Bab 1

Romance Series 7483

Satu benda yang buat aku suka kerja dengan Asher ni. Mata suci aku selalu sangat disimbahi dengan pandangan pandangan yang mengiurkan.

Macam sekarang ni lah. Badan dia yang berketak ketak dan hanya dibalut dengan tuala yang hampir hampir longgar tu. Pergh. Sekali aku tarik. Hmm tak tahu lah mimpi ngeri atau mimpi indah.

Aku harap mimpi indah.

"Kau termenung apa Ellen! Aku suruh cari baju aku! Dah lambat dah ni! Tunggu kau ni sampai matahari pun boleh terbit dari belah barat tahu tak" jerkah Asher. Sekaligus hancur lamunan aku yang tak beberapa nak indah tadi.

Mulut aku mencebik. Kaki laju menghala ke arah almari pakaian. Satu persatu aku selak sampailah aku jumpa baju yang mahu dipakai Asher.

"Ni hah baju, apa yang takda nya. Lain kali cari tu guna lah mata jangan guna kaki" bidas ku laju. Hah celupar an mulut aku. Tuan tak tuan ah. Dia yang nak sangat aku jadi maid dia kan. Terima jelah mulut aku yang kalah mulut longkang ni.

"Menjawab menjawab! Aku sepak kau karang"

Aku tak berkata banyak. Kaki terus sahaja menghala keluar. Tak betah aku nak berlama dengan Tuan aku tu. Karang ada juga salah sorang yang mati nanti.

Asher tu nampak je hensem muka baik macam malaikat. Sekali pandang  nampak suci nak mampus. Tapi perangai huh. Kalah syaitan. Agaknya syaitan pun konfius mana satu puak dia mana satu manusia.

Tangga rumah aku turun dengan laju.

"Hah kenapa dia jerit jerit dekat atas tu?" tanya Thaqid sebaik sahaja melihat aku sudah berada di ruang tamu.

"Entahlah, nak monopous agaknya, tu yang badmood semacam je tu"

Thaqid tergelak mendengar lawak aku yang tak beberapa nak lawak tu. Lantak kau lah Thaqid, asalkan kau bahagia.

Kaki aku laju melangkah ke arah dapur. Mop dan baldi tadi sudah disimpan semula ke tempat yang asal. Sekarang aku nak kena hidang makanan untuk Asher pulak. Aku ni mulut je jahat tapi kerja aku tetap buat.

Roti bakar 4 keping, kaya, butter, jem buah, air kopi. Hah cukup lah tu untuk dia sorang. Nak banyak banyak nak bagi siapa?. Thaqid jarang makan sekali dalam rumah ni. Sebab dia selalunya sarapan pukul 6 atau 7 pagi. Lepas je solat subuh terus dia sarap. Macam mana aku tahu? Dah semestinya dia yang cerita. Hak alah kau ni pun.

"Kau dah makan?" soal Asher lembut. Dia sudah mengambil tempat di atas kerusi meja makan. Mulutnya laju mengunyah roti bakar yang aku buat guna kepanasan hati aku tadi.

"Hmm nanti nanti lah makan" balasku acuh tak acuh. Muka aku memang aku tayang masam habis. Mood aku barai nak mampus. Aku masih lagi berkecil hati dengan kejadian semalam. Walaupun ada pepatah kata perkara yang lepas jangan dikenang. Kepala atok kau lah, perkara yang lepas tulah memang aku akan kenang sampai aku mampus.

"Masam je muka, mesti kau marah lagi pasal hal semalam kan?" teka Asher tanpa rasa serba salah langsung. Kemudian mulutnya dimaniskan.

Hah kau nampak tak bipolar dia macam mana?. Baru je kejap tadi dia tengking aku tahu tak. Anjai.

Aku pandang muka hensem dia yang mula tersenyum katak ke arah aku. Kau pikir kau hensem ke katak?. Hak alah.

"Takdalah. Mana ada marah..." jawabku mendatar. Kemudian kerusi dihadapannya aku tarik dan terus duduk.

Kalau nak tahu inilah salah satu peraturan dia bagi dekat aku. Tiap kali dia makan kena teman. TEMAN. tahu tak. Sebab dia kata dia tak boleh makan sorang sorang, nanti dia menangis. Ah peduli lah dia nak menangis ke nak melalak ke kisah pulak aku. Tapi oleh kerana dia ni yang bayar gaji aku so, hmm ikut jelah peraturan mengarut dia tu.

Thaqid yang tadinya masih di ruang tamu juga sudah melangkah ke meja makan. Kerusi sebelah Asher diduduk.

"Kau ni Ash, jangan lah marah marah Ellen sangat, dia kan perempuan. Kecik hati dia tau, baran kau ni tak kena tempat kadang kadang. Berbuih mulut aku nak nasihat, bukannya nak dengar. Lepastu menyesal sendiri" bebel Thaqid mendatar.

Asher tidak berkata apa apa, pandangannya tunduk memandang pinggan di atas meja.

Bagus Thaqid bagi lagi! Go! Marah lagi si bipolar ni.

Marah sampai aku puas.

"Aku bukan sengaja,..." kata Asher perlahan.

Muka katak itu terus aku jeling tajam. Tak sengaja atok kau. Eh panas pulak aku dengar. Kalau boleh hempuk dah lama aku hempuk muka dia dengan roti bakar tu, lepas tu sapu sikit jem dengan kaya.

"Cuba cerita apa lagi yang korang gaduhkan kali ni. Apa punca sampai korang berdua masam muka ni? Hah Ash? Apa lagi kalini yang kau dah buat pada Ellen..." Thaqid memandang Asher yang sudah menunduk macam kena marah dengan mak.

Kalau dengar ayat Thaqid, korang mesti dah boleh agak. Ini bukan kali pertama aku bermasam muka macam ni. Masuk kalini sahaja sudah yang ke 500 ratus 50 puluh juta kali. Nampak macam aku over tapi itulah kenyataan.

"Semalam aku curah air dekat kepala Ellen..." kata Asher perlahan. Muka dia nampak serba salah.

Tapi ada aku kisah?.

Memang patut pun dia serba salah. Muka aku ni nampak macam muka pasu bunga ke nak curah curah air.

Thaqid sudah menepuk dahinya seperti menepuk nyamuk.

"Sebab? Bagi aku alasan kau buat macam tu..." kata Thaqid lagi.

"Sebab aku panggil Ellen tapi dia tak nyahut..."

Thaqid memandang aku seperti meminta penjelasan.

"Aku dekat tandas masa tu, mana nak dengar..." aku mempertahankan diri sendiri. Benda betul. Dahlah rumah ni besar. Kalau aku jerit dari dalam tandas pun bukannya Asher dengar. Dah tu nak aku buat apa? Berak dekat ruang tamu?.

"Salah kau Asher. Minta maaf dekat Ellen sekarang. .." kata Thaqid mendatar.

Aku sudah tersenyum gembira. Dalam hati memang dah bersorak habis. Ni yang aku suka dekat Thaqid. Sebab dia banyak menangkan aku berbanding si bipolar tu.

Asher mengangkat muka memandang aku. "Sorry Ellen... Lain kali aku cuba kawal baran aku..." kata Asher perlahan.

Aku anggukkan sedikit kepala.

Kalau nak tahu, dalam dunia ni ada dua benda yang tak boleh dipercayai. Pertama, iklan shampoo yang mengatakan sekali guna kalah rambut ponti. Yang kedua kata kata Asher.

Kau tengok jelah nanti. Aku yakin dia akan buat perangai balik.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience