperti biasa. Dan Fasha tidak lagi berani menyuap Ash setelah dia tersedak sebentar tadi. Takutlah tu boyfriend dia mati.

Sedang aku mengunyah, tiba-tiba telinga aku terdengar bunyi seperti seseorang membuka kode sekuriti di pintu rumah.

Sesaat selepas itu muncul pula wajah Thaqid yang nampak seperti seorang ibu kehilangan anak beruk. Lapisan lapisan di dahinya jelas terbentuk.

Apahal dia ni? Dah berjangkit dengan perangai kawan kau ke apa?.

"Fasya! Berapa kali abang nak kata. Jangan ganggu Ash! Kan abang kata dia tengah sakit! Dia tak datang pejabat sebab nak rehat dekat rumah yang kau pulak sibuk nak datang sini. Balik rumah sekarang!"

Ayam dalam mulut aku hampir tersembur ke muka Asher apabila mendengar ayat Thaqid.

What the fuwk!

Wajah badut Fasya dengan wajah Thaqid aku pandang bersilih ganti.

Si badut ni adik Thaqid?. Woi woi sejak bila Thaqid ada adik? Kenapa selama ni dia tak pernah bagi tahu aku pun.

"Apa abang ni. Adik datang nak lawat abang Ash je takkan tak boleh" macam biasa, Fasya sudah membuat muka dia yang menjijikkan tu.

"Masalahnya kau tu selalunya buat masalah dekat Ash. Rimas Ash tahu tak! Jom balik! Tak payah nak duduk rumah orang lama lama. Ingat sikit kau tu anak dara" kata Thaqid semula.

Aku dan Asher hanya diam memerhati dua beradik itu bertekak.

Aku memandang wajah kacak Thaqid. Bagaikan arang dengan berlian Si Thaqid dengan Si Fasya ni tahu tak. Jauh beza betul muka diorang. Dan semestinya berlian itu adalah Thaqid. 

Eh wujud ke peribahasa tu?.

Ah mana aku tahu aku tak pergi sekolah.

"Eish! Tak suka lah macam ni!" Fasya terus mengambil beg kecilnya yang terletak di sofa ruang tamu sebelum berlari keluar dari rumah seperti drama hindustan yang aku selalu tengok dekat iphone x aku.

Cuma bezanya drama ini, tiada Salman Khan mahupun Shahrukh Khan yang mengejar Fasya di belakang.

Juga tiada iringan lagu yang menjadi sebab satu drama itu menjadi 2 jam hanya kerana berjoget.

"Sorry Ash, sorry Ell. Mesti adik aku kacau korangkan. Biasalah, dia tu umur baru masuk 20 tahun . Umur umur macam tu kan tahu nak memberontak je  kerja dia" kata kata Thaqid menyebabkan mata aku terbeliak besar.

Hah? Fasya baru 20 tahun?. Apasal dia nampak lebih tua daripada aku. Maknanya tadi aku kena buli dengan budak budak ke ?. 

Siot betul, Memalukan sungguh.

Aku melihat pula wajah bersahaja Asher yang sibuk mengunyah chicken grill seperti tiada apa apa yang berlaku.

"Tadi awak kata Fasya tu girlfriend awak?"

"Betul lah tu. Girlfriend, kawan perempuan. Adik Thaqid tu aku anggap macam kawan aku je" balas Asher tanpa rasa serba salah.

Eeiii bagusnya perangai si bipolar ni cium cium anak dara orang.

"Okaylah Qid pergi dulu. Korang sambunglah makan semula" Thaqid sudah melangkah semula ke arah pintu rumah.

"Taknak makan sama ke Qid? Banyak ni Ell masak" pelawa aku ikhlas.

"Takpa takpa, lain kali je. Nak hantar Si Fasya tu balik rumah. Karang entah ke mana mana dia pergi nanti" habis sahaja berkata Thaqid menutup semula pintu rumah dengan rapat.

Maka dengan tertutupnya pintu itu, suasana di meja makan kini kembali sunyi sepi. Malah cengkerik juga sudah mula membuat band di luar rumah.

Asher pula elok sambung makan tanpa berkata apa apa. Aku pun diam jelah sebab takda topik nak berbual. Yang sebenarnya aku malas nak berborak dengan dia. Takut mood dia tak okay. Maklumlah, nak berborak dengan Asher ni macam kena jadi ahli kaji cuaca. 

"Diam je kau? marah aku lagi ke?" aku rasa dah berpuluh kali ayat itu dilontarkan ke aku. Sampai dah tak terkira guna jari.

Malas nak bertekak aku pun pura pura lah membetulkan suara sedikit.

"Fasya tu suka awak ke?" soal aku perlahan.

"Tak lah, dia memang macam tu. Gedik gedik manja" balasan Asher mengundang keluhan nafas panjang dari aku. Nasib mood Asher okay.

"Kenapa? Kau jeles eh?" soal Asher bersama kening yang dinaikkan sebelah.

"Ey, tak kuasa nak jeles" laju mulutku menjawab tanpa memikirkan perasaan si bipolar ni.

Tapi nasib baik Asher pun macam tidak kisah dengan kata kata aku. Dia sedar kut yang dia memang tak layak untuk dijeleskan.

Kemudian masing masing senyap semula. Kitaorang memang macam ni kalau baru lepas gaduh. Masing masing diam. Kalau tak ada je mulut aku nak menanya itu ini. Borak tentang drama hindustan lah. Bincang pasal politiklah. Kutuk budak raver tiktok lah.

"Ell pasal psikitaris tu," aku mengangkat muka. Wajah datar Asher aku renung.

"Kalau aku pergi, kau ikut teman aku boleh?" mulut aku tersenyum lebar.

"Boleh, bila kita nak pergi" soalku laju.

"Ermm, lepas kaki aku baik" jawabnya perlahan.

Aku mengangguk laju. Tiba tiba aku terasa macam seorang ibu yang telah berjaya memujuk anaknya pergi ke sekolah.

I'm a proud mom.

Aku tak sangka buat pertama kalinya si bipolar ni setuju dengan cadangan aku. Hampir 3 tahun aku menyuarakan cadangan ni ke Thaqid tahu tak? semuanya ditolak mentah mentah. Nanti boleh aku bagi tahu ke dia.

"Tapi dengan satu syarat..." kata kata Asher menyentak lamunan aku.

"Jangan ada hubungan langsung dengan Henri.."

Share this novel

Monalissa Lissa
2021-08-03 14:19:00 

tasya sambung boleh


NovelPlus Premium

The best ads free experience