Prolog

Romance Series 7483

Jendela kaca dibuka luas. Tirai yang semalaman menutup tingkap itu aku tarik dan ikatkan ke penyangkut tepi. Udara disedut dalam ke ruangan peparu sebelum ku lepaskan perlahan-lahan.

Ah segarnya. Cuaca hari ini pun terasa nyaman.

Penyapu yang tadinya aku sandarkan pada dinding dicapai semula dan mula menyapu diseluruh lantai rumah agam ini.

Rumah yang aku tengah menyapu ni sebenarnya terlampau besar, sekali pandang macam rumah, dua kali pandang macam gedung. Kalau tiga kali pandang entah entah bertukar pulak jadi dewan. Ah lantaklah yang penting besar.

Pulak tu rumah besar besar macam ni korang percaya tak kalau aku kata aku sorang sahaja maid yang ada, percaya tak? Percaya atau tak kau tetap kena percaya jugak. Sebab tu kenyataan.

Jadi kalau kau nak tahu untuk sapu rumah gudang ni sahaja sudah habis 2 jam masa aku. Itu belum termasuk lagi lap tingkap, mop lantai, kebas habuk habuk atas almari, lap perhiasan perhiasan yang ada dalam rumah ni, kemas bilik bilik tetamu dan bilik Tuan Asher lagi. Fuh jenuh beb. Bilik tetamu kemain lagi banyak entah nak jemput siapa entah. Hantu agaknya.

Jadi separuh daripada masa aku setiap hari akan terhabis untuk membersihkan rumah sahaja . Bila dah siap mengemas, aku akan memasak pula masakan untuk Tuan Asher. Kau rasa?.

Sebelum aku membebel dengan lebih panjang lagi, mesti korang semua tertanya tanya siapa nama aku. Nama aku Ellen , Ellen Amelia. Mesti nak kata nama aku glamour an? An? An?. Tahu dah.

Tapi tak perlu risau nama aku sahaja yang glamour kalah anak dato tapi hakikatnya aku cumalah seorang maid yang diupah oleh Tuan Asher.

Siapa tuan Asher? . Dia lah lelaki yang telah mengambil aku sebagai orang gaji untuk rumah dia yang besar gila bapak ni. Pulak tu dia upah aku sorang sahaja untuk membuat semua kerja rumah. Kadang-kadang aku sendiri keliru dia ni sengaja nak buli aku ke apa?.

Tapi walau macam mana sekalipun aku tetap bersyukur, sebab Tuan Asher ialah orang yang telah selamatkan aku daripada merempat tepi jalan. Merempat ye bukan merempit. Aku rasa kalaulah Tuan Asher tak kutip aku, memang sampai ke hari inilah aku masih lagi menyelongkar tong tong sampah belakang kedai hanya demi sesuap nasi untuk mengalas perut. 

Sebenarnya aku membebel dengan siapa ni?. Hmmm.

" Fuh , lantai dah bersih , lepas ni boleh mop pulak" lantai yang berwarna putih itu ku pandang dengan bangga. Penyapu tadi aku letakkan semula di dalam stor sebelum batang mop pula dicapai laju. Nak kena cepat, kalau aku lambat nanti Tuan Asher mengamuk ,kalau dia dah bad mood nanti aku jugak yang susah. Dia ni kalau badmood kalah perempuan tengah period. Hormon tertukar kut. Entahlah.

Berbalik pada pembebelan aku tadi . Tuan Asher aku ni perangai sikit. Selama 3 tahun aku berkerja menjadi suri rumah , eh salah menjadi orang gaji rumah, perangai dia lah yang paling tak boleh aku nak jangka. Kalau harini perangai dia macam malaikat , esok mungkin macam syaitan. 

Aku tak tahulah apa punca mood dia boleh berubah-ubah macam musim cuaca. Cuba kau bayangkan , pernah satu hari tu aku masakkan steak untuk dia. Baru sesaat dia puji aku melambung tiba tiba dia pergi hempas steak tu atas meja. Tak ke perangai namanya tu?.

Aku sendiri pelik dengan sikap dia yang tak menentu tu. Nak kata gila macam tak. Kalau dia gila aku lah orang pertama yang akan lari dulu. Taknak aku cari nahas duduk sini lama-lama. Karang kalau tiba-tiba dia cucuk aku guna pisau tak ke naya.

Sedang aku mengemop lantai tiba-tiba telingaku menangkap satu suara yang mengeluh kesakitan di ruang tamu hadapan. Kaki aku terus melangkah laju untuk melihat siapakah gerangan suara itu tadi.

"Aduh,.... Ellen. Kenapa tak letak papan tanda mop. Sakit punggung aku tahu tak..." adu seorang lelaki yang memakai baju berkemeja hijau gelap. Tangannya sibuk mengusap-usap punggungnya yang agak leper tu.

Aku kenalkan ini lah Thaqid. Thaqid ni sebenarnya dikira macam pembantu peribadi Tuan Asher lah . Kehulu kehilir melekat macam belangkas. Sampaikan aku yang tengok ni pun boleh naik rimas . Selain daripada aku,Thaqid juga adalah salah seorang yang bebas keluar masuk rumah agam ni.

Antara aku dengan Thaqid , Thaqid lagi lama bekerja bawah Tuan Asher dan dia juga merupakan salah satunya sahabat Tuan Asher daripada kecil. Itu yang diberitahu oleh Thaqid sendiri lah, tak tahulah pulak kalau dia menipu aku.

"Sorry , Ellen baru je start mengemop ni. Ingatkan Thaqid tak datang tu yang tak letak papan" balasku selamba membuat alasan.

Thaqid yang berada dalam kesakitan itu terus melangkah ke arah sofa sebelum melabuhkan punggungnya.

"Takpalah benda dah jadi. Ni mana Asher? Tak nampak pun" soal Thaqid mendatar. Mata meliar ke arah tangga rumah yang terletak ditengah tengah ruang tamu.

"Dia belum bangun lagi..." datar ku sebelum menyambung kembali mengemop lantai. 

"Aik belum bangun?. Dah pukul 8 dah ni.." balas Thaqid sambil melihat jam berjenama Rolex ditangannya.

"Entah .. Kau pergilah tengok dia dekat atas tu. Entah entah pengsan tak pun dah mati" balasku celupar. Celupar an mulut aku? Ah kisah apa. Aku masih sakit hati lagi pasal hal semalam.

Thaqid tersengih sehingga nampak giginya yang putih bersih. Macam pelakon iklan colgate pun ya.

"Bad mood je kau ni? Dia buat perangai ke semalam?" tanya Thaqid semula. Thaqid sendiri sudah masak dengan perangai Asher yang berubah tak menentu tu. Aku syak Si Asher tu ada penyakit Bipolar tahap kronik. Tapi tiap kali aku cakap dekat Thaqid nanti mesti dia gelakkan aku. Dasar Thaqid betul.

"Entahlah" balasku tiada mood. Tangan laju mengemop lantai.

Thaqid dan aku beza hanya 2 tahun manakala aku dan Asher beza 3 tahun. Thaqid lah yang selalunya jadi tempat aku lepaskan bebelan bebelan yang tak mengenal erti penghujung. Habis tu kalau tak dekat dia dengan siapa lagi aku nak mengadu nasib malang aku ni. Aku mana ada sesiapa lagi selain daripada Thaqid dan juga Tuan Asher aku yang bipolar tu . Kawan pun takda. Loner paling berjaya. Dah boleh dapat sijil world record rasanya ni. The most lonely human in the world.

"Sabarlah.. dah memang perangai dia macam tu..." pujuk Thaqid cuba nak menyedapkan hati aku.

" Tak masalahnya dia ni perangai sikitlah . Kadang kadang aku tak buat salah pun dia mengamuk. Semalam lagi lah..." tidak sempat aku membebel dengan lebih panjang telinga aku sudah menangkap suara Asher memetir kuat dari tingkat atas.

" ELLEN ! MANA BAJU AKU KAU LETAK HAH ! MACAM MANA KAU BUAT KERJA NI !".

" Hah kau tengok lah tu perangai dia...." sempat lagi aku membebel kepada Thaqid sebelum batang mop yang berada di tangan aku letakkan semula ke dalam baldi. Tangga rumah laju di daki untuk naik ke tingkat atas. 

Thaqid pula hanya tersengih di sofa.  " Sabar jelah Ellen ....".

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience