Bab 7

Romance Series 7483

Aku yang baru sahaja ingin melangkah ke arah dapur terus terberhenti apabila mendengar bunyi loncengan rumah.

Siapa pulak yang datang nak raya ni? . Rasanya bulan Ramadhan pun belum lagi. Mustahil untuk Thaqid menekan lonceng rumah memandangkan dia tahu apa password lock dekat pintu rumah Asher.

Maklumlah inikan rumah kedua dia.

Sebelum fikiran aku makin melayang entah kemana aku terus mengatur langkah ke arah pintu utama dengan laju.

Pintu rumah dibuka separuh.

"Hi, i girlfriend Asher. Dia ada dekat rumah tak?" soal seorang perempuan yang berpakaian serupa badut di hadapan aku.

Tak, aku tak main main ni. Aku tengah serius. Mata aku sumpah tengah konfius tengok perempuan depan aku ni. Dia ni tengah berlakon jadi Harley Quin ke apa?. Rambut yang sebelah pink sebelah merah. Makeup yang setebal dua inci diconteng dekat muka dia.

Oh hell. Tolong katakan ini bukan taste Asher please?. Seriuslah dia suka perempuan badut?.

"Hello bibik bergaji murah... I cakap dengan you ni" soal badut itu semula apabila aku hanya merenung dia atas bawah tanpa menjawab soalannya tadi.

Eh kejap? Apa dia panggil aku tadi? Bibik bergaji murah. Ewah ewah. Silap ah gaji aku 5 ribu hokey. Entah entah gaji kau lebih kurang dari gaji aku. Aku tarik jugak karang rambut kau yang serupa alien tu.

"Asher ada, dia tengah rehat dekat atas. Ada apa eh nak jumpa dia?" soalku dengan suara yang aku lembutkan selembut yang boleh.

"Ada apa you tanya? I nak jumpa dia lah. Kan i kata i ni girlfriend dia. Ish tepi lah sana" dengan selambanya si badut itu menolak aku ke tepi sebelum dia melangkah masuk.

Eh dia ni, nak cari gaduh dengan aku ke?.

Aku cepat cepat tarik tangan dia semula.

"Ops ops ops, Kejap ye Cik... Cik tak boleh masuk rumah orang sesukahati macam ni. Nanti saya, aka bibik yang bergaji murah ni pulak yang kena marah dengan tuan saya. Cik tunggu luar dulu saya tanya Tuan Asher kejap" kataku laju. Hampir hampir juga mulut aku yang tak berinsuran ni ingin memanggilnya Cik Badut. Nasib fikiranku masih waras.

Pintu rumah aku tutup rapat semula. Maka terdengarlah lolokan anjing bersama ketukan pintu di luar.

Aku pula terus melangkah mendaki tangga dan menuju ke bilik Asher.

Pintu bilik Asher diketuk beberapa kali.

"Ash, girlfriend awak datang" kataku sedikit kuat.

"Girlfriend yang mana?" soal Asher semula.

Amboi. Korang dengar tak? Korang dengar tak dia kata apa tadi?. Girlfriend mana dia kata. Nampak sangat yang awek dia keliling pinggang.

"Girlfriend yang buat part time jadi badut dekat taman tema kut" jawab aku sambil menggaru kepala. Aku pun satu, bebal sangat tak pergi tanya nama dia tadi.

"Hah? Kau masuk kejap" arah Asher mendatar. Mungkin sebab dia binggung mendengar ayat aku tadi.

Aku membuka pintu bilik Asher luas.

Wah. Sungguh indah ya pemandangan aku sekarang. Laptop dah berkecai dekat atas lantai. Selimut atas kipas. Cadar katil tergantung dekat luar beranda.

Apa dia pikir dia tengah berlakon cerita tsunami ke apa Si Ash ni.

"Apa kau kata tadi ulang balik?" soalan Asher menyentak lamunan aku.

"Entah, Ell lupa pulak nak tanya nama dia siapa. Tapi dia kata dia girlfriend Ash. Err rambut dia sebelah pendek sebelah panjang. Warna merah pink" jawabku mendatar. Wajah kusut Asher aku pandang lama. Please Ash katakan itu hanyalah badut yang kau kutip tepi jalan.

"Ouh dia tu, hah bagi lah dia masuk. Tu memang girlfriend aku"

Oh damn. Aku tak sangka sebegitu teruk taste Asher memilih perempuan.

"Kejap i kemaskan dulu bilik ni"

Tanpa banyak bunyi aku terus menarik selimut yang tergantung macam siperman dekat kipas. Cadar yang dekat beranda luar juga aku ambil dan masukkan ke dalam bakul baju. Sisa sisa serpihan laptop aku sapu ke dalam tong sampah. Jangan risau, Asher banyak duit. Pandai lah dia beli baru nanti.

Selesai aku mengemas, aku keluar semula dari bilik Asher dan melangkah ke arah pintu rumah.

Belum sampai lagi depan pintu, telinga aku sudah mendengar lolokan badut yang masih belum berhenti daripada tadi.

"Hoi bibik! Berani kau tutup pintu! Bukak lah! Aku kira sampai tiga, kau tak bukak pintu ni aku paksa Ash pecat kau!"

Bam! Bam! Bam!

Aku sudah membuat muka malas. Ada hati nak suruh Asher pecat aku. Hah suruh lah kalau berjaya. Aku lagi suka.

Oleh kerana geram, makin sengaja kaki aku melangkah kecik kecik supaya lambat sampai depan pintu. Biar kau. Mulut celaka sangat kan?. Biar makeup kau cair kena kepanasan matahari Malaysia.

Bukak sahaja pintu utama, muka badut itu masam mencuka memandang aku. Tak kurang juga dengan matanya yang tajam menjeling sepertimana hantu Kak Limah merenung Awi.

"You!" tepat jari telunjuknya menunding di hidung aku.

"Berani you ni kan?" soalnya dengan nada kerek.

Senyuman plastik aku ukir khas untuknya.

"Sorry, masuklah. Sian cair pulak duduk luar" pelawaku. Maklumlah plastik mana boleh kena panas. Kan?.

Si badut tu masuk dengan cara menghentak hentak kakinya menunjuk tanda protes.

Kau fikir kau diva aa ke hanat?.

"Tuan Asher dekat atas. Bilik yang pal..."

"Aku tahu lah! Tak payah nak sibuk tunjuk!" balas badut itu kasar. Hilang terus kata ganti nama i you yang dia gunakan untuk aku tadi.

Aku pula malas nak melayan orang tak cukup akal macam dia ni. Pintu rumah aku tutup semula sebelum kakiku melangkah terus ke bahagian dapur.

Sempat juga aku menjeling melihat badut itu naik mendaki tangga rumah Asher yang seperti tangga Batu Caves.

Termengah mengah perempuan itu ingin sampai ke tangga paling akhir.

Padan muka. Itulah yang aku rasa setiap hari. Kalau tidak, pasti sudah berlapis lapis lemak yang aku ternak dekat perut aku.

Sampai sahaja di dapur aku terus membuka pintu peti ais. Air jus oren berjenama Sunquiet aku capai sebelum dituang atas satu gelas panjang.

Untuk siapa? Pastinya untuk si badut tadi. Aku yakin kejap lagi dia terpekik minta air sebab kehausan.

Ermm... Dah alang alang ni patut ke aku ludahkan sekali air dia?.

"Woi bibik!" pekik suara perempuan tadi.

"Bilik Asher yang mana satu ni!"

Pfft sumpah dia ni bebal. Kemain tadi sombong kata dah tahu mana satu bilik Asher. Kau pikir tingkat atas tu ada satu bilik je ke?

Dulang yang berisi dua gelas air oren itu aku tatang bawak ke atas.

"Bilik Asher yang ni" kata aku sebaik sahaja sudah sampai di tangga paling akhir.

Perempuan itu pantas sahaja membuka pintu bilik Asher laju.

Aku pula hanya mengekor dari belakang.

"Sayang! Apa dah jadi? Kenapa sampai boleh luka kaki. Berjahit macam ni?" kata perempuan itu sebaik sahaja melihat Asher yang terbaring atas katil.

Aku pula terus meletakkan dulang tadi atas meja sebelah katil Asher.

"Fasya, boleh tak you jangan jerit jerit. I ni dahlah sakit. Takkan you nak tambah pulak sampai telinga i jadi pekak. Lagi satu, yang you ni dah kenapa, baru sehari tak jumpa i, takkan dah ambik part time jadi alien dekat planet pluto?"

Aku mengaku yang Asher ni kadang kadang ada bakat juga dalam bidang pelawak. Sebab aku hampir hampir je nak tergelak dengar ayat dia tadi.

"You! Sampai hati cakap macam tu! I risau kan you tahu tak" kata Fasya gedik sambil buat memek muka yang pastinya korang semua tak mahu lihat kerana terlampau menjijikan.

"Iya iya i tahulah..." balas Asher lembut.

Kemudian Fasya memeluk Asher dengan mesra dan sempat juga bibirnya yang merah itu mencium dahi Asher.

Kejap.

Kenapa aku nampak muka Asher macam jijik kena cium dengan girlfriend dia?.

Ah lantaklah.

Kalau aku pun jijik kena cium dengan alien.

Tanpa membuang masa aku terus melangkah ke arah pintu. Tak sanggup aku nak berlama lama dalam bilik yang penuh dosa ni. Namun belum sempat kaki aku jejak keluar bilik, Asher memanggil nama aku semula.

"Ell nanti masakkan makan malam untuk Fasya sekali tau. Dia stay sini sampai malam" arah Asher mendatar.

Aku mengangguk perlahan.

"Jangan masak macam makanan aku tadi pulak" sempat lagi mulut puaka Asher memerli aku.

"Kenapa you? Dia masak tak sedap ke?" soal Fasya tiba tiba.

Sebelum telinga aku makin berdarah mendengar balasan dari mulut Asher, aku terus sahaja menutup pintu bilik itu rapat. Sebab aku tak pasti yang aku boleh kawal air liur aku untuk tidak masuk ke dalam makanan mereka berdua andai kata aku terdengar jawapan Asher.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience