Bab 2

Romance Series 7483

Selepas sahaja Thaqid dengan Asher berangkat ke syarikat, aku menyambung semula tugas harianku.

Jangan tanya aku Asher kerja apa. Sebab dia tak pernah bagi tahu aku dan aku sendiri pun tak pernah nak ambik tahu. Yang aku tahu poket dia berkepuk.

Tangga rumah didaki. Bilik Asher yang berada paling hujung sekali itu dituju.

Bukak sahaja pintu bilik Asher, bau haruman lavendar semerbak menusuk hidung aku yang tak beberapa nak mancung ni.

Haih.

Wangi betullah bilik si bipolar ni. Kalau lah perangai dia pun sewangi macam bau lavender. Patut ke aku mula letakkan pewangi lavendar dalam makanan dia tiap hari?. Hmmm.

Cadar katil bersaiz king itu aku lipat dan masukkan ke bakul . Almari pakaian dibuka sebelum satu cadar yang berada dibahagian bawah sekali ku ambil. Selepas sahaja memasang cadar baru, aku terus menyapu, mengemop dan membersihkan habuk habuk degil yang sama seperti tuan dia sendiri. Hohoho.

Bilik Asher done.

Pintu bilik ditutup rapat.

Aku melangkah semula ke dapur. Peti ais dua pintu itu aku bukak luas luas. Hmm banyak jugak barang dapur yang dah kehabisan. Nak taknak aku kena beli jugak.

"Hello Asher, Ellen nak pergi beli barang dapur kejap boleh tak? Banyak yang dah habis ni" datar ku kepada Asher yang berada dihujung panggilan.

"Dah habis? Nak pergi sekarang ke? Duit ada lagi tak? Kalau dah habis ambik je dalam drawer dekat dalam bilik aku tu" kata Asher lembut dan mendatar .

Nampak macam tak percaya kan dia ni ialah orang sama yang herdik aku pagi tadi. Jangan risau aku pun tak percaya dengan telinga aku sendiri. Ini semua hanya ilusi semata mata. Persetankan suara dajal itu.

"Duit ada lagi, kereta nak pakai yang mana satu?" tanya ku semula.

"Pakai BMW, kunci dekat dalam rak, bawak elok elok tau. Take care" panggilan dimatikan.

Alah alah prihatinnya dia. Kalau orang lain yang dengar pasti akan kata Asher tengah berborak dengan bini. Kan bagus kalau setiap masa dia cakap baik baik je macam ni. Takdalah hari hari aku nak makan hati berulamkan jantung.

Aku menyedut nafas dalam dalam. Sabar Ellen. Kau kena faham dia memang bipolar. Hapuskan jelah angan angan mak jenin kau tu.

Selepas aku menyalin pakaian yang lebih proper dan cantik aku terus melangkah ke luar rumah. Yelah naik BMW, kena pakai lawa lawa sikit. Lain lah kalau aku naik kereta sorong. Aku pakai singlet je. Yedak?.

Enjin kereta dihidupkan dan aku terus memandu kereta itu ke pasaraya yang berdekatan. Mesti korang semua macam bengong bengong alam sebab aku cakap aku reti drive kan?. Tahu dah.

Walaupun perangai Asher ni kadang kadang serupa beruk hutan, tapi semua kebajikan aku lengkap tau. Sejak daripada aku dikutip tepi jalan lagi macam macam dia dah bagi dekat aku. Duit? Gaji setiap bulan 5 ribu. Lesen? Dia bayarkan untuk aku. Aku tinggal ambik je. Telefon? Iphone x dia belikan untuk aku. Keperluan harian? Semua lengkap. Semua yang aku nak semua dia bagi. Cuma satu je yang Asher mintak pada aku.

Walau apa pun yang terjadi. Aku tak boleh tinggalkan dia. Aku kena sentiasa disisi dia. Cewah... Macam ayat pakwe makwe zaman sekarang. Kau lah bidadariku sepanjang masa. Intan berlian yang patut disampingku setiap hari.

Tiber.

Setelah sampai di pasaraya yang aku nak pergi. Kereta diparkir berdekatan dengan pintu masuk. Pintu dikunci dan aku terus melangkah masuk kedalam bangunan 3 tingkat itu.

"Tomato, checked. Chili, checked. Makcik bawang, checked. Aku hanyalah kentang, checked...." sedang aku melihat senarai barang dapur itu tiba-tiba troli aku dilanggar oleh seseorang daripada tepi.

"Sorry cik saya tak perasan"

Aku mengangkat wajah melihat gerangan yang berani beraninya melanggar aku tadi.

Ya allah. Airel Zafrel! Sejak bila pulak Airel Zafrel duduk johor ni?.

"Cik? Cik tak apa apa ke?" tegur lelaki kacak itu sekaligus mematikan lamunan aku yang sudah jauh menyimpang sampai ke anak cucu kalau aku kahwin dengan dia satu hari nanti.

"Eh, eh haha sorry. Saya okay. Hal kecik je ni" kata aku gelabah. Mata aku masih lagi tidak lepas memandang mukanya.

Ya allah kacak sungguh!.

"Cik?" tangannya yang sasa itu melambai betul betul depan muka aku. Aduh tangan pun dah hensem macam mana ni.

"Ye saya..." soalku semula. Suara memang dah lembut habis aku kepit. Nak nampak ayu punya pasal.

"Nama cik siapa?" soal Airel Zafrel lagi. Sebarang je kan aku letak nama. Sebab nama tu memang cukup padan dengan muka dia yang hensem ni.

"Ellen. Nama saya Ellen"

"Ellen you my heart?" gurau lelaki itu sebelum tergelak halus. Nampak baris giginya yang putih bersih. Masha allah. Adakah ini yang dinamakan cinta pandang pertama?.

Aku pulak sudah tergelak gelak gedik dekat situ.

"Nama awak?" soal ku semula.

"Nama saya Henri Calder, boleh panggil Henri je" balasnya datar.

Alah sayangnya nama dia bukan Airel Zafrel. Hatiku hampa.

"Ellen busy ke lepas ni. Jom kita pergi minum minum kejap. Saya belanja, sebagai tanda maaf saya terlanggar awak tadi" pelawa Henri lembut.

Aku melihat senarai yang berada dalam genggaman. Agak agak Asher marah tak kalau aku keluar lama lama?. Ah peduli kan semua tu. Dia bukan tahu pun.

"Free, tapi Ellen nak kena beli dulu barang dapur ni" balasku semula.

"Saya boleh teman"

Senyuman aku makin melebar. Bak kata orang orang tua dulu. Rezeki jangan ditolak. Rezeki macam ni kita patut tarik. Hoho.

"Boleh.." balas ku sambil tersenyum manis. Henri membalas senyuman aku sebelum dia ikut berjalan disebelah. Troli aku ditolak oleh Henri.

Gentlemen sungguh!. Anak siapa ni woi.

"Ellen umur berapa?" soal Henri memulakan perbualan.

" 22 tahun"

"Ouh... Saya 25 tahun" balas Henri tanpa disoal.

"Sama dengan Asher..."

Henri melihat aku dengan kening yang sudah bertaut.

"Asher? Nama boyfriend ke?" soal Henri celupar.

Wuish tak sanggup aku nak jadi girlfriend Asher. Hari hari aku kena herdik nanti.

"Eh takdalah. Dia tu majikan saya" balasku laju.

"Majikan? Ellen kerja apa? Dekat mana?"

"Saya kerja biasa biasa je, orang gaji dekat rumah Asher tu" balasku mendatar sebelum tangan laju mencapai sos tiram yang berada dirak makanan.

"Ouh kerja maid ke? Sayangnya, awak patut jadi model. Muka cantik, tinggi pulak tu, dah cukup package untuk jadi model majalah"

Sos tiram yang aku pegang tadi hampir hampir nak terlepas ke lantai apabila Henri memuji aku sebegitu. Dia ni dah kenapa puji aku lebih lebih. Tak dengar ke jantung aku dah berdetak macam bunyi kereta api ni?.

Aku hanya tergelak halus mendengar komen Henri.

"Takdalah...saya memang nak kerja sebagai maid" tipu aku mendatar.

"Ouh..."

Kemudian kami berjalan lagi mencari barang barang dapur sehinggalah semua yang dalam senarai ditanda.

Kaki melangkah ke arah kaunter pembayaran. Namun baru sahaja aku ingin membayar barang barang keperluan dapur aku, Henri lebih pantas menghulurkan kad banknya pada pekerja di kaunter.

"Takpa saya belanja..." kata Henri apabila aku memberikan dia pandangan yang tertanya-tanya. Aku menyimpan semula duit yang tadi sudah dikeluarkan.

Bukan itu sahaja, semua beg plastik itu juga dibawakan oleh Henri. Jelas timbul urat tangannya yang nampak begitu seksi di mata pandangan aku.

Sungguh aku tergoda.

"So kita minum dekat starbuck jom" ajak Henri lembut.

"Boleh jugak" aku hanya membuntuti langkahnya.

Seusai memesan minuman kami berdua mengambil tempat yang agak terpencil sedikit daripada penglihatan pandangan manusia. Dalam erti kata lain yang agak tersorok.

"Ellen, memang cita cita nak jadi maid ke? Ke sebab ada masalah lain?" soal Henri memulakan perbualan. Tangannya sibuk mengacau ngacau straw minuman.

Aku terdiam. Hendak bagi tahu ke tidak kisah hidup aku yang sendu ini?. Tapi aku dan Henri baru pertama kali berjumpa. Perlu ke aku berterus terang dengan dia?.

"It's okay, kalau Ellen taknak bagi tahu. Saya tak paksa" celah henri lagi setelah melihat aku yang agak teragak-agak untuk membuka mulut.

"Eh, takdalah... Hmm sebenarnya dulu Ellen duduk merempat tepi jalan. Sebab keluarga Ellen ada masalah dan bila diorang bercerai, takda sesiapa yang sanggup jaga Ellen. Sampaikan Ellen terpaksa duduk bawah jambatan seorang diri..." ceritaku sedikit perlahan.

Tapi kalau orang lain yang mendengar cerita aku sekarang ini, pasti mereka akan kata yang aku mereka-reka cerita. Tengok jelah pakaian aku. Berjenama dari atas ke bawah. Mana ada pengemis sekaya aku.

" Ouh jadi Asher tu lah yang ambik Ellen jadi orang gaji dekat rumah dia?" soal Henri lagi.

Aku mengangguk. Air minuman berharga yahudi tadi aku bedal sampai habis. Mahal wey air ni, tak boleh bazir.

"Tapi andai kata kalau Ellen dapat peluang kerja lain? Ellen nak tak?" tanya Henri lagi.

Aku terdiam. Perlahan-lahan aku mengangkat wajah melihat riak muka Henri. Kerja lain?. Tak pernah seumur hidup aku untuk terfikir yang aku akan kerja lain. Sebab aku terlalu terhutang budi pada Asher. Walaupun kadang kadang aku dilayan dengan kasar dan teruk tapi tidaklah sampai aku ingin pergi dari hidup si bipolar tu.

"Buat masa ni tak terfikir lagi" balasku mendatar.

Selesai sahaja kami minum dan berborak kosong akhirnya aku terlebih dahulu meminta diri untuk pulang ke rumah. Sempat juga kami bertukar nombor telefon. Manalah tahu nak lepak lepak lagi masa akan datang. Kan.

Sampai sahaja di rumah aku lihat kereta Asher sudah elok terparkir di halaman depan.

"Dah kenapa pulak dia ni? Awal balik? Selalunya petang baru nampak muka" ngomelku sendiri.

Pintu rumah aku buka dengan tangan yang penuh menjinjing beg beg plastik dari pasaraya tadi.

"Assalamualaikum..."

Namun baru sahaja aku melangkah beberapa tapak kedalam, wajah Asher yang masam mencuka menerjah ruangan pandanganku.

"Kau pergi mana tadi hah..."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience