Bab 3

Romance Series 7483

3rd person POV

Ellen melihat Asher dari atas ke bawah. 'Dia ni dah kenapa tiba tiba nak tunjuk penyakit bipolar dia tu. Rasanya aku takda buat salah apa apa'  desis Ellen.

"Aku tanya, kau dari mana hah?" soal Asher lagi sekali tetapi kalini dengan nada yang lebih meninggi. Tangannya juga sudah mencekak di pinggang.

"Pasarayalah, kan saya kata nak pergi pasaraya tadi beli barang dapur. Awak yang izinkan" balas Ellen mendatar. Kakinya sudah terpaku ke lantai seperti tiang dengan beg plastik yang masih dijinjing di tepi pinggangnya.

"Aku bagi kau pergi beli barang! bukan pergi melepak dengan jantan tah siapa siapa yang kau jumpa dekat pasaraya tu!" kata Asher dengan suara yang semakin meninggi dari setiap patah perkataan.

Ellen jelas menunjukkan riak wajah yang terkejut. Macam mana Asher boleh tahu yang dia minum dengan Henri tadi. Nak kata dia dekat pasaraya tu jugak macam tak. Kerana sepatutnya ini masih lagi waktu pejabat Asher.

"Kau jangan buat muka bodoh depan aku boleh tak Ellen!" jerkah Asher kuat.

Ellen sedikit tersentak apabila ditengking oleh Asher.

"Apa awak cakap ni? Saya tak faham lah..." dalih Ellen.

Asher menunjukkan satu gambar di dalam telefon bimbitnya. Satu gambar lelaki yang sedang bergelak tawa dengan seorang perempuan iaitu Ellen.

Terbuntang luas mata Ellen melihat skrin telefon Asher. Macam mana gambar ni boleh wujud. Tak. Persoalan utamanya di sini siapa yang mengambil gambar mereka berdua?. Anak buah Asher? Thaqid ke? Ke pekerja Asher?. Asher ada upah mana mana spy untuk memerhatikan setiap gerak langkah dia ke?.

"Kau nak kata apa sekarang hah? Kau nak kata apa!"

"Jadi apa salahnya? Salah ke saya nak berkawan dengan orang lain. Kenapa pulak nak marah lebih lebih ni?" balas Ellen berani. Kakinya terus melangkah ke arah dapur mengabaikan Asher yang sudah kepanasan di hadapan pintu rumah. Lantak kau lah badut, malas aku nak layan.

Namun baru sahaja Ellen meletakkan beg beg plastik pasaraya di atas meja dapur tangannya kuat direntap dari arah belakang.

"Siapa dia?" soal Asher dingin. Matanya tajam merenung wajah Ellen.

"Siapa apa?" Ellen juga sepertinya sudah naik rimas dengan perangai Asher.

"Siapa jantan tu! Kau jangan pura-pura bodoh boleh tak!" tengking Asher kuat.

"Nama dia Henri! Hah kenapa! Nak autograph dia ke? Sibuk nak menanya itu ini. Busy body betul! " balas Ellen berani.

"Lepaslah! Sakit tahu tak!" tangan Asher ditepis kuat sebelum pergelangannya digosok secara lembut. Cengkaman Asher tadi amat memeritkan.

"Aku tak suka... Mulai harini kau jangan ada apa apa hubungan lagi dengan dia" kata Asher dingin.

"Awak ni kenapa! Apa salah saya? Saya cuma nak berkawan je dengan Henri, tak lebih dari itu pun, takkan itupun salah, takkan saya tak boleh nak berkawan dengan sesiapa langsung. Apa? Awak pikir saya ni hak awak ke apa?" balas Ellen semula.

"Kau memang hak aku! Bak henpon kau" tangan Asher menghulur keluar. Muka dingin ditayang.

Ellen tidak bergerak. Dia terkaku seperti tiang. Ingin saja saat ini dia memukul dan merobekkan muka syaitan Asher. Namun kewarasannya masih dikekalkan.

"Aku kata bak henpon kau!" terus poket seluar Ellen diraba sebelum telefonnya dibawa keluar dari dalam secara paksa.

"Awak nak buat apa ni?" membulat Mata Ellen melihat Asher yang sudah membuka iphonenya.

Asher tidak membalas. Tangannya laju memadam nama contact yang tertulis Henri(Airel) dalam telefon Ellen. Kemudian telefon itu dicampakkan ke atas meja makan dengan kasar.

"Mulai harini aku taknak dengar kau sebut nama jantan lain depan muka aku, Faham!" kata Asher tegas dengan jari telunjuk yang tepat menunding pada wajah Ellen. Kaki terus melangkah ke arah pintu sebelum dihempas dengan kuat. Jelas bunyi bergema memenuhi ruangan rumah.

Ellen pula sudah terpinga-pinga di tempatnya. Dia bagaikan terkeluar sebentar daripada realiti hidupnya tadi. Apakah? Apakah yang sedang berlaku?.

"Dia balik sebab nak marah aku pasal tu je? What the fish in the hell betullah. Dasar bipolar!" kata Ellen sendiri. Muka jijik ditayang sebelum iphone x-nya yang berada atas meja dicapai dan dibelek laju. Kenalan yang tadinya setelah 7 tahun bertukar menjadi nombor 3 kini kembali pada nombor yang asal iaitu 2.

Si Bipolar(Gila) dan Thaqid (my saviours) .

Nafas dikeluh panjang. Apa bendalah masalah Asher ni sebenarnya. Entah apa yang nak dianginkan sangat tak tahulah. Bukannya dia pergi tidur rumah Henri tu pun. Minum sama sama je. Itupun jadi masalah ke?.

Ellen menggelengkan kepalanya perlahan.

Telefon itu disimpan semula ke dalam poket seluar. Satu persatu barangan dapur dikeluarkan dari dalam beg plastik dengan hati yang berkecamuk.

"Agaknya dah boleh start kut plan masukkan racun tikus dalam makanan dia ni" ngomel Ellen sendiri.

Tangannya licah mengupas dan mencincang bahan bahan untuk masakan petang Asher.

Tepat pukul 6 petang pintu rumah agam itu dibuka oleh seseorang. Ellen yang sedang melihat youtube di iphone-x nya terus menoleh.

Sesaat.

Matanya memandang semula pada skrin telefon.

Asher berjalan mendekati meja makan sebelum kerusi di hadapan Ellen ditarik. Punggungnya dilabuhkan.

"Hmm masak apa ni? Sedapnya bau" kata Asher dengan nada yang cukup ceria. Jauh beza dengan Asher yang menengking Ellen 6 jam yang lalu. Beg kerjanya diletakkan ke kerusi sebelah.

"Masak udang buttermilk dengan sayur sawi" balas Ellen mendatar. Mata masih lagi tidak lepas memandang iPhone nya. Sakit hati tahu tak!. Ingin saja dicarut-carutkan manusia di hadapannya saat ini.

"Ellen dah makan? Jom makan sekali" ajak Asher dengan tangan yang sudah melipat lengan baju kemejanya hingga ke siku. Dia kemudian membasuh tangan menggunakan air yang tersedia di atas meja.

"Takpa. Awak makan lah dulu. Kejap lagi saya makan"

Senyuman Asher mati. Wajah datar Ellen dipandang dengan renungan redup.

"Kenapa ni? Ellen marah Ash lagi ke?" soal Asher lembut.

Tangan Ellen yang memegang telefon itu makin kuat menekan. Giginya digetap kuat. Hatinya panas mendengar bicara Asher. Sekarang boleh pulak nak cakap lembut lembut. Tadi ditengking tengking. Aku ni patung?. Diherdik sesuka hati. Pikir aku takda hati dan perasaan ke?. Pikir kau sorang je yang ada hati?. Aku guna guni?.

Tiba-tiba tangan Ellen disentuh lembut oleh seseorang. Terus wajahnya diangkat.

"I'm so sorry Ellen. Ash tahu tadi salah Ash sebab tengking Ellen. Padahal baru je pagi tadi aku janji nak kawal baran aku. Aku tahu aku dah melampau. Aku minta maaf..." kata Asher sayu. Mukanya penuh dengan pengharapan, berharap agar Ellen memaafkannya.

Ellen menghela nafas panjang. Tangan Asher dilepaskan secara perlahan-lahan.

"Bagi tahu Ell. Apa salah Ell kalini. Kenapa saya kena herdik tengahhari tadi? Macam mana awak tahu yang saya berjumpa dengan Henri. Macam mana awak boleh dapatkan gambar tu... Awak pasang spy ikut Ell ke?" soal Ellen mendatar. Wajahnya sudah tidak semasam tadi. Telefonnya juga diletakkan ketepi untuk memberi perhatian penuh kepada Asher.

"Gambar tu pekerja aku yang tangkap, dia tunjuk pada aku. I just can't. Otak aku kuat mengatakan yang kau nak pergi tinggalkan aku satu hari nanti. Otak aku kata Henri akan rampas kau daripada aku. Bila aku tengok gambar tu lama lama aku jadi takut. Aku takut kalau apa yang otak aku kata tu akan jadi kenyataan. Aku takut kau akan pergi tinggalkan aku. Aku dah takda sesiapa lagi dalam dunia ni. Hanya ada kau dan Thaqid je. Please Ellen. Forgive me. I'm so sorry. Aku tahu perangai aku teruk. Baran tak kena tempat. Selalu tengking tengking kau... Tapi tu semua sebab aku takut kalau korang berdua jauhkan diri dari aku...aku takut kalau satu hari nanti semua orang pergi tinggalkan aku.. " terang Asher panjang lebar.

Ellen terkedu mendengar luahan hati Asher. 'Sah. Sah mamat ni bipolar. Tak bipolar, mental. Aku tak kira! Esok aku nak pujuk Thaqid bawak dia pergi hospital jugak!' desisnya.

"Kan saya dah kata, saya takkan tinggalkan awak. Kenapa susah sangat nak percaya cakap saya? Lagipun saya nak pergi mana? Saya ada tempat ke nak pergi?" soal Ellen mendatar. Mata Asher direnung tanpa berkelip.

Asher hanya diam menikus.

Timbul rasa serba salah dalam jiwa Ellen apabila melihat wajah serba salah Asher. Umpama dia pula yang memarahi tuannya. Sudahlah Asher itu yang menjaganya daripada dulu lagi.

"Dah, jom makan. Takpayah nak sendu sendu" ajak Ellen sekaligus mematikan suasana yang mula terasa janggal. Pinggan di hadapannya diisikan nasi sebelum tangan pantas mencapai senduk untuk menceduk lauk.

Muka Asher kembali ceria melihat Ellen yang ingin makan bersamanya.

"Kau dah tak marah aku kan?" soal Asher dengan mulut yang tersenyum lebar.

"Makan jelah... Nak marah marah nak ke mana" balas Ellen mendatar. Walaupun hatinya masih lagi sakit dengan perbuatan Asher tengahhari tadi. Tapi takpalah. Lupakan sahajalah. Nak buat macam mana. Perangai Asher memang macam tu.

Asher terus menjamah makanannya semula.

"Hmm sedap lah.." puji Asher ikhlas.

"Sedap an... Jarang ah Ellen masak tak sedap..." balas Ellen riak. Kemudian mereka berdua tergelak bersama.

Namun baru sahaja Ellen ingin menyuap nasi ke dalam mulut, telefonnya berdering. Matanya terus menjeling telefon disebelahnya sebelum wajah bengang Asher pula dipandang.

Shit. Asher dah mula nak marah.

"Angkat. Loudspeaker" arah Asher dingin. Hilang senyuman di mukanya. Mulut Asher juga sudah berhenti mengunyah.

Argh matilah aku!.

Ellen menelan air liurnya beberapa kali. Namun air liurnya terasa seperti tersekat dikerongkong. Matanya melirik pada skrin Iphonenya. Dia pasti nombor yang tiada nama itu adalah nombor telefon Henri. Perlahan-lahan Ellen menekan butang hijau dan butang loudspeaker.

"Hello Ellen. Ni saya Henri. Saja je saya call ni nak tanya khabar. Ellen dah makan?" soal Henri lembut yang berada dihujung talian.

Prang!

Habis segala pinggan ditepis ke tepi . Semuanya pecah berderai di atas lantai. Asher tidak berkata apa apa dia terus sahaja bangun dan melangkah pergi dari meja makan dengan wajah yang sukar untuk ditafsirkan.

Ellen cepat cepat mematikan panggilan Henri. Hatinya gusar. Tangannya sedikit menggigil kerana terkejut dengan perangai bipolar Asher yang sudah kembali. Matanya menoleh pada bayang lelaki itu yang sudah hilang di balik tangga rumah. Dia kemudian melihat pula ke lantai yang kini sudah bersepah dengan kaca pinggan yang sudah bersepai.

Namun mata Ellen membulat besar apabila melihat sisa sisa cecair bewarna merah yang berbentuk seperti tapak kaki tercorak pada lantai putih itu.

Ash! Kaki Ash berdarah!.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience